Cara mengatasi muka berminyak

Panduan atasi muka berminyak dan berjerawat

Cara mengatasi muka berminyak

Baiklah untuk pos kali ini saya akan berkongsi kepada anda cara untuk membuat muka kita tidak berminyak dan juga berjerawat.Banyak cara dan kaedah yang boleh digunakan kita untuk mengatasi masalah ini,contohnya sentiasa mencuci muka atau pun sentiasa membawa bersama sama 1 helai kain untuk mengelap muka kita dari berminyak.Manakala untuk mengelak muka kita dari berjerawat salah satu caranya ialah mengelak mengambil makanan yang berkolestrol seperti kacang.Itu hanya lah beberapa cara yang boleh kita gunakan untuk atasinya,di bawah ini ada lagi beberapa kaedah yang akan saya terangkan kepada anda.

Baca pos ini juga : cara hilangkan parut hitam jerawat,cara hilangkan jerawat batu

Kulit manusia menghasilkan minyak yang berfungsi sebagai pelindung kulit dari bahan bahan asing seperti debu yang dimana ianya mudah untuk memasuki kedalam liang roma kulit kita. Selain itu minyak pada kulit bertindak sebagai cairan yang mampu menjaga keremajaan kulit dan menjadikan kulit kita lebih kenyal.Namun disebalik kelebihan diatas ianya juga boleh medatangkan masalah juga kepada kita.

Lebihan minyak pada kulit wajah atau dengan kata lain wajah yang berminyak akan menyebabkan rasa perasaan kurang selesa diri kita timbul apabila saat kita berada dikawasan umum lebih lebih lagi jika tempat tersebut penuh dengan orang.Wajah berminyak juga akan menangkap udara di sekitar dan mengendapkan debu di muka kita dan akibatnya liang roma yang berada dimuka kita akan tertutup dan menyebabkan timbulnya jerawat(baca panduan cara hilangkan jerawat ini).

Langkah awal untuk mencegah masalah ini


  • Kurangkan makanan yang berminyak.
  • Minum air dengan banyak setiap hari.
  • Sentiasa mencuci muka terutamanya selepas di luar, setidak-tidaknya, lapkan muka anda dan leher anda dengan kain/tisu lembap.
  • Jika anda menggunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskan air. Elakkan yang mengandungi mineral ‘oil’.
  • Pastikan anda membersihkan solekan anda setiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.


Antara sebab utama berlakunya masalah kulit muka ialah pengambilan makanan yang tidak seimbang. Mengambil makanan yang berminyak, tidak mengambil air putih secukupnya, tidak cukup tidur, tidak mencuci muka dan bermacam-macam lagi amalan gaya hidup yang tidak sihat kita amalkan. Kurang bersukan juga merupakan salah satu faktor masalah kulit berlaku. Dimana dengan bersukan kita boleh membersihkan pori-pori kulit melalui proses perpeluhan. 

Jadi sentiasa mengikuti Cara mengatasi muka berminyak diatas agar anda dapat menghindari dari muka yang berminyak,satu lagi saya sarankan anda dapat tisu Oxy dan bawanya selalu agar senang anda gunakannya untuk mengelap muka yang berminyak nanti.

Klik sini untuk produk hilangkan parut jerawat


Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Cara mengatasi muka berminyak "

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.