Panduan dan cara buat duit dengan affiliate melalui blog

Panduan Lengkap Bagaimana Membuat Dan Menjana Duit Dengan Affiliate

komisen affiliate
(ini adalah contoh yang diambl dari google image)

Kali ini oh kiji akan mengajar anda tentang cara buat duit dengan affiliate.Jika anda disini anda pasti sudah mengetahui apa itu affiliate bukan,dan anda sebenarnya ingin mempelajari dengan lebih lanjut macam mana hendak menjana duit dengan affiliate seperti macam mana hendak memilih produk affiliate dan cara mempromosikannya,jangan khuatir ye..saya akan ceritakan semuanya disini.Kaedah promosi yang saya akan tunjukan nanti ialah SEO,iaitu promosi mengunakan laman carian seperti google.


Pengenalan cara buat duit dengan Affiliate -Apa itu affiliate


Tapi sebelum itu izinkan saya ceritakan sedikit apa itu affiliate untuk pengunjung yang belum mengenali affiliate,buat duit affiliate ini sebenarnya tergolong didalam kumpulan bisnes online,dan affiliate ini sebenarnya bermaksub anda mempromosikan produk orang lain tidak kira sama ada produk tersebut secara fizikal mahupun digital.

Anda promosikan produk tersebut dengan mengunakan 1 link(url) khas yang diberikan oleh tuan produk tersebut dan jika ada prospek klik link tersebut dan kemudian membuat  pembelian didalam laman web produk tersebut maka anda akan mendapat komisen jualan produk tersebut.Inilah kelebihan affiliate ini,anda tidak perlu mempunyai produk sendiri.


Kelebihan perniagaan Affiliate
  • Kos - Program affiliate adalah FREE. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal kerana segala kos akan ditanggung oleh penjual/vendor. Apa yang anda perlu ada hanyalah gadget serta minat.  
  • Tidak perlu penyimpanan barang - Anda tidak perlu risau tentang stok atau tempat penyimpanan kerana anda tidak perlu simpan barang yang di promosi. Semuanya akan diuruskan oleh penjual sendiri.
  • Tidak perlu support pembeli - Anda tidak perlu pening untuk menjawab semua persoalan tentang produk atau rungutan dari pembeli.
  • Pendapatan Pasif - Anda tidak perlu berhenti kerja semata-mata untuk melakukan program affiliate. Hanya lakukan sebagai kerja sampingan dan pendapatan akan terus menerus masuk ke dalam akaun anda.


Komisen jualan yang akan diterima oleh anda bergantung pada berapa peratus yang diberikan oleh tuan produk tersebut dan biasanya ianya adalah 4%-75%. Dalam post ini saya akan mengajar anda bagaimana hendak menjana duit dengan affiliate malaysia iaitu ashadee.

Anda boleh memilih mana-mana pihak yang melakukan program affiliate seperti klikjer,lazada dan juga individu persendirian.insyallah akan datang saya akan kongsikan cara membuat duit dengan affiliate luar negara seperti clickbank,amazon,market health,JVzoo dan juga network-network affiliate lain.


Langkah pertama - memilih produk yang ingin dipromosi


Didalam bisnes affiliate pemilihan produk menjadi tunjang utama sebelum melakukan promosi,dan untuk panduan ini kita akan mengunakan program affiliate yang bernama ashaade.Sila daftar di laman ashadee disini : http://www.ashadee.com/.Masukan semua detail anda yang sebenar seperti nama,alamat dan juga no akaun bank anda(untuk pembayaran komisen).

Cara saya memilih produk di ashadee ialah dengan melihat nilai EPC yang tinggi dibahagian top offers,nilai EPC ini bermaksub Earning Per Click iaitu maklumat per klik link affiliate dari affiliate lain yang telah mempromosi dan menghasilkan jualan dengan produk ini.EPC ini dikira dengan dibahagikan komisen yang dihasilkan dengan keseluruhan jumlah klik yang diperolehi oleh kita.

