3 langkah cara hilangkan parut hitam jerawat

Cara hilangkan parut hitam jerawat

parut hitam jerawat
Selepas bertungkus lumus menghilangkan jerawat anda, anda mungkin mahu menarik nafas lega sebaik sahaja jerawat yang terakhir sembuh.Walau bagaimanapun,ianya masih belum lagi selesai.Malah,luka-luka dari jerawat yang sembuh boleh meninggalkan perubahan warna di atas muka anda,kadang kala didalam bentuk parut  yang berwarna hitam.Jangan biarkan ia melemahkan semangat anda.Kerana terdapat cara untuk anda menghilangkan tanda-tanda parut hitam jerawat tersebut dan mejadikan kulit anda cantik seperti sedia kala.

Anda mempunyai masalah jerawat batu?baca sini untuk cara hilangkan jerawat batu anda!

Langkah Pertama

Basuh muka anda dua kali sehari tidak kira walau apa pun.Walaupun jika anda sudah merasai mengantuk pada waktu malam dan ingin tidur pastikan tiada makeup yang melekap di muka anda.Basuhkan ia sebelum anda masuk tidur dan lagi 1 ianya tidaklah mengambil masa yang lama untuk pergi mencuci muka anda.

Langkah Kedua

Rawat semua jerawat yang masih berada pada muka anda.Jika anda tidak sentiasa menjaga muka dengan merawat bekas bekas jerawat sebelum ini,rawatan untuk menghilang parut jerawat anda akan menjadi sia sia.Oleh kerana anda mungkin perlu mengulangi rawatan ini berulang-ulang kali. Gunakan krim yang berasaskan benzoyl peroksida untuk mengeringkan ia dan membunuh bakteria yang berada di kawasan bekas jerawat.

Langkah Ketiga

Gunakan jus lemon untuk merawat parut hitam jerawat anda.Dengan mengunakan jari yang bersih,ambil sejumlah kecil jus lemon dan letakan di kawasan parut hitam tersebut. Biarkan jus tersebut kering sepenuhnya sebelum anda bilas muka dengan air suam.Ulangi cara ini sekali sehari selama beberapa minggu untuk melihat kesan parut hitam jerawat anda beransur-ansur menjadi pudar.

Saya berharap anda semua mendapat sedikit manfaat dari pos cara hilangkan parut hitam jerawat ini.


Anda suka tak dengan pos ini?
1 komen untuk pos "3 langkah cara hilangkan parut hitam jerawat "

bagus juga info ni.akak punya bekas jerawat hitam..dan susah nak hilang.stress betul.

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.