Pegawai tadbir dan diplomatik 2014 - contoh soalan peperiksaan

Pegawai Tadbir & Diplomatik - Contoh soalan terkini peperiksaan PTD gred M41 2014


jawatan pegawai tadbir diplomatik gred M41

Anda akan menduduki exam PTD secara online?anda mencari contoh-contoh soalan yang bakal anda temui ketika peperikasaan PTD nanti?Jika anda salah seorang calon yang telah disenaraikan untuk sisi temuduga bagi peperiksaan jawatan pegawai tadbir diplomatik gred M41 pada 1 november 2014 nanti,oh kiji ingin ucapkan tahniah kepada anda semua.Anda hanya selangkah lagi untuk bergelar sebagai seorang penjawat awam bagi jawatan kerajaan yang dianggap sebagai jawatan yang agak tinggi iaitu pegawai tadbir diplomatik.


Untuk semak status anda bagi peperiksaan online PTD M41 ini sila klik disini dengan masukan no kad pengenalan anda (Contoh : 870411115316 atau A1265269) di ruangan no kad pengenalan

Jika anda sedang mencari tips dan rujukan untuk peperiksaan nanti disinilah tempatnya,kali ini oh kiji akan kongsikan kepada anda contoh dan jenis soalan yang biasa diberikan kepada calon-calon pada peperiksaan yang lepas.Bagi yang belum mengetahui tentang perihal,skop kerja dan syarat untuk menjadi pegawai tadbir dan diplomatik beserta maksub apa itu PTD izinkan saya terangkan dahulu kepada anda :-)


Perihal skop kerja bagi jawatan pegawai tadbir diplomatik gred M41


jata kerajaan malaysia

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian atau jabatan : Jabatan Perkhidmatan Awam

Jadual Gaji & Syarat-syarat kelayakan untuk menjawat pegawai tadbir diplomatik  :

GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM2,253.00RM8,731.00RM225.00

  • Mempunyai Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.Gaji untuk permulaan pengkhimatan : RM2,253.00
  • Atau mempunyai Ijazah sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.Gaji Permulaan : RM2,564.14 atau
  • Mempunyai Ijazah doktor falsafah (Ph.D) daripada mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan.Gaji Permulaan : RM2,875.48.
  • Wajib lulus peperiksaan untuk memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang telah ditetapkan salah satunya ialah ujian penilaian daripada PAC.
PAC adalah mekanisme yang membantu pihak JPA untuk membuat dan melakukan penilaian bagi kesesuaian dan kelayakan terhadap calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam.Ujian penilaian ini dilaksanakan selama tiga hari.Antara Aspek-aspek kompetensi yang akan diuji adalah seperti dibawah :
  • Menghadiri dan lulus kursus diploma pengurusan awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan memiliki diploma pascasiswazah pentadbiran awam daripada mana-mana institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf  oleh kerajaan atau setaraf dengannya.
  • Bagi calon untuk lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dari sijil pelajaran malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Lulus ujian kecergasan iaitu larian 2.4Km secara kiraan. 
 
Skop Kerja bagi pegawai tadbir diplomatik adalah :

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Apa itu peperiksaan dan makna PTD

Apa itu peperiksaan dan PTD
PTD adalah singkatan kepada Pegawai Tadbir Diplomatik M41.Berdasarkan dari jadual peperiksaan PTD 2014 yang akan dijalankan secara online seperti peperiksaan untuk penolong penguasa kastam pada 1 november 2014 baru ini,peperikasaan ptd ini masih lagi menjadi tapisan pertama untuk calon-calom sebelum menjawat jawatan ini.Sesi peperiksaan pada kali ini  agak menarik,kerana ianya akan diadakan pada sebelah malam walaupun ianya telah berubah format dan cara pendekatannya. 


Jumlah untuk calon peperiksaan bagi pegawai tadbir dan diplomatik pada tahun 2014 ini dikatakan telah mencecah 100,000 orang calon dimana ianya lebih ramai daripada peperiksaan pada tahun lepas.Peluang untuk anda menjawat jawatan awam ini amat besar. Anda hanya perlu manfaatkan peluang keemasan anda ini dengan membuat persiapan yang lengkap terlebih dahulu dengan mengikuti tips yang disediakan didalam ini.Format bagi peperikasaan PTD 2014 ini agak mengejutkan sedikit dan ianya berbeza sekali dengan peperiksaan bertulis sebelum ini.Untuk peperiksaan kali iniI ianya mengandungi 3 seksyen untuk penilaian.