Setelah anda memilih produk yang ingin dipromosikan anda akan pergi melakukan kajian kata kunci pula(keyword research),dalam panduan ini saya memilih produk "panduan menjahit baju kurung tradisional".


contoh produk baju kurung

Belajar jahit baju kurung


Langkah Kedua - Kajian kata kunci


Produk yang saya pilih ialah panduan jahit baju kurung tradisional,jadi kata kunci yang saya akan pilih mestilah berkaitan dengan baju kurung,untuk melakukan kajian kata kunci anda boleh menggunakan google keyword planner satu tool percuma yang disediakan oleh pihak google untuk para pengiklan mengkaji kata kunci sesuai untuk mereka gunakan ketika membuat iklan nanti.


Selain keyword planner kita boleh gunakan tool dari pihak ketiga seperti Traffic travis,market samurai,long tail pro dan juga keyword revealer.

Saya lebih gemar mengunakan keyword revealer,fungsi keyword revealer ini seakan sama dengan long tail pro bezanya ianya web base,tiada software yang perlu diinstall di komputer anda,

hanya masuk je kedalam laman web mereka dan anda boleh melakukan kajian kata kunci disana.Dengan fungsi meter persaingan kerja anda untuk memilih kata kunci menjadi senang.

Keyword Revealer mempunyai 3 plan

  • Percuma - dengan plan ini anda dapat melakukan kajian keatas 3 keyword dan 6 analisa persaingan dalam 1 hari.
  • Basic - untuk plan ini anda perlu membayar US9.97 setiap bulan,dengan plan basic anda dapat lakukan kajian keatas 29 keyword dan 50 analisa persaingan dalam 1 hari.
  • Pro - berharga US29.97 sebulan,dengan plan ini anda dapat lakukan kajian keyword dan analisa persaingan tanpa had dalam 1 hari.
Daftar disini sekarang

Untuk melihat bagaimana keyword revealer berfungsi sila lihat video dibawah


Pastikan anda memilih sekurang-kurangnya 3 kata kunci utama yang mempunyai carian lebih dari 200 carian sebulan.Ok berbalik pada kata kunci untuk produk yang saya pilih tadi,dibawah adalah kata kunci yang saya pilih.

keyword revealer

Lihat kata kunci yang saya pilih diatas iaitu "cara menjahit baju kurung",meter persaingan menunjukan 13 dan keyword revealer menyatakan ianya extremely low competition,dan carian bagi kata kunci tersebut ialah 1,000 sebulan.

Dari segi persaingan 10 laman web/page yang berada dimuka depan google.com.my majoritinya tidak mempunyai PR,backlinks yang banyak dan page authority yang rendah.Manakala title,url dan description kesemuanya tidak mempunyai kata kunci tersebut.

Secara peribadinya kata kunci ini bagi saya adalah senang kerana persaing dimuka depan tidaklah sekuat mana.Langkah terakhir sebelum anda memilih kata kunci tersebut pastikan anda memeriksa jumlah backlinks kesemua laman yang berada di muka depan tersebut.

Oleh kerana maklumat jumlah backlinks yang diberikan oleh keyword revealer kurang anda perlu mengunakan tool lain untuk melihat jumlah backlinks laman web persaing anda.Saya selalu mengunakan market samurai dan juga ahrefs(percuma tapi terhad).

Tool analisa backlinks

  • Ahrefs.com
  • Majesticseo.com
  • Market samurai (sama dengan majesticseo kerana market samurai mengunakan API key dari majestic seo)
  • Seo spyglass

Kesemua tool diatas berbayar,tetapi masih boleh digunakan secara percuma dengan fungsi yang terhad.Jadi kata kunci yang saya pilih ini rata-ratanya mempunyai backlinks yang tidak banyak(bawah 1k).

