Fungsi dan khasiat sabun susu kambing

Fungsi,khasiat manfaat sabun susu kambing pada kita

sabun susu kambing
Baiklah,sebelum ini oh kiji menceritakan harga susu kambing dan juga produk yang boleh kita dapatkan di negara kita.Juga saya ada ceritakan tentang susu kambing untuk bayi yang sebenarnya tidak sesuai,anda boleh bacanya balik dipos tersebut.Pos kali ini pula saya hendak bercerita tentang sabun susu kambing,sama ada khasiat,manfaat dan juga produk sabun yang bagi saya amat sesuai kepada anda(berdasarkan pengalaman saya sendiri). 


Fungsi sabun susu kambing


Sabun susu kambing sebenarnya amat sesuai untuk kulit dan bagi muka yang mengalami masalah sensitif.Sabun ini diperkaya dengan pelbagai vitamin,seperti vitamin E dan juga mineral yang sangat bermanfaat untuk kulit anda.Sabun susu kambing ini juga sebenarnya tidak mengandungi apa-apa bahan kimia yang boleh menjejaskan struktur keaslian dan juga keremajaan kulit kita.Sabun yang diperbuat dari susu kambing merupakan pencuci dan juga pelembap yang paling mujarab sekali.Ianya mengandungi dan kaya dengan minyak paling mujarab dan juga gliserin asli bagi menyegarkan kulit kita.

Baca tentang Khasiat dan Manfaat susu kambing disini


Sabun susu kambing boleh mengurangi masalah alergi jika dibandingkan dengan sabun biasa kerana sabun ini dibuat secara semula jadi tanpa campuran dengan bahan kimia.Sudah umum diketahui bahawa susu kambing sebenarnya dapat mengurangi keradangan pada kulit kita dan melembapkan kulit kering serta rosak.



Khasiat sabun susu kambing adalah seperti berikut:

Mencerahkan atau memutihkan kulit dan mencegah bintik-bintik hitam,sabun susu kambing juga boleh membersihkan dan menghilangkan daki-daki ataupun kotoran yang melekat pada tubuh dan yang paling utama di muka kita.(kesan selepas mencuci muka dengan sabun ini anda akan dapat lihat muka anda nampak seperti gebu dan tidak berminyak).



Menghaluskan,meremajakan, \menenangkan dan dalam masa yang sama ianya menyihatkan kulit kita.Boleh mengurangkan masalah bau badan jika digunakan kerap setiap kali mandi.Terbukti mencegah jerawat dan bekas-bekas jerawat di muka dengan pemakaian yang teratur Menutralkan kulit dari kekeringan dan kelebihan minyak.Bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan bermasalah, penggunaan sabun susu kambing setaip kali mandi dapat membantu mengurangkan masalah tersebut.

Produk dan testimoni sabun susu kambing HR 

sabun susu kambing HR
Produk atau jenama sabun kambing yang saya cadangkan kepada anda ialah jenama HR.Ini kerana ianya dari hasil pengalaman saya sendiri mengunakan produk sabun ini.Sabun HR membantu saya merawat muka yang berminyak dan juga berjerawat.Biasanya saya pakai diwaktu pagi(ketika mandi pagi),bukan sahaja sabun ini wangi,malahan kesan pengunaannya mampu bertahan lebih dari 12 jam dimana muka saya tidak kelihatan berminyak dan nmpak sentiasa bersih.Jadi saya amat mengesyorkannya juga kepada anda untuk mula mengunakan produk ini.

Dimana nak dapatkan sabun ini?

Biasanya di kedai-kedai runcit biasa ada menjual sabun ini,malahan di pasaraya maidin juga ada menjualnya.Kedai-kedai menjual produk kecantikan sememangnya juga menjualnya.So kalau anda pergi mana-mana dan jumpa kedai yang menjual produk kecantikan wanita selalunya sabun HR ini juga turut dijual disitu juga,ianya bukan masalah untuk mencari sabun HR ini.Jadi saya berharap anda mendapat manfaat dari pos Fungsi dan khasiat sabun susu kambing ini,jika anda ada apa-apa soalan anda kemukakan soalan anda di ruangan komen dibawah.


Video Berkaitan dengan sabun susu kambing





Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Fungsi dan khasiat sabun susu kambing"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.