Gara- Gara Berhutang Dengan Jepun, Rupa-Rupanya Ini Perkara Yang Disembunyikan Oleh Tun Mahathir




TOKYO: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Jepun memberi kredit yen kepada Malaysia dan rakan sejawatannya, Shinzo Abe bersetuju menimbang permohonan itu.

Dr Mahathir berkata, beliau membangkitkan perkara itu kepada Abe pada pertemuan dahulu mengenai pinjaman mudah Jepun kepadanya ketika menjadi perdana menteri sebelum ini, dengan kadar faedah hanya 0.7% yang dibayar balik lebih 40 tahun.

“Pada masa itu, kedudukan kewangan Jepun sangat baik. Namun kali ini, kita juga meminta beliau menimbang memberikan kredit yen kepada Malaysia dan beliau bersetuju menimbangkannya.

“Masa itu, keadaan kewangan Jepun amat baik, tapi kali ini kita juga minta dia timbang untuk memberi kredit yen (pinjaman) kepada Malaysia, dan dia mengaku akan timbang.

“Kredit yang dia (Jepun) bagi itu untuk kita buat apa yang kita janji dengan dia, mungkin juga kita akan selesaikan pinjaman berkos tinggi yang kita ada dan menggantinya dengan kredit yen.

“Oleh itu, kadar faedah akan lebih murah dan kita tidak perlu menanggung faedah besar untuk tempoh lama,” katanya dalam taklimat kepada wartawan Malaysia mengenai hasil lawatan kerja 3 harinya ke Jepun.

Kerajaan baharu di bawah kepimpinan Dr Mahathir, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ke-7 bulan lepas setelah memenangi PRU 14, mendapati  bawaha hutang kerajaan persekutuan mencecah RM1 trilion semasa era pemerintahan DS Najib dan beliau kini sedang  berusaha menurunkan paras itu.

“Kredit yen ini kalau diberi sebagai soft loan (pinjaman mudah) akan membantu kita tangani masalah hutang kita yang besar. Kita tak semestinya menyelesaikan pinjaman lama, tetapi (kadar faedah) yang murah ini boleh menyumbang kepada pemulihan situasi hutang kita.”

Beliau berkata, Malaysia mengambil pinjaman sebelum ini dengan kadar faedah amat tinggi sehingga mencecah 6% dan ada juga orang yang menguruskan kredit ini mendapat komisen sehingga 10%.

“Bila kita bagi 10% komisen, bermakna kalau kita ambil (pinjaman) 100 juta, kita dapat hanya 90 juta, tapi kita masih kena bayar kadar faedah sama seperti 100 juta.

“Jadi, kalau kita ambil 90 juta, tetapi kita bayar untuk 100 juta, bermakna faedah itu meningkat dari 6% kepada 7 atau 7.5%. Ini menyebabkan kos meminjam terlalu tinggi.

“Kalau kita boleh kurangkan kos itu dengan kita mungkin pinjam dari punca lain, yang mana kadar faedanya rendah, kita akan dapat menyelesaikan pinjaman lama.”

Beliau berkata, jumlah kredit yen itu tidak dibincangkan dengan Abe.

HSR  masih belum dibatalkan

Dr Mahathir turut ditanya laporan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) tidak dibatalkan, tetapi ditangguhkan.

“Ia ditangguhkan, namun pada masa ini kami perlu kaji semula dan jika kekurangan dana, kami akan tangguhkan pelaksanaannya atau mengurangkan skop projek itu.”

susulan daripada tindakan Tun Mahathir tersebut beliau dikecam oleh penyokong-penyong BN dan PAS di media sosial dengan erti kata kata mereka menyamakan Tun Mahathir BN 2.0 , menambahkan hutang negara dan sebagainya.

Ikuti sebuah video yang dikongsikan menerusi akaun facebook Astro Awani: 



Sumber: HelangMerah


Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Gara- Gara Berhutang Dengan Jepun, Rupa-Rupanya Ini Perkara Yang Disembunyikan Oleh Tun Mahathir"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.