Format peperiksaan PTD tahun 2014




  • Seksyen A – Pengetahuan Am (40 minit)
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (45 minit)
  • Seksyen C – Ujian Psikometrik (15 minit)

Tiada lagi dua seksyen iaitu untuk esei dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris dan pastinya ianya menjadi lebih mudah untuk calon mendudukinya nanti.



Contoh soalan bagi peperiksaan pegawai tadbir & diplomatik gred M41





Soalan pengetahuan am - Masa diperuntukkan untuk bahagian ini adalah 45 minit bagi 40 soalan.Anda wajib untuk mengetahui tentang perkara-perkara semasa yang sedang berlaku di dalam negara dan juga di luar negara.Anda perlu tahu serba sedikit mengenai selok belok pentadbiran didalam negara.Tahu bagaimana bandar itu dibangunkan? Kerana anda perlu tahu cara-caranya.Perihal pembangunan itu boleh terbahagi kepada daerah, tanah, wilayah dan juga tempatan.Jangan lupa juga tentang dasar-dasar.Anda perlu lakukan carian di google tentang apa yang kerajaan sedang buat sekarang ini.

Jangan lupa juga mengenai ekonomi dan kewangan. Itu juga perlu anda tahu.Kalau boleh cuba fahamkan diri anda tentang apa itu GST.Kemudian tahu akan hubungan antarabangsa dan tentang hal ehwal luar negeri juga anda perlu tengok.Isu-isu tentang negara Israel dan Palestin, Isu ISIS,Boko Haram, itu hanyalah beberapa perkara yang perlu anda tahu.Untuk hendak menjadi seorang pegawai tadbir diplomatik anda kena tahu banyak pengetahuan am untuk berjaya dalam peperiksaan ini.

Contoh-contoh soalan peperiksaan pegawai tadbir diplomatik yang mungkin ditanya kepada anda:

Soalan contoh pegawai 1

Penyelesaian Masalah - Di sini sama juga seperti soalan di atas.45 minit diberikan untuk 40
soalan. Anda perlu selesaikan masalah menggunakan otak di bahagian ini.Bahagian pertama dalam seksyen ini ialah anda perlu mahir menggunakan logik.


Anda tahu cara untuk menjawab soalan ini? Di bawah ialah cara menjawabnya :

Jawapan untuk soalan di atas adalah: A


Soalan-soalan temuduga yang dikongsikan di atas tadi adalah contoh soalan terkini peperiksaan PTD gred M41 untuk Pegawai tadbir dan diplomatik daripada beberapa rakan yang pernah menghadiri sesi temuduga untuk peperiksaan jawatan pegawai ini.Mungkin soalan-soalan yang disenaraikan oleh saya tadi tidak akan ditanya atau mungkin juga ianya akan ditanya.Sebaiknya jadikan ianya sebagai panduan dan latihan anda dalam persediaan untuk peperiksaan jawatan pegawai tadbir diplomatik yang bakal berlangsung dari 1 november 2014(sabtu) nanti.

Cadangan saya kepada anda

Bagi memantapkan lagi tanpa perlu anda risau dengan memikirkan akan perihal yang berkaitan untuk persediaan peperiksaan PTD nanti,anda boleh terus mendapatkan contoh senarai-senarai dan rujukan soalan penuh bagi peperiksaan secara online untuk pegawai tadbir diplomatik yang disediakan dibawah ini.Pakej rujukan peperiksaan online pegawai tadbir diplomatik ini yang telah banyak membantu ribuan calon untuk lulus sejak dari tahun 2009 lagi.Untuk dapatkan pakej rujukan ini anda hanya perlu pergi kelaman pakej rujukan dengan klik link dibawah gambar ini.
pakej rujukan peperiksaan online pegawai tadbir diplomatik
>>>>   KLIK SINI SEKARANG  <<<<


Anda suka tak dengan pos ini?
1 komen untuk pos "Pegawai tadbir dan diplomatik 2014 - contoh soalan peperiksaan"

terima kasih tuan :-)

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.