Selama 45 Minit Pasangan Ini Buat S3ks Di Atas Batu Kubur Dirakam Netizen!






Difahamkan pasangan ini dirakamkan melakukan adegen tidak senonoh di atas batu kubur dan kemudian dengan bangga mengaku melakukannya selama 45 minit apabila video itu tular.

Scott Elwood merakamkan aksi  ini pada siang hari ketika dia berjalan bersama anjingnya melewati gereja Holy Trinity Parish di Shaw, Greater Manchester, Rabu lalu.

Dia menganggap pasangan itu mungkin akan malu dan berhenti melakukannya apabila menyedari dia berada di situ, tetapi mereka langsung tidak mengendahkannya.

Jadi Elwood terus mengambil telefonnya untuk membuat rakaman, memaki hamun mereka dan terus menghubungi polis.



Rakaman tersebut menunjukkan pasangan itu asyik melakukan hubungan intim di kawasan terbuka tanpa mempedulikan orang awam disekeliling.

Tetapi selepas menelefon polis dan berkongsi video itu di media sosial, Elwood terkejut apabila lelaki terbabit dapat menjejakinya dan mula menunjukkan rasa bengangnya.

Lelaki itu, dipercayai berusia lewat 30-an, memberitahu Elwood supaya jangan menyibuk hal orang lain.

"Dia beritahu saya bahawa dia melakukannya selama 45 minit, saya rasa dia bodoh bercakap jujur. Melakukannya di kubur seseorang adalah tindakan biadab. Ia teruk.

"Kalau ia kubur seseorang yang saya kenal, saya akan bertindak balas dengan cara yang berbeza.

"Saya akan jadi sangat marah. Saya tidak dapat bayangkan apa yang difikirkan oleh mana-mana keluarga melihat kubur insan kesayangan dilakukan seperti ini," katanya.

Elwood berkata ia mungkin perkara lebih buruk terjadi jika terdapat kanak-kanak bermain di situ pada waktu itu.

"Ramai budak-budak bermain sorok-sorok di kawasan gereja," katanya.


"Nasib baik pada masa itu, tiada sesiapa di situ ."

Lelaki dalam video itu mengaku bahawa dia melakukan hubungan seks selama 45 minit, tetapi tidak mahu memberi komen lanjut.

Metro.co.uk cuba menghubungi polis Greater Manchester untuk mendapatkan penjelasan. -MetroUK



Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Selama 45 Minit Pasangan Ini Buat S3ks Di Atas Batu Kubur Dirakam Netizen!"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.