Panduan cara pakai selendang terkini

Cara-cara pakai selendang yang terkini

gambar cara pakai selendang
Terlalu banyak gaya-gaya tudung atau seledang yang terkini,maka anda pastinya keliru akan cara pemakaiannya.Kali ini Oh Kiji akan senaraikan kepada anda cara pemakaian tudung terkini dengan gambar dan juga video langkah demi langkah :-).

Bagi umat islam pemakaian seledang adalah wajib bagi menutup aurat iaitu atas kepala hingga keseluruhan rambut.Jadi pemakaian seledang ini jika niatnya hanyalah untuk berfesyen maka ianya tidak betul.Wanita islam harus memakai apa-apa yang boleh menutupi aurat di bahagian kepala mereka iaitu rambut agar ianya terlindung dari kelihatan dari mana-mana lelaki yang bukannya muhrim.

Perkataan ''aurat' itu asalnya dari bahasa Arab. Satu daripada ertinya ‘kebogelan’, ‘kemaluan’. Berdasarkan erti ini, jika rambut wanita itu ‘aurat, ia mestilah ditutup. Ada banyak bukti yang bersifat langsung dan tidak langsung bahawa rambut wanita bukan ‘aurat.Apabila kita mengambil wuduk, kita disuruh menyapu kepala, selain membasuh muka, membasuh dua tangan dari pergelangan tangan hingga ke siku, dan membasuh kedua-dua belah kaki. Ini menunjukkan bahawa kepala kita biasanya terdedah; maka kita disuruh menyapu debu yang terlekat di kepala. Ini bukti tidak langsung.Bukti langsung dari ayat Quran. 

Perhatikan ayat ini: 

“Hai kamu yang beriman, apabila kamu mendirikan sembahyang, hendaklah kamu basuh muka kamu, basuh kedua belah tangan kamu hingga ke siku. Sapu kepala kamu dan basuh kedua belah kaki kamu hingga ke pergelangan kaki...” (5: 6)

Dibawah adalah senarai artikel dan tutorial dari oh kiji tentang pemakaian tudung atau cara pakai selendang yang terkini.


Cara pakai shawl satin yuna - ini ialah tutorial cara memakai shawl kain jenis satin ala artis malaysia yang popular iaitu Yunalis Zarai (Yuna).

Cara pakai shawl labuh tutup dada - Disini anda akan berlajar cara memakai shawl yang menutupi dada sepenuhnya agar dibahagian dada wanita tidak menonjol ataupun kelihatan.

Cara pakai shawl silang - Anda akan belajar cara memakai shawl yang bersilang.

Cara pakai shawl muka bulat - jika anda seorang yang mempunyai muka jenis bulat maka tutorial ini amat sesuai kepada anda.

Cara pakai shawl simple - jika anda seorang yang jenis tidak sukakan cara pemakaian yang agak rumit maka tutorial ini sesuai untuk anda yang sememang cantik lagi manis :-).

Cara pakai tudung halfmoon - ini pula panduan cara bagaimana hendak memakai tudung halfmoon yang cantik jika dipakai oleh semua wanita.

Cara pakai tudung bawal - anda nak try pakai tudung bawal terkini?disinilah tempatnya..klik je link sebelah untuk mempelajarinya dengan segera.

Cara pakai shawl - kat sini ada 8 gambar dan 1 video tutorial yang akan mengajar anda bagaimana hendak memakai shawl yang sangat cantik. 

Jadi anda semua boleh rujuk di semua tutorial diatas,anda boleh mencuba satu per satu.Moga anda semua kelihatan cantik,angun dan yang terutamanya sentiasa dapat menjaga aurat anda dari terdedah.Ok semoga perkongsian panduan cara pakai selendang yang terkini ini dapat memberi manfaat kepada anda.


Anda suka tak dengan pos ini?
1 komen untuk pos "Panduan cara pakai selendang terkini"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.