Tips: oleh kerana saya sudah terbiasa dengan mengunakan keyword revealer,maka saya boleh agak kesemua laman di muka depan mempunyai backlink yang rendah hanya berdasarkan pemerhatian dari maklumat jumlah backlinks yang diberikan keyword revealer.Jadi jika anda mengunakan keyword revealer dan majoriti maklumat jumlah backlinks yang diberikan oleh keyword revealer di kolum "backlinks" seperti 0 atau puluhan biasanya laman tersebut mempunyai jumlah backlinks yang rendah,tetapi jika maklumat yang ditunjukan mempunyai nilai ratusan dan majoriti laman persaing anda yang berada dimuka hadapan mempunyai nilain jumlah backlinks dalam ratusan ini bermakna ianya mempunyai jumlah backlink yang banyak mungkin ribuan.
Dari permehatian saya dengan mengunakan keyword revealer,jumlah backlink dari keyword revealer menujukan 0 bermakna jumlah sebenar mungkin puluhan,kalau angka puluhan ianya mungkin mempunyai backlinks dalam jumlah ratusan,kalau nilain ratusan mungkin jumlah sebenar backlinks ribuan,dan jika jumlahnya menunjukan angka ribuan ini mungkin bermakna laman tersebut mempunyai puluhan ribu mahu pun juta jumlah sebenarnya backlinksnya,ini berdasarkan keyword revealer vs ahrefs.com.Jadi jangan mempercayai jumlah backlinks yang diberikan oleh keyword revealer.

Kesimpulannya - Gunakan keyword revealer untuk mencari kata kunci dan memeriksa tahap kesukaran dan persaingan keyword tersebut,kemudian langkah terakhir periksa jumlah backlinks dengan mengunakan tool saya beritahu diatas.

Rules untuk memilih kata kunci yang sesuai dengan keyword revealer


  • Meter persaingan dibawah 25-30(bergantung kepada kemapuan anda)
  • Majoriti atau 7 dari laman web dihadapan muka depan google mempunyai PA bawah 35
  • Majoriti atau 7 dari laman web dihadapan muka depan google mempunyai PR bawah 3
  • Jumlah backlinks majoriti laman web dimuka hadapan google mempunyai jumlah backlinks bawah 10k(ini bergantung kepada kemampuan anda,jika anda merasai jumlah backlinks yang melebihi dari 1 ribu sukar untuk anda anda boleh ubah rules ini kepada jumlah yang lebih rendah lagi).
Sekarang 1 kata kunci sudah pun dipilih oleh saya,saya akan ulangi langkah sama untuk mencari 2 lagi kata kunci utama.Setelah 3 kata kunci utama sudah saya temui saya akan terus ke langkah seterusnya iaitu membina laman web atau pun blog.

Platform yang saya selalu gunakan ialah blogspot,anda boleh memilih untuk mengunakan platform wordpress sama ada dengan hosting dan domain sendiri mahupun dengan subdomain dari platform itu sendiri.

Saya tidak akan menunjukan cara membina laman blogspot disini,tapi saya akan ceritakan cara pemilihan domain diblogspot dan juga pengisian kandungan didalamnya.Untuk domain atau url laman blogspot saya lebih suka menyelitkan satu atau dua perkataan yang berada dalam kata kunci yang saya sasarkan,

atau pun dari nama produk itu sendiri,dan kadang kala saya juga mengunakan domain yang general seperti oh kiji ini.Jadi untuk produk yang saya ingin promosikan ini saya mengunakan domain contoh : bajukurungku.blogspot.com(ini hanyalah sekadar contoh sahaja).

Kemudian saya pilih template dari blogger sendiri ataupun template yang siap dioptimize dengan seo(anda boleh cari blogspot seo optimize template di google) kemudian setup blog tersebut seperti contoh dibawah.

(gambar dibawah hanyalah contoh rupa blog,anda boleh gantikan  banner dengan banner produk yang anda ingin promosikan).Pastikan satu banner berada disebelah kanan,di header blog dan 1 lagi didalam artikel itu sendiri.

contoh rupa blog

Kandungan Dan On page SEO


Kemudian saya masukan artikel untuk kata kunci utama utama iaitu "cara jahit baju kurung" dengan tajuk posnya ialah "panduan dan cara jahit baju kurung tradisional"(pastikan kata kunci utama berada didalam tajuk),panjang artikel tersebut adalah 1000 patah perkataan dengan mempunyai Subheading(dengat kata kunci utama berada didalamnya dan setkan kepada H2) gambar (pastikan masukan ALT text dengan kata kunci utama) dan juga video yang berkaitan dengan kata kunci utama.

