Manfaat khasiat susu kambing dan kurma

Kelebihan dan khasiat susu kambing biasa serta yang jenis etawa

khasiat susu kambing untuk kita

Anda tentu penah dengar tentang akan khasiat susu kambing,dan mungkin anda juga pernah meminumnya juga.Susu kambing ini sebenarnya memang dikenali dari zaman dahulu akan khasiatnya yang mampu melawan juga merawat penyakit pada manusia.Menurut satu kajian  di Universiti granada,susu kambing didapati lebih mudah untuk dicerna dan amat sesuai sekali bagi mereka yang mempunyai atau alahan kepada susu lembu terutamanya pada bayi.
Ianya adalah kerana susu kambing sebenarnya tidak mengandungi protein kompleks yang menjadi punca atau penyebab utama kepada terjadinya alahan.Molekul-molekul lemak yang berada didalam susu kambing juga lebih halus dan hanya memerlukan 20 minit sahaja untuk perut kita mencernanya berbanding dengan susu lembu yang sekurang-kurangnya memerlukan lebih dari dua jam untuk proses pencernaan.

Susu kambing juga untuk pengetahuan anda sebenarnya boleh membantu untuk penghidap demam ­kuning dan juga membantu ­pesakit yang mengalami anemia.Susu kambing sebenarnya boleh membantu pesakit anemia ini kerana ianya mempunyai sifat pengaktif antibody yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah merah manusia.

Susu kambing dari jenis etawa


khasiat kambing etawa


Kambing Etawa adalah spesis kambing yang berasal dari negara India,kambing ini juga disebut sebagai kambing Jamnapari.Tinggi kambing Etawa jantan adalah antara 90 sentimeter hingga 127 sentimeter manakala kambing etawa betina hanya mencapai 92 sentimeter.Berat bagi seekor kambing etawa jantan boleh mencapai 91 kilogram,dan etawa betina hanya boleh mencapai 63 kilogram sahaja.Telinga kambing ini panjang dan terkulai ke bawah.Dahi dan hidungnya agak cembung.Kambing etawa jantan ataupun yang betina mempunyai tanduk yang pendek.Kambing jenis ini mampu menghasilkan susu sehingga 3 liter sehari.

Susu kambing etawa boleh menyihatkan tubuh badan kita dan ianya juga memiliki nilai harga yang tinggi didalam pasaran dek kerana faktor nutrisinya yang amat bagus dan juga rasanya yang agak enak.

Susu kambing dalam islam


Di kalangan orang Islam,susu kambing lebih afdal diminum kerana ia adalah sebahagian daripada sunah Nabi Muhammad s.a.w. Kini, dengan gabungan makanan-makanan sunah lain, susu kambing memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia. Antara hadis-hadis mengenai susu kambing ini:


1.Hadis dari Abu Ubaidah bin Atoq bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Kambing merupakan binatang yg penuh Baroqah  yg ditinggalkan orang soleh terdahulu".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha Allah).
2.Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang kambing: “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.
3.Sabda Rasullah s.a.w, "Peliharalah kambing kerana padanya terdapat keberkatan".
4.Nabi Muhammad S.A W bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak).
5.Abu Hurairah juga meriwayatkan sabda Rasulullah “Asas kekufuran ada di arah matahari terbit, megah dan angkuh ada pada pemilik kuda dan unta, mereka yang bersuara nyaring (bising) ialah pemelihara haiwan berbulu (arnab, kucing) dan ketenangan itu ada pada gembala kambing”. [Hadis ini turut dinukilkan oleh al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta`].
6.Abu Said al-Khudri mengata bahawa Rasulullah pernah bersabda “Akan tiba suatu masa di mana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. Malah menurut Abdullah bin Mas’ud semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan beliau meminumnya secara langsung setelah diperah daripada kambing betina.
7.Abu Hurairah telah berkata, "Pada malam baginda diisrakkan, dihulurkan kepada Rasulullah SAW dua gelas minuman iaitu khamr (minuman keras) dan susu. Baginda pun melihat kedua-duanya lalu mengambil susu. Jibril berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau mengambil khamr, nescaya binasalah umatmu.”
[Riwayat Imam al-Bukhari]
8.Abu Hurairah berkata, "Nabi SAW bersabda : Ketika aku diisrakkan, aku bertemu dengan Nabi Musa AS, baginda seorang lelaki yang tinggi kurus dengan rambut berombak seperti seorang Bani Syanu’ah. Aku juga bertemu dengan Nabi Isa AS, baginda kelihatan seperti lelaki biasa, berkulit merah, seakan-akan baru keluar dari pemandian. Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim AS, akulah keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu aku diberi dua bejana, yang satu berisi susu dan yang lain berisi arak. Dikatakan padaku : Ambillah yang engkau suka. Aku mengambil susu dan meminumnya. Kemudian dikatakan : Engkau diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati fitrah. Seandainya engkau mengambil arak, nescaya sesat umatmu."
[Riwayat Imam Muslim] 

Susu kambing sebenarnya kaya dengan protien,enzim dan juga mengandungi faktor untuk anti penuaan pada manusia.Ia juga mengandungi antibodi yang boleh melawan dan merawat penyakit seperti :
  • gastrik
  • demam kuning
  • lelah, penyakit kulit
  • memulih tenaga batin
  • sakit jantung peringkat awal
  • ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi 

Khasiat susu kambing untuk ibu hamil dan bayi

Khasiat susu kambing untuk ibu hamil Kandungan protein didalam susu kambing ini adalah hampir sama sahaja dengan susu ibu dan ianya juga melebihi daripada dalam susu lembu.Susu kambing juga tidak mengandungi jenis-jenis protein seperti alpha casein dan  beta casein.2 protein inilah yang boleh menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu kepada bayi mahupun orang dewasa.Protein yang terdapat dalam susu kambing juga mengandungi 22 jenis asid amino termasuk 8 jenis asid amino yang paling penting untuk badan kita.

