Mat Sabu Berbuka Puasa Atas Kapal Tentera Tetapi Makanan Yang Di Bawa Atas Kapal Membuat Ramai Anggota TLDM Terharu!


MAT SABU BAWA SESUATU UNTUK ANGGOTA TLDM DI ATAS KAPAL TENTERA



KLANG – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (Mat Sabu) meluangkan masa berbuka puasa bersama pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di atas kapal KD Mahawangsa di perairan Selat Melaka, Semalam.

Mat Sabu tiba kira-kira jam 5.45 petang dengan menaiki helikopter Super Lynx hak milik TLDM.

Mat Sabu kemudian dibawa melawat ke seluruh kapal sebelum diberi taklimat operasi oleh Ketua Staf Operasi Markas Pemerintah Armada Barat, Kepten Azman Rabbani.

Yang menariknya, beliau sempat lagi berkunjung ke bahagian dapur dan membuat menunjukkan cara membuat kuih semperit selain melihat masakan yang dimasak oleh tukang masak TLDM.

Majlis itu turut dihadiri Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Dalam majlis itu, Mohamad menyampaikan bingkisan raya kepada warga kapal sebelum berbuka puasa serta melaksanakan solat Maghrib secara berjemaah.

Beliau berkata, majlis diadakan di kapal berusia 37 tahun itu bagi menghargai pengorbanan parajurit yang terpaksa berjauhan dengan keluarga pada bulan Ramadan dan Syawal.

“Saya juga lihat wajah warga KD Mahawangsa yang ceria walau jauh dengan keluarga.

“Mereka akan beraya di laut kerana bertugas tetapi kemesraan dan kegigihan mereka bekerja tetap tinggi. Saya teruja dapat bersama dengan mereka kerana semangat mereka tinggi untuk menjalankan tugas,” katanya.

SUMBER : SINAR HARIAN Via Muka Media



Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Mat Sabu Berbuka Puasa Atas Kapal Tentera Tetapi Makanan Yang Di Bawa Atas Kapal Membuat Ramai Anggota TLDM Terharu!"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.