Saya tidak suka boldkankan,underline dan italickan kata kunci yang berada didalam artikel,dan saya juga tidak masukan kata kunci utama terlalu kerap didalam artikel kerana saya gemarkan memasukan beberapa kata kunci yang berkaitan atau pun seakan akan sama dengan kata kunci utama dan jadikannya sebagai minor heading mahupun subheading kedua atau ketiga(ini sudah memadai untuk membuat google faham tentang kandungan kita.

Dipenghunjung artikel untuk keyword utama saya akan masukan banner produk dan juga menceritakan sedikit review dan perihal produk berserta ayat call to action untuk pembaca saya klik dan pergi ke laman jualan produk yang saya promosikan. 

Saya tuliskan beberapa baris ayat menarik berserta kata kunci utama untuk meta description saya dan kadang kala saya tidak menulis lansung meta description kerana saya akan biarkan google sendiri yang pilih dan tunjukan snipet post saya di enjin cariannya nanti.

Didalam tempoh ini saya tidak masukan link affiliate kerana saya lebih gemar masukankannya setelah post yang saya sasarkan dengan kata kunci ini ranking dimuka depan google.


Ulangi langkah yang sama untuk keyword utama 2&3


kata kunci berkaitanLakukan perkara sama untuk kata kunci utama kedua dan ketiga,saya publishkan ketiga-tiga artikel tersebut pada hari yang sama kemudian saya peramkan dalam masa seminggu.Selepas itu saya akan cari 20 kata kunci yang berkaitan dengan produk atau pun dengan kata kunci utama,20 kata kunci ini ada yang mempunyai carian tinggi,ada juga rendah dan ada juga yang tiada lansung.

Biasanya saya dapatkan kata kunci ini digoogle sendiri dengan menaip salah satu kata kunci utama kemudian scroll kebawah dimana google menunjukan related keyword to,lihat gambar disebelah.kata kunci ini biasanya jenis longtail,tujuan 20 kata kunci ini adalah untuk 20 artikel yang akan diisi didalam blog saya nanti.

ini bertujuan untuk tidak membuatkan google melihat dan mengangapnya sebagai laman web yang mempunyai kurang kandungan(thin site).Selain itu,saya juga mungkin mendapat sedikit pelawat dari dari kata kunci tersebut apabila ianya ranking dengan sendiri.

Setiap artikel yang saya publishkan ini saya akan linkkan kepada artikel kata kunci utama dengan mengunakan variasi anchor text(keyword yang dilinkkan ke artikel utama seperti cara jahit baju kurung,jahit baju kurung,baju kurung tradisional).

Cara saya link kan artikel tersebut adalah seperti dibawah.Proses ini berlanjutan selama 1-2 minggu(1 atau 3 artikel diupdate sehari bergantung pada tahap kerajinan).

Artikel kata kunci utama <-link-- artikel dengan kata kunci berkaitan(1 link ke artikel sebelum ini dengan anchor text yang berkaitan dengan artikel tersebut) <-link-- artikel dengan kata kunci berkaitan (1 link ke artikel sebelum ini dengan anchor text yang berkaitan dan 1 lagi link ke artikel keyword utama)
 <-- Dan seterusnya hingga 20 artikel

Ulang perkara sama diatas untuk kata kunci utama kedua dan ketiga.Selepas semua tugasan diatas selesai saya terus pergi ke bahagian promosi mengunakan SEO.


SEO untuk mendapatkan ranking dimuka hadapan


Seperti yang saya beritahu diawalan pos ini,saya akan promosikan laman produk affiliate saya ini mengunakan kaedah SEO untuk bertujuan mendapatkan trafik dari laman carian enjin google.Dengan melakukan seo kita boleh membuatkan pos menyasarkan kata kunci utama ke muka hadapan google.