Ianya juga penting untuk membantu perkembangan sel-sel otak dan sistem saraf dalam badan kita.Pembina protein dan enzim untuk otot,sendi,organ dan juga pundi sebenarnya diperbuat daripada protein.Gabungan kalsium dan fosforus iaitu calcium phosphate,iaitu suatu komponen penting membentuk struktur-struktur dan kekuatan tulang serta beberapa lagi fungsi -fungsi untuk tubuh yang lain.

Kebaikan susu kambing untuk ibu mengandung


Susu kambing paling berkesan dan bagus jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit dalaman.Antara penyakit yang mampu dirawat dengan susu kambing adalah penyakit deman kuning pada bayi,merawat jantung yang lemah,darah tinggi.
Susu kambing juga boleh merawat penyakit darah tinggi,sakit kepala atau pun migrain,masalah sendi-sendi,urat dan juga merawat masalah buah pinggang.Dibawah ini adalah beberapa lagi penyakit yang boleh dirawat dan mencegah dengan susu kambing:

  • Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
  • Penyakit batuk kering atau TB
  • Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
  • Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
  • Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin

Susu kambing sesuai diminum diwaktu pagi sebelum anda bersarapan dan malam sebelum anda tidur.Jangan sesekali anda mengunakan air panas  dengan susu kambing kerana ianya boleh menghilangkan khasiat susu kambing itu sendiri.Cukuplah sekadar mengunakan air suam ketika anda hendak meminumnya.

Bagaimana pula khasiat sabun yang diperbuat dari susu kambing


khasiat sabun susu kambing

Sabun yang diperbuat mengunakan susu kambing memiliki banyak khasiat dan manfaat kepada kesihatan untuk kulit kita.Oleh kerana inya mengandungi lebih dari 23 vitamin dan mineral semula jadi,sabun yang diperbuat dari susu ambing telah terbukti mampu untuk merawat masalah pada kulit manusia seperti jerawat,alergi kulit.,mengurangi kerandangan pada kulit,melembapkan kulit  yang kering,menjadi kulit seperti remaja,melindungi kulit anda dari bakteria juga bahan-bahan kimia dan mampu untuk memutihkan kulit pada muka mahupun badan kita.

Fakta tentang sabun susu kambing

  • Telah terbukti boleh merawat jerawat.
  • Sabun susu kambing boleh menhindari masalah alergi jika dibandingkan dengan sabun kecantikan lain kerana ianya dibuat secara semula jadi dan tanpa campuran bahan kimia.
  • Susu kambing dapat juga mengurangi keradangan pada kulit, dan membaiki kulit kering dan rosak.
  • Dapat menghilangkan tanda-tanda penuaan kulit.
  • Sabun susu kambing memiliki alpha-hydroxy yang boleh melembutkan kulit dengan memecah dan membuang sel-sel kulit yang mati.
  • Susu kambing memiliki kadar PH yang paling dekat dengan kulit kita.ianya dapat membantu melindungi kulit kita daripada diserang oleh bakteria dan kimia lain.
  • Penuh dan sarat dengan nutrisi penting dan vitamin seperti vitamin C, B1, B6, B12, dan E.

Video tentang khasiatnya susu kambing





Kebaikan tambahan susu kambing bersama buah kurma


khasiat dan manfaat buah kurma
Anda pasti kenal dengan buah kurma bukan,buah yang amat popular dikala bulan ramadan.Di kalangan penduduk di negara arab buah kurma adalah makanan utama bagi mereka, malah di kalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama kegemaran Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Kenali buah kurma

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan kawasan tanah yang kering serta mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.


  • Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak”.

  • Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

  • “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.

  • Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Fakta menarik tentang kurma

  • Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.
  • Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.
  • Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
  • Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
  • Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
  • Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
  • Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
  • Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
  • Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?
  • Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
  • Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

Banyak sebenarnya khasiat-khasiat serta manfaat buah serta tumbuhan ciptaan Allah  yang masih manusia tidak tahu.Baiklah oh kiji berharap anda semua mendapat manfaat daripada artikel manfaat khasiat susu kambing dan kurma ini.Semoga anda semua kekal sihat dan sejahtera selalu.

Tonton Video Manfaat Susu Kambing




Anda suka tak dengan pos ini?
3 komen untuk "Manfaat khasiat susu kambing dan kurma"

TQ sharing..
Susu kambing mix dengan kurma memang sedap..

susu kambing ni makanan sunnah dan berkhasiat juga...sekarang ni barulah ramai yang sedar nak minum susu kambing ni

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.