Lakukan selalu terapi bekam untuk jerawat anda!

Masalah jerawat mampu ditangani dengan terapi bekam


 terapi bekam untuk jerawat

Masalah jerawat juga mampu dirawat dengan mengunakan kaedah terapi bekam.Bekam bukan sahaja berfungsi untuk membuang darah kotor didalam badan kita sahaja,ianya juga mampu merawat pelbagai penyakit,salah satunya seperti yang saya beritahu diatas tadi,iaitu jerawat.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari.


Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari

 Mari kita mengenal terapi bekam ini dahulu


Asal usul perkataan bekam ini berasal dari terjemahan bahasa Arab.Istilah bekam berasal dari bahasa melayu yang bermaksub “Pelepasan Darah”.Istilah bekam ini telah tersebar di seluruh tanah air di tanah indonesia.Berkemungkinan ianya disebabkan oleh kedudukan bahasa melayu yang lebih tinggi dari pada bahasa jawa pada masa itu.Tentunya bahasa melayu lebih diterima dari pada bahasa jawa.Apalagi bahasa melayu sebenarnya merupakan bahasa nenek moyang atau asal usul kepada bahasa Indonesia,berbeza sekali dengan bahasa jawa.

Namun, jika diteliti lebih lanjut,sebenarnya sebutan bekam ini berasal dari terjemahan bahasa arab , yakni terejemahan dari kata hijamah yang ertinya sama dengan “penyedutan atau sedutan”. Untuk mengetahui makna erti untuk sesebuah perkataan atau sebutan dalam bahasa arab kita terlebih dahulu harus mengetahui tentang asal-usul sebutannya.Sebabnya, kebanyakan sebutan dalam bahasa arab memiliki pecahan kata yang banyak maknanya.Atau secara mudahnya kita katakan,banyanya makna pecahan sebutan itu tidaklah terlalu jauh dari sebutan asalnya.

3 cara hilangkan parut hitam jerawat

Bekam ini mulai dikenali dan dilakukan sejak zaman mesir kuno yang lalu,dimana bangsa mesir kuno pada ketika itu dikenali sebagai bangsa yang banyak melakukan perjalanan jauh untuk berdagang yang sememangnya jauh untuk satu-satu perjalanan tersebut,akibat dari aktiviti tersebut maka ramai yang merasa sakit dan tidak selesa pada tubuhnya.Jadi untuk mengurangi rasa tidak selesa tersebut, mereka berusaha untuk mengeluarkan cecair-cecair darah kotor yang mereka anggap boleh mempengaruhi keseimbangan metabolisme di tubuh mereka.

Bekam merupakan salah satu bentuk perubatan dalam Islam yang disunnahkan oleh Nabi Muhammad saw. Sebagaimana yang diriwayatkan Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw bersabda,”Kesembuhan penyakit itu dapat diperolehi melaui dengan tiga cara :

  • Pertama - dengan meminum madu. 
  • Kedua - dengan melakukan pembekaman. 
  • Ketiga - dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengobatan dengan besi panas”.

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam bersabda,“Sesungguhnya cara pengobatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam)”.
Terapi bekam untuk mengatasi masalah jerawat anda

Terapi bekam melancarkan sistem peredaran darah, menjadikan metabolisme tubuh meningkat. Oleh kerana metabolisme meningkat, sistem hormon yang menyebabkan punca minyak berlebihan di wajah akan menjadi seimbang. Minyak berlebihan di wajah dapat dikawal dan menjadikan wajah lebih bersih dan tidak mudah diserang bakteria punca jerawat.Di samping itu, terapi bekam juga berkemampuan untuk  merangsang antibodi di dalam tubuh badan untuk membunuh kuman-kuman yang ada dan menghilangkan jerawat anda.

Pembekaman juga merangsang penghasilan hormon regenerasi sel (penghasilan sel-sel baru), menolong memperbaiki dan memulihkan sel-sel jaringan kulit yang rosak akibat jerawat & parut jerawat.Cara ini dapat menghilangkan masalah jerawat dengan selamat, tanpa kesan sampingan dan efektif. Anda kini boleh tampil berkeyakinan tinggi dan bergaul tanpa rasa malu dengan rakan-rakan atau dengan yang dikasihi. 

Lagi maklumat tentang jerawat ini

  • rawatan untuk menghilangkan jerawat belakang - jika anda mengalami masalah jerawat tumbuh dibahagian belakang anda maka saya sarankan anda membaca cara menyelesaikannya disini.
  • masalah jerawat resdung - masalah ini juga boleh dikatakan agak kronik kerana pesakit bukan sahaja mengalami masalah jerawat,malahan menghidapi resdung.Baca sini untuk mengetahui punca resdung dan rupa kuman yang mengakibatkan resdung.
  • masalah jerawat lelaki - anda lelaki?anda ada masalah jerawat?saya sarankan anda baca tentang pemasalahan ini disini.
  • masalah remaja menghidapi jerawat - masalah remaja yang mempunyai jerawat kian meruncing,fakta menunjukan setiap tahun hampir 85% remaja malaysia menghidapi masalah jerawat.
  • atasi muka yang berminyak - ketahui cara bagaimana hendak mengatasi masalah muka yang berminyak.
  • produk untuk parut jerawat - anda mencari produk untuk menghilangkan parut jerawat?disini jawapannya.
  • panduan cara hilangkan jerawat batu - jerawat batu ini merupakan 1 masalah yang besar bagi yang menghidapainya,kerana jerawat batu mampu menpengaruhi penampilan anda dan mengurankan keyakinan diri anda,selesaikan masalah ini dengan segera.
Saya anda semua mendapat manfaat dari pos terapi bekam untuk jerawat ini.Sila klik butang share dibawah jika anda rasa ianya berguna kepada rakan-rakan anda :-).



Anda suka tak dengan pos ini?
1 komen untuk pos "Lakukan selalu terapi bekam untuk jerawat anda!"

kiranya bekam ni boleh juga la merawat masalah jerawat..tapi pada saya better jangan tumpu pada..guna juga produk farmasi

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.