Manfaat susu kambing untuk kulit wajah anda - baca sekarang

Manfaat susu kambing untuk kulit muka


manfaat susu kambing pada kulit muka

Semua kaum wanita pastinya mengidam dan juga ingin memiliki kulit yang halus,bersih dan juga putih.Pelbagai cara yang dilakukan oleh kaum wanita bgi mendapatkan kulit yang diimpikan mereka.Menggunakan kosmetik yang diperbuat dari bahan herba semula jadi merupakan salah satu banyak caya yang paling banyak digunakan sejak dari zaman dahulu mahupun sekarang.Dan salah satu cara yang semula jadi itu ialah menggunakan susu Kambing yang dibuat khas sebagai sabun.



Kulit cantik bagi wanita malaysia secara amnya adalah mempunyai kulit yang bersih,mulus, cerah, dan tanpa kedutan.Untuk mendapatkan kulit yang cantik memang terdapat banyak caranya,yang paling popular semestinya mengunakan produk berasaskan susu kambing.Dan susu kambing sememangnya diperakui khasiat dan manfaatnya untuk kecantikan kulit.Sejak dari zaman pemerintahan Ratu Cleopatra di mesir hingga sekarang susu kambing telah menjadi satu pilihan utama bagi kaum wanita mahupun lelaki yang ingin memiliki kulit cantik dan sihat.


Susu kambing untuk bayi,sesuaikah?klik sini

Semua orang pasti kenal dengan ratu Cleopatra bukan?Ratu yang amat cantik dari Mesir yang sememangnya terkenal dengan kulit wajah dan tubuhnya begitu halus,hingga mampu membuat Caesar Romawi terpesona.Kecantikan wajah dan kulit Ratu Cleopatra telah menginspirasi jutaan kaum wanita didunia ini untuk menjadi cantik sepertinya,dan untuk pengetahuan anda Ratu Cleopatra mengunakan susu kambing untuk menjaga dan menjadikannya seorang yang cantik.


Rahsia Susu kambing pada wajah


Dari hasil kajian para ahli saintis,ratu Cleopatra selalu melakukan rawatan kulit pada tubuhnya menggunakan bahan yang berasas susu kambing yang digunakannya bersama-sama ketika mandi.Diketahui juga,susu kambing mengandungi protein,lemak dan juga vitamin amat baik untuk kesihatan kulit manusia.Ratu Cleopatra menggunakan susu kambing setiap hari untuk menjaga kecantikan kulit wajah dan tubuhnya,susu kambing yang digunakannya biasanya yang asli dan tidak dicampur dengan bahan-bahan lain dan kesegarannya dijamin dengan proses pengolahan yang hanya  memakan waktu 6 jam dari setiap kali pemerahan dilakukan.

Kelebihan Susu Kambing Untuk Perawatan Kulit

1. Vitamin A - Memberi kelembapan pada kulit juga membekalkan AHA (Alpha Hidroksi Asid) iaitu kesan pengelupasan secara lembut dan menstrukturkan kembali kulit baru.Mencerahkan kulit dan memberikan kesan kesegaran dan kelembutan pada kulit.
2. Ph yang seimbang - Susu Kambing mempunyai pH antara 5 hingga 6 hampir sama dengan pH kulit manusia.Dapat digunakan secara langsung pada kulit (sebagai penyegar).Mudah larut dalam air dan Glicerin (Pelembap).Mudah di formulasikan dalam setiap produk kosmetik dan perawatan  kulit.(Ketahui harga susu kmbing disini

Manfaat susu kambing untuk kulit


Manfaat susu kambing ialah melembutkan dan melembabkan kulit.Kandungan Ph yang sama dengan kulit kita, membuatkan susu kambing sangat bermanfaat untuk kulit kita terutama untuk melembabkan pada bahagia kulit.Kandungan mineral dan vitamin yang terkandung dalam susu kambing seperti protein, lemak, zat besi, vitamin  C, vitamin D, vitamin B, dan vitamin A yang tinggi mampu membuat kulit anda menjadi lebih sentiasa lembut.

Sabun susu kambing yang dicadangkan untuk muka anda

khasiat susu kambingKandungan Alpha Hidroxy Acid semula jadi yang terkandung pada sabun susu kambing mampu menghilangkan sel-sel kulit mati pada kulit anda yang secara tidak langsung juga mampu mengatasi jerawat di wajah.Kandungan vitamin yang terdapat pada susu kambing memiliki beberapa sifat anti keradangan yang dapat membantu mengurangi warna kemerahan pada jerawat yang timbul.Beberapa zat aktif yang terdapat pada sabun susu kambing juga dapat mengatasi gejala-gejala penyebab jerawat yang kemudiannya menghilangkan secara semula jadi.

Mencerahkan kulit badan dan wajah dan juga membantu menjana kembali Kulit.Kandungan Alpha Hidroxy pada susu kambing seperti Lactat acid sangat membantu untuk menghilangkan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit,memperbaiki sel-sel kulit yang telah rosak,dan yang pastinya mengcantikan lagi rupa dan kulit anda.

Baiklah sampai disini sahaja coretan dari Oh Kiji tentang manfaat susu kambing untuk kulit wajah kita.Semoga anda semua mendapat manfaat daripada perkongsian kali ini.

Susu kambing untuk kesuburan anda

Video cara merawat kulit wajah dengan susu kambing



Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Manfaat susu kambing untuk kulit wajah anda - baca sekarang"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.