Perkongsian cara buat duit dengan ebay dan jana RM3k sebulan

Panduan cara buat duit dengan ebay

cara buat duit dengan ebay
Anda pasti kenal dengan laman web shoping gergasi ebay ini bukan,dan mungkin pernah berbelanja dan membeli barang didalamnya.Tapi pernahkah anda terfikir hendak membuat dengan ebay?dan tahukah anda terdapat ramai rakyat malaysia yang menjana duit dengan berniaga didalam ebay ini secara sepenuh masa.Jadi kali ini saya akan tunjukan kepada anda cara membuat duit dengan ebay dan jana pendapatan lumayan darinya.


Klik link sebelah >> Belajar buat duit dengan affiliate


Menjual produk di ebay adalah sangat mudah,anda tidak perlu menyediakan website perniagaan anda sendiri bagi tujuan pemasaran.cukup hanya sekadar meletakkan produk anda didalam ebay dan menunggunya beberapa hari yang telah anda tetapkan sendiri.Bagi negara Malaysia,ebay masih lagi percuma, tiada yuran dikenakan bagi setiap penyenaraian produk daripada anda.Sekali lagi ini adalah peluang terbesar anda untuk memahirkan diri anda di dalam perniagaan ebay ini sebelum anda mengorak langkah kepada ebay berbayar yang sangat popular seperti ebay US dan UK.

Pengenalan tentang ebay



Ebay adalah sebuah laman web yang menjual berjuta-juta terutamanya produk terpakai secara online.Ebay dibangunkan pada tahun 1995 oleh Pierre Omidyar’s bersama Jeff Skoll,kini laman ebay ini di ketuai oleh CEO baru iaitu John Donahoe.Di laman web eBay ni anda boleh jual barangan baru atau barangan terpakai tanpa dikenakan sebarang yuran untuk negara Malaysia.Manakala untuk eBay di luar negara seperti united state atau united kingdom, mereka mengenakan yuran bagi setiap penyenaraian produk yang ingin dijual disana.Untuk pengetahuan anda juga,eBay memberikan peluang kepada anda untuk membeli produk yang anda inginkan mengikut harga lelongan atau secara bidaan dan juga murah.



Ebay adalah satu laman web yang paling popular dalam dunia untuk kategori lelongan dan juga pembelian barangan.Terdapat berjuta penjual dan juga pembeli yang melakukan transaksi jual beli didalam ebay,pelbagai jenis barangan yg terdapat didalam pasaran semasa dan serata negara seperti dari negara china,us,uk,australia dan lain-lain negara lagi.Perniagaan ebay adalah merupakan satu jenis bisnes online berlandaskan platform atