Perbualan Antara Haqiem Rusly Dan Caprice Dedah Kenapa Haqiem Nak Berhenti Menyanyi





Keputusan yang mengejutkan dari penyanyi popular yang baru berumur 20 tahun yang sedang meningkat naik dipersada seni,  Haqiem Rusli untuk berehat seketika dari media sosial dan kerjaya seni mendapat perhatian netizen.

Difahamkan, Haqiem Rusly yang berjaya mendapat tempat ketiga di AJL tahun lalu mengalami kemurungan. Ramai yang terkejut dengan hal ini.

Sebelum ini, katanya Haqiem Rusly seorang yang amat expressi apabila pernah mengalirkan air mata ketika buat persembahan. Malah ketika AJl juga, Haqiem dilihat seperti tersentuh ketika menyanyikan lagu.

Haqiem juga pernah terus berhenti menyanyi kerana berasa sedih ketika menyanyi.

Ini adalah videonya:


Ramai yang memberi komen dan termasuk penyanyi rap, Caprice yang lantang melontarkan pandangan dan memberi semangat kepada penyanyi muda itu.

Bagaimanapun, Caprice menerusi laman Instagram menasihati Haqiem Rusli supaya berehat dan berjumpa pakar untuk mengurangkan tekanan yang dihadapinya itu.

Akhirnya, Haqiem Rusli muncul dan memberi respon di ruangan komen panyanyi rap ini.

Katanya dia mengalami pembulian alam siber, jom kita baca pendedahan perbualan penuh antara Haqiem Rusly dan juga Caprice.

Ini perbualannya:


Caprice: "You only truly lose, when you give up. So dont ever give up.

Haqiem Rusly: "50-50 brother. Kecaman ini buat aku sakit. Banyak lagu dah siap nak relesae but I dont know man. "Cyber bullies" it hurt me a lot. But soon I'll tell everbody about my decision. Thank you brother for your spirit. For hari raya ni datanglah rumah buat beat sama."

Caprice: "DM your address bro, i'll drop by bawak kuih raya, ps4, buat lagu kasi boom."

Itulah perbualan antara Caprice dan juga Haqiem Rusly di laman  sosial Instagram.

Di ruangan komen itu, kebanyakan peminat memberi kata-kata semangat kepada Haqiem Rusly dan bersetuju dengan Caprice agar Haqiem terus kuatkan semangat dan jangan putus asa.

Haqiem Rusly popular menerusi lagu seperti Segalanya, Tergantung Sepi, dan Jatuh Bangun.



Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Perbualan Antara Haqiem Rusly Dan Caprice Dedah Kenapa Haqiem Nak Berhenti Menyanyi"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.