Panduan cara buat bisnes dropship di facebook atau pun di medium yang lain
Saya melihat ramai yang teringin untuk menjana pendapatan secara online,tetapi kebanyakan tidak tahu cara nak bermula.Dan ramai juga yang impikan untuk mempunyai perniagaan sendiri,masalanya mereka tidak tahu nak berniaga apa.Akhir sekali terlau ramai juga yang sudah tahu bagaimana cara bermula bermula tapi modal pula tidak mencukupi.Jangan bimbang,saya akan kongsikan 1 jenis model perniagaan yang mudah dan sangat popular masa ini.
Perniagaan Secara Dropship
Sumber dari fazlibaharuddin.com |
Dropship mungkin mungkin 1 perkataan yang janggal dan juga jarang didengari oleh sesetengah orang.Tapi bagi orang yang melakukan bisnes online ataupun aktiviti menjual setiap hari perkataan dropship ini pastinya sudah tidak asing lagi di bagi mereka.Pasti ada di kalangan anda yang sedang membaca pos ini ingin memulakan perniagaan tanpa perlu merasa pening kepala,merasa bimbang tentang perihal modal,takut produk yang dijual mungkin tidak ada sambutan dikalangan pembeli..Jika anda tidak mahu memikirkan semua perkara-perkara diatas kaedah dropship boleh menjadi pilihan untuk perniagaan anda.
Ianya satu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau pun servis dimana pengedar(anda) hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang telah dijual kepada pembeli.Dropship mampu memberikan keuntungan yang tinggi kepada pengedar kerana anda sebenarnya tidak perlu pun untuk menyimpan stok dan menanggung modal untuk mengambil stok.Perniagaan model dropship membolehkan setiap orang seperti suri rumah,pelajar mahupun individu yang berkerja secara sambilan untuk menjalankan perniagaan kerana mereka tidak perlu untuk mempunyai produk atau servis yang mereka ingin jualkan.
Kelebihan bisnes dropship
- Tidak perlu modal untuk mengambil stok.
- Tidak perlu simpan barang (inventory). Tidak perlu risau barang tak habis.
- Bagi mereka yang masih bekerja sepenuh masa,dengan bisnes model ini, anda tidak lagi perlu pening kepala untuk menguruskan urusan penghantaran. Semuanya telah disediakan oleh pihak dropshipper.
- Boleh buat secara sambilan.Memandangkan hampir 70% kerja-kerja pengurusan telah disiapkan oleh orang lain,maka anda tidak memerlukan masa yang banyak untuk menjalankan bisnes ini.Hanya lakukan promosi sahaja.
- Risiko yang rendah.Modal untuk beli barang tidak perlu.
- Tidak perlu menyewa kedai.
Bagaimana cara bisnes dropship ini berjalan?
Untuk pemahaman anda,saya akan berikan kepada anda contoh lisan dan juga gambar bagaimana bisnes model dropship ini berjalan.Contoh:
Syarikat ABc Sdn Bhd ada mengeluarkan 1 produk menguruskan badan dan anda pula akan menjadi agen jualan kepada produk mereka ini.Dengan model perniagaan dropship ini,anda tidak perlu membeli dan menyimpan stok terlebih dahulu.Anda hanya akan membuat pesanan apabila ada dikalangan pembeli anda yang hendak membeli produk tersebut dari anda.Cara anda akan lakukan ialah seperti ini,syarikat ABc Sdn Bhd meletakan harga RM30 sebagai harga agen kepada anda,anda pula akan promosikan dan menjual produk menguruskan badan tersebut dengan harga RM60.Dan apabila ada pelanggan yang membuat tempahan dan membuat bayaran kepada anda dengan harga RM60 tadi,anda akan pergi kepada syarikat ABc Sdn Bhd dan membuat tempahan kepada mereka pula dengan hanya membayar RM 30 sahaja.Anda berikan segala maklumat pelanggan yang membeli dari anda tadi seperti nama,alamat rumah,no telefon dan juga bilangan produk yang ingin dibeli.Dari urusan jual beli tadi anda telah pun mendapat keuntungan sebanyak RM30 dengan.Dan segala urusan kos dan penghantaran akan diuruskan oelh syarikat ABc Sdn Bhd.Dengan kata lain anda hanya bawak tempahan je,segala urusan lain akan diuruskan oleh pembekal.