Jadi ini adalah langkah saya lakukan dan proses ini kadangkala berlanjutan hingga 6 bulan dan adakala 1 bulan.Jika anda belum lagi perasan,saya sebenarnya ingin merankingkan laman pos dan bukannya blog utama (homepage).

  • Melakukan blog walking ke blog yang berkaitan mahupun tidak dengan kata kunci utama 80% dan juga nama blog 20% dan link kannya ke pos yang sasarkan kata kunci utama.(10 komen sehari atau seminggu)
  •  Blog walking dan buat blog komen untuk homepage dengan kata kunci nama blog & url blog.(buat paling minima 100 dalam masa 3 minggu variasi dengan forum profile dan link-link lain)
  • Komen diforum berkaitan mahupun bukan(untuk tujuan backlinks shaja),cara saya komen di forum berkaitan ialah dengan meletakan link di signature dan letakan ayat menarik agar ahli-ahli forum disana tertarik di signature saya.Manakala di forum yang bukan berkaitan dengan produk yang ingin dipromosi saya biasanya masukan link dibahagian komen terus dengan mengunakan trick hiddenkan font tersebut.(10 sehari atau seminggu)
  • Bookmark di stumble upon
  • Membuat satu FB page dan buat satu dofollow link mengunakan HTML tab
  • Membuat video dan upload di youtube dan juga dailymontion dengan meletakan link di kotak description.(10 video)
  • Upload fail PDF dilaman slideshare(10 pdf)
  • Membuat 30 laman web 2.0 secara manual dengan kata kunci utama berada didalam tajuk pos dan setiap laman web 2.0 mempunyai 3 pos .
  • Membuat 2 set kempen SEnuke(anda boleh outsource difiverr).Untuk set pertama saya letakkan exact keyword(kata kunci) untuk SEnuke gunakan didalam pos yang akan dibuatnya dan saya gunakan semua modul didalamnya (seperti bookmark,article directory,wiki,forum profile,web 2.0 profiles,social network untuk tujuan variasi backlink).Set kedua pula saya hanya letak url,dan juga 2 kata kunci yang hampir sama dengan kata kunci utama sebagai keywod untuk SEnuke gunakan didalam pos yang akan dibuatnya.
  • 1 set lagi kempem SEnuke kali ini saya hanya gunakan modul social network(ianya seperti web 2.0) dan hanya mengunakan url sebagai keyword untuk SEnuke gunakan(yang ini saya scrape article mengunakan WAC dan translate ke bahasa melayu,edit dan pastikan kata kunci utama atau yang berkaitan ataupun yang seakan sama berada didalam tajuk) modul selebihnya digunakan untuk buat backlinks pada social network ini.
  • 1 set GSA kempen untuk blast semua 30 link web 2.0 sebelum ini(anda boleh outsource difiverr).



Belajar SEO cara En Titan Otai SEO malaysia
klik Sini sekarang


Sabar adalah kunci utama untuk buat duit dengan affiliate melalui blog

Semua kandungan yang digunakan didalam SEnuke di generate mengunakan wizard article creator dan berbahasa inggeris kecuali untuk manual web 2.0 dan juga SEnuke modul social network dimana kandungannya ditulis didalam bahasa melayu atau ditranslate ke bahasa melayu kemudia ke english balik+mix dengan article lain(senuke social network).

Selepas itu saya stop,biasanya dalam masa 3 bulan saya akan nampak kata kunci utama sudah pun naik mahupun ranking manakala kata kunci yang berkaitan ada yang telah pun ranking di muka hadapan google dengan sendirinya.

Tunggu result dalam masa 3-6 bulan dan akan dapat melihat keputusannya.Sabar adalah kunci utama,jadi saya berharap anda semua mendapat manfaat daripada pos cara buat duit dengan affiliate ini. 


Anda suka tak dengan pos ini?
3 komen untuk "Panduan dan cara buat duit dengan affiliate melalui blog"

terbaik la tuan..terima kasih ye

memang terbaik la..macam baca ebook pulak artikel ni hehehe..

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.