Ada di antara rakan-rakan yang terlalu mementingkan kebersihan, baik di dalam mahupun di luar rumah.. Kali ini admin oh kiji ingin kongsikan tips ringkas bagaimana untuk mengelakkan habuk melekat pada kipas korang.
Bahan-bahan untuk tips kali ini adalah sangat murah dan mudah untuk didapati.
Bahan-Bahan:
1- Softlan (Pelembut Pakaian)
2- Cuka Makan
3- Air Paip
Cara-Cara:
1. Bersihkan jaring dan bilas kipas seperti biasa.
2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam satu bekas dengsn nisbah campuran ialah 1:1:1 untuk setiap bahan.
3. Kacau sebati dan korang masukkan ke dalam botol berspray supaya lebih senang nak digunakan.
4. Ratakan semburan pada bilah dan jaring kipas
5. Biarkan selama 5 minit, dan selepas itu lap bilah dan jaring dengan kain lembab.
6. Kemudian keringkan. Yayyy, kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat!
7.Ulangi semula , 2 atau 3 bulan sekali. Bukannya habuk tak melekat sehinggan bertahun- tahun.
Senangkan? Korang ada tips lain tak untuk bersihkan habuk pada kipas ni? Sila share kepada kami..
Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Tips Senang Untuk Mengelakkan Habuk Melekat Pada Kipas"
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.