Masalah jerawat di kalangan remaja

Masalah jerawat di kalangan remaja yang kian meruncing


Masalah jerawat di kalangan remaja
Ramai rakyat Malaysia terutamanya di kalangan remaja mengalami masalah kulit seperti kulit berminyak yang menyebabkan pori tersumbat dan kemunculan bintik putih dan hitam yang meninggalkan parut hitam jerawat malah masalah jerawat ini berlaku pada usia yang sangat muda.Bukan itu sahaja, jika masalah jerawat yang dihidapi kronik, ia juga mampu memberi kesan negatif kepada tahap keyakinan diri penghidap tersebut kerana seseorang yang mempunyai masalah jerawat terutama masalah jerawat kronik selalunya akan merasa diri mereka tidak cantik untuk dipandang.

Masalah jerawat di kalangan remaja biasa berlaku yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit).

Jerawat adalah punca utama remaja mengalami stress


Masalah kulit di kalangan remaja termasuklah jerawat, parut lama disebabkan jerawat, kulit kusam, berminyak dan tidak sekata. Remaja biasanya tidak bermasalah dari segi pigmentasi kerana usia yang muda. Pigmentasi biasanya berlaku semasa hamil dan apabila usia meningkat. Bagi remaja, masalah paling kerap terjadi disebabkan kemerosotan paras hormon adalah jerawat yang teruk.

Jerawat dan punca

Jerawat boleh dianggap sebagai bisul kecil yang menyerang kulit muka(jerawat batu) atau badan. Jerawat bukan saja menyerang muka malah leher dan badan apabila hormon tidak seimbang.Kuman jerawat terdiri daripada jenis corynebacterium yang berbentuk koma. Kuman ini membina rumahnya di dalam epidermis. Ia mengeluarkan enzim yang mampu menghancurkan epidermis dan membolehkannya membiak hingga ke dermis.


muka anda berminyak?klik sini untuk atasinya >> cara mengatasi masalah muka berminyak

Lebih dalam ia masuk ke dalam kulit maka lebih seriuslah masalah jerawat. Biarpun jerawat sembuh tetapi parut yang ditinggalkan adalah dalam dan kelihatan hodoh. Parut yang dalam membuatkan kulit tampak berbintik-bintik .Jerawat yang teruk menimbulkan stigma sosial kerana ia menyebabkan kulit berparut. dan mengubah rupa seseorang. Seseorang gadis atau pemuda yang lawa akan kelihatan tidak menarik jika dihinggapi jerawat. Penampilan juga akan terjejas.

Kaedah terbaru 

Pada masa sekarang terdapat dua kaedah rawatan yang terbaru untuk cara hilangkan jerawat 

  • Foto terapi - rawatan ini menggunakan sejenis alat perubatan yang dinamakan Isolaz. Ia adalah satu satunya alat perubatan yang diberi kelulusan FDA untuk merawat masalah jerawat.Ini bermakna,jika jerawat anda gagal dirawat dengan antibiotik,hormon atau Isotretinoin , harapan masih ada dengan Isolaz.Bagaimana kaedah Isolaz berfungsi? Isolaz berfungsi dengan dua cara. Pertama ia akan menyedut segala kekotoran dan sebum pada jerawat. Kedua, mesin ini akan mengeluarkan sinaran cahaya khas untuk membunuh bakteria dan mengecutkan kelenjar sebum. Rawatan ini tidak memerlukan penyediaan khas malah tidak sakit dan tiada kesan sampingan. Selepas rawatan, pesakit boleh terus mengerjakan aktiviti harian. Kesan rawatan boleh dilihat selepas 24 hingga 48 jam di mana jerawat akan kecut dan kering. Namun begitu, untuk mendapat rawatan yang berkesan, setiap orang perlu menjalani rawatan sebanyak 10 sesi iaitu sekali setiap seminggu.
  • Rawatan laser - rawatan ini sangat berkesan untuk jerawat yang disebabkan bakteria corynebacterium. Sejenis laser yang dinamakan Long Pulse Nd: Yag digunakan untuk jerawat. Pada tenaga dan wavelength tertentu, laser akan diserap ke dalam kulit dan membunuh kuman secara langsung. Kesan laser juga akan mengecutkan kelenjar sebum. Rawatan ini juga akan mengecutkan jerawat dalam masa 24 hingga 48 jam. Rawatan laser juga boleh dilakukan seminggu sekali untuk lima ke 10 sesi rawatan.
Baca sini untuk ketahui produk hilangkan parut jerawat

Terdapat perbezaan antara kesihatan dan kecantikan kulit.Kesihatan kulit memerlukan pembersihan dan amalan penjagaan yang sewajarnya untuk mencantikkan kulit dari dalam, manakala kecantikan kulit lebih menjurus kepada peng­gunaan kosmetik.Jadi kepada remaja malaysia yang sedang membaca artikel ini,sentiasalah menjaga kebersihan muka anda agar terhindar dari masalah jerawat.


Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Masalah jerawat di kalangan remaja"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.