Ilutrasi Gambar model perniagaan dropship
Bagaimana hendak memulakan perniagaan Dropship
Mencari & melakukan kajian produk - Langkah pertama yang anda perlu buat ialah mencari produk yang berpontensi untuk dijual.Buat kajian dari segi berapa ramai yang mencari produk tersebut,berapakah harga untuk produk itu,berkualitikah produk itu,buatan dari manakah produk itu dan juga ciri-ciri produk tersebut.Selepas anda jumpa produk yang berpontensi,kenal pasti ciri-ciri istimewa yang boleh anda ceritakan kepada bakal pembeli anda nanti,kalau boleh cuba dapatkan produk tersebut untuk anda.Dengan ini anda boleh merasa bagaimana rupa,bentuk,saiz sebenar produk yang ingin anda jualkan.Antara tempat yang boleh anda lakukan kajian produk ialah:
- Lelong.com.my (perhatikan hot selling)
- Ebay.com (perhatikan hot selling)
- Laman facebook (lihat iklan-iklan produk yang muncul)
- Forum (lihat jumlah komen didalam thread)
- Blog (lihat jumlah review dan komen)
Mencari dropshipper - Kemudian anda akan mencari dropshipper sah yang menawarkan servis dropship kepada pengedar bagi mengelak anda dari ditipu seperti tidak menghantar barang tempahan,barang yang berkualiti rendah dll.Cara untuk mengelak dan mengenal pasti adakah dropshipper itu menjalankan perniagaan secara telus ialah:
Melakukan kaji selidik latar belakang dropshipper yang anda pilih itu,Amat penting untuk anda memastikan sama ada mereka ini adakah pengilang atau pun pemborong.Cari maklumat sep syarikat penjual seperti nama dan nombor pendaftaran syarikat.Semak nama pemiliknya, alamat syarikat dan nombor telefon yang boleh dihubungi,anda perlu memastikan bahawa syarikat tersebut wujud.Juga buat carian mudah diinter internet seperti melalui google bagi mengetahui jika terdapatnya sebarang aduan dari mana-mana ejen dropship lain terhadap syarikat tersebut.Antara tempat yang boleh anda gunakan untuk mencari dropshipper ialah:
- majalah.com(banyak dropshipper berada disini)
- lelong.com.my(hubungi seller disana untuk menjadi agen dropship mereka)
- facebook.com(lakukan carian group dropship didalam facebook dan perhatikan profiles ahli-ahli didalam group tersebut kerana seorang ajen dropship selalunya join group dropship lebih dari 1 group)
- forum (wangcyber.com & carigold.com hubungi seller yang membuka thread jualan disana dan nyatakan anda berminat untuk menjadi ajen dan meminta harga dropship daripadanya)
- ebay(pilih seller yang berada berdekatan dengan malaysia tau pun dalam malaysia.selalunya seller disana mempunyai laman web jualan sendiri dan suka jika ada yang ingin menjadi ajen dropship mereka.Perhatikan juga tempoh masa penghantaran yang diambil oleh seller tersebut)
- atau anda melakukan carian melalui laman carian google untuk senarai dropship bagi produk yang anda ingin jualkan.
Mengkaji ciri-ciri pelanggan - Selepas selesai tentang produk dan juga dropshipper anda,Cuba lakukankan kajian terhadap ciri-ciri keatas pembeli yang telah pun membeli produk tersebut,ini bertujuan untuk anda membina customer avatar bagi memudahkan kerja-kerja promosi anda nanti.Antara ciri-ciri yang anda kaji ialah
- Berapa average umur pembeli yang selalu membeli produk ini.
- Apakah masalah utama pembeli tersebut.
- Apakah kesukaan bagi kebanyakan pembeli produk tersebut.
- Average jumlah bagi jantina sama ada perempuan atau lelaki yang selalu mencari produk tersebut.
- Tempat yang selalu pembeli bersosial didalam internet.
- Average status sama ada bujang atau pun berkahwin.
Memilih medium untuk menjual produk anda - Kemudian anda perlu memilih platform bagi memasarkan dan menceritakan maklumat tentang produk anda nanti,anda boleh gunakan laman web,membuat facebook page,membuka thread didalam forum,mengunakan laman jualan seperti mudah.my ataupun mengunakan blog.Buatkan 1 ayat jualan yang menarik dan mampu memikat bakal pembeli dan anda juga pastikan untuk sertakan juga gambar,video dan pamerkan dengan sejelasnya didalam ayat jualan anda nanti.Pastikan anda menceritakan kelebihan-kelebihan,ciri-ciri,harga dan cara penghantaran produk tersebut agar bakal pembeli anda faham tentang produk tersebut dan tahu cara untuk membelinya.
- Gunakan borang pesanan - Jangan lupa untuk menyediakan borang pesanan untuk bakal pembeli anda membuat pesanan melalui talian untuk produk yang ingin dibeli sama didalam atau pun di link kan keluar jika anda mengunakan medium seperti blog,facebook page,forum dan blog.Borang pesanan perlulah lengkap dengan ruang untuk pembeli memasukkan butiran peribadi seperti nama, alamat, nombor untuk dihubungi dan produk yang ingin dibeli.
- Gunakan SMS autoreply - Anda juga boleh mengunakan cara urusan sms dengan meletakan kod unik dan mengarahkan bakal pembeli anda menghantar kod sms jika mereka ingin membuat pesanan.Kod yang diterima oleh anda nanti akan dibalas secara auto dimana kandungan sms anda mengandungi cara untuk membuat pesanan dan juga maklumat seperti no akaun bank anda bagi tujuan pembeli melakukan pembayaran.
Belajar cara buat duit dengan affiliate disini
Kaedah anda promosikan produk
Bagi kaedah dan cara promosi yang anda boleh gunakan untuk menarik trafik ialah:
- Mengunakan iklan di facebook (paling efesien)
- mengunakan group iklan di facebook
- Melakukan SEO untuk merangkinkan laman jualan anda di muka hadapan google.(paling efesien)
- Meletakan link laman jualan anda di signature forum dan melakukan promosi secara komen di thread-thread lain didalam forum.
- Mengunakan pemasaran video dilaman youtube sama ada dengan membayar iklan (paling efesien) atau pun mengunakan video yang di upload oleh anda.
- Mengunakan iklan google adwords (paling efesien)
- Mengunakan email sama ada di senarai anda mahupun menyewa senarai email orang lain.(paling efesien bergantung pada produk)
- Meletakan iklan diblog yang berkaitan dengan produk anda
Pesanan terakhir
Lakukan kajian pasaran - Lakukan kajian untuk mengetahui permintaan pasaran anda,agar hasil jualan anda bakal mendapat lebih banyak dan lebih tinggi keuntungan yang diperoleh.
Gunakan platform didalam internet - Promosikan produk anda secara meluas melalui pelbagai platform dalam talian seperti laman web mudah,facebook,blog,e-bay dan juga di laman web forum seperti mudah.com.Selalulah berkunjung ke laman web yang berbentuk forum dan lakukan komen terhadap isu-isu semasa.
Tentukan peratus keuntungan anda - Dengan membuat matlamat seperti ini,anda akan lebih fokus dalam perniagaan anda.Sentiasa buat perbandingan harga produk antara ajen dropship lain dan pastikan keuntungan yang bakal diperolehi oleh anda berbaloi.
Jangan lakukan perang harga - Perkara ini sering berlaku akibat persaingan,nasihat saya jangan lakukan perang harga contohnya anda terlihat ajen lain menjual murah,maka anda pun menjual produk tersebut dengan harga yang murah lagi dari ajen tersebut.Ini boleh mencetuskan perang harga dimana penghunjungnya anda yang mengalami kerugian.Cuba tambah nilai produk tersebut seperti memberikan hadiah kecil atau menawarkan servis yang berkaitan,ianya lebih menguntungkan daripada anda mengurangkan nilai produk tersebut,ianya juga boleh membuatkan anda berbeza dari ajen tersebut.
Persaingan diantara seller lain mungkin akan menjadi salah satu masalah dalam perniagaan dropship.persaingan selalunya terjadi kerana terlalu ramai yang ingin menjadi agen dropship bagi produk-produk tertentu. Jika ada agen yang tidak kisah margin keuntungan yang kecil, maka mereka tentu tidak kisah untuk menjual produk yang sama dengan harga yang jauh lebih rendah dari anda!Seperti yang saya beritahu tadi,cara mengatasi persaingan ialah dengan menambah nilai produk yang anda jualkan agar ianya menjadi unik dari penjual-penjual lain.
Harapan saya
Saya berharap dengan apa yang didalam artikel cara buat bisnes dropship ini dapat sedikit sebanyak dijadikan pembuka minda dan garis panduan kepada anda yang berminat untuk memulakan perniagaan dropship ini.Cari dan pilihlah pembekal yang sah dan berdaftar agar risiko perniagaan anda dapat di minimumkan sebanyak mungkin.Sentiasa melakukan promosi anda dengan bersungguh-sungguh dengan menggunakan semua media yang ada.Dan yang terakhir and perlu sentiasa melayani dan menjaga hati pelanggan anda dengan sebaiknya.
Anda suka tak dengan pos ini?
1 komen untuk pos "Apa itu dan panduan cara buat bisnes dropship"
Saya berminat dgn bisnes drop ship. Tidak tahu bagai mana hendak bermula. Ada sesiapa yg sudah bermula bisnes INI tunjuk saya ajar saya. Kathirthen66@gmail.com terimakasih
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.