Masalah jerawat resdung - sembuhkannya sekarang

Ketahui lebih lanjut masalah jerawat resdung



Adakah muka anda berjerawat yang susah dirawat? hidung anda selalu gatal, berair dan bersin bila terkena habuk atau ketika waktu sejuk,pernafasan anda berbau,didalam hidung & telinga anda seperti ada benda yang sedang berjalan-jalan dan selalu sakit atau pening-pening kepala?Atau anda tidak boleh makan makanan yang berasaskan seafood?Jika ya anda patut baca artikel tentang masalah ini disini.Terlebih dahulu mari kita kenali lebih lanjut tentang resdung ini.


Ketahui cara hilangkan jerawat dan rawatan jerawat batu anda disini

Mitos tentang resdung

Percaya atau tidak, segelintir daripada masyarakat Malaysia percaya kewujudan ulat resdung yang dikatakan menjadi punca penyakit resdung. Mereka percaya ulat resdung itu bukan mitos dan ulat resdung itu adalah sejenis parasit yang tinggal dalam rongga hidung seseorang. Sekaligus dikatakan menjadi punca seseorang itu berasa gatal-gatal , tak selesa dan hidung selalu tersumbat dan dipenuhi hingus. Hakikatnya, ulat resdung ini tidak wujud dan hanyalah mitos semata-mata.

Masalah resdung adalah penyakit berjangkit yang berpunca dari hama DEMODEX, alahan dan bakteria. Demodex spp ada pada 97.68% orang dewasa di seluruh dunia (kajian Dr. Qu Kui Zin selama 30tahun melibatkan 905,801 orang dewasa pelbagai bangsa, umur dan pekerjaan).Demodex tidak dapat dilihat dengan mata kasar, berukuran 0.1mm-0.4mm, ada dua jenis yang hidup pada bahagian dahi, muka, kening, hidung dan kepala.



Ia hidup dalam liang atau bulu roma dan bulu mata, sgt aktif di waktu malam apabila ia keluar untuk bersenyawa dan masuk semula untuk bertelur di dalam liang roma. putaran hidupnya selama 14hari. merebak melalui sentuhan, ciuman atau penyusuan bayi.

Kuman Resdung

Bayangkan kuman sebegini rupa dibiarkan berkeliaran, membiak dalam badan anda tanpa sebarang kawalan.Jika anda terasa ada seperti hama merayap samada di muka,hidung atau dalam telinga..berhati-hatilah.

Kuman hama yang ditunjukkan disebelah adalah gambaran dekat menggunakan kaedah mikroskopik.Kuman tersebut sebenarnya adalah hama yang selalu dikaitkan dengan gejala terasa ingin bersin.Ia kemudian akan membiak dengan bertelur ke dalam tubuh anda sekiranya tiada apa-apa tindakan atau ubat diambil untuk memeranginya.Oleh itu,elakkan dari mencium atau menghidu karpet, langsir atau tempat-tempat yang berhabuk.Juga diingatkan,sentiasa menjaga kebersihan kucing anda jika anda ada membelanya,Kerana kucing merupakan penyumbang terbesar kepada pemasalahan resdung.. Elakkan dari mencium-cium kucing kesayangan anda dengan terlalu kerap.

Apa itu resdung


Resdung ialah sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus ialah rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diseliputi mukosa (kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus). Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil dinamakan ‘ostium’ ke dalam rongga hidung. Apabila ‘ostium’ tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membawa kepada terjadinya resdung.

Resdung boleh disebabkan virus, bakteria atau kulat (fungus). Semakin banyak kes resdung kulat dijumpai akhir-akhir ini, baik pada pesakit biasa atau mereka yang ada kompromi imuniti (ralat sistem pertahanan badan).Kenapa resdung boleh terjadi?Ketika anda sedang bernafas, setiap orang akan menghidu masuk ke dalam hidung berjuta spora fungus setiap hari (dianggarkan 57 juta spora sehari). Bagaimanapun, spora ini tidak dapat membiak dalam hidung atau paru-paru yang segar dan sihat.

Mukosa hidung dilengkapi sistem pertahanan tertentu untuk melawan fungus atau bakteria. Apabila berlaku ralat dalam sistem imuniti setempat atau umum, spora fungus dapat membiak sehingga menyebabkan resdung kulat.Besar kemungkinan spora fungus tersedut ke dalam rongga sinus ketika bersin atau menghembus hingus dengan kuat. Secara tepat bagaimana proses ini terjadi tidak difahami sepenuhnya.

Langkah-langkah Pencegahan


• Apabila terkena selesema dapatkan rawatan segera. Hembuskan hidung anda perlahan-lahan• Banyakkan meminum cecair apabila anda diserang selesema, untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar.• Jauhkan diri anda dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat Sinusitis.• Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang Sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di kolam renang itu akan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan hidung.

Jika anda ada simptom-simptom seperti yang dinyatakan ini, jangan berlengah untuk mencuba rawatan alternatif semula jadi.Anda boleh mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee ini adalah produk semulajadi dan bebas dadah.



Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Masalah jerawat resdung - sembuhkannya sekarang"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.