Video Tutorial cara pakai shawl butterfly
Baiklah ini adalah post terakhir dari oh kiji tentang cara pemakaian shawl,tudung mahu pun seledang,mungkin jika trend terbaru atau idea baru datang insyallah oh kiji akan menghidangkan artikel atau pun tutorial tentang pemakaian tudung disini.
Ok kali ini anda akan berlajar cara memakai tudung shawl butterfly,shawl butterfly atau tudung rama-rama ini adalah antara design shawl yang paling diminati di malaysia.Ianya mempunyai design yang lebih kurang simetri seolah-olah seperti kepak rama-rama antara sebab ianya mendapat nama butterfly shawl.Material yang digunakan juga pelbagai dan kebiasaanya dari kain chiffon yang lembut serta terletak cantik di kepala.Dengan kain 1.75m bidang 45.Dan disekeliling polanya yang diperbesarkan sedikit termasuk bahagian yang straight tudung ini boleh menjadi labuh hingga melepasi bahu.
>> Klik Sini untuk belajar cara pakai shawl labuh tutup dada <<
Butterfly shawl juga mempunyai pelbagai design yang berlainan bergantung kepada kreativiti masing-masing untuk merekabentuknya.Cara pemakaiannya juga agak mudah dan tidak susah untuk dibelit kerana bentuknya yang lebih kurang sama di kedua-dua belah shawl.
Macam mana rupa shawl butterfly ni?
Ok yang kat bawah ini adalah antara shawl rama-rama dari SHAWL BUTTERFLY IRDINA,sememangnya cara pakai shawl jenis rama-rama ini memang agak cantik dan menarik lebih-lebih lagi jika dipakai oleh wanita melayu kita yang boleh dikatakan manis-manis je semuanya ;-) .
Terkini cara pakai shawl satin yuna dan cara pakai selendang yang terkini
Banyak lagi style dan design shawl butterfly ini,tapi bagi saya,sejujurnya 2 design rama-rama yang diatas cukup menarik dan cantik bagi saya..ok sekarang kita akan pergi ke video tutorial cara memakainya.
Video cara memakai shawl butterfly
Semoga anda semua mendapat manfaat dari tutorial cara pakai shawl butterfly ini,ok salam semua :-D
cara pakai tudung bawal tutorial cara pakai tudung halfmoon cara pakai shawl simple cara pakai shawl muka bulat cara pakai shawl silang
Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Tutorial cara pakai shawl butterfly yang cantik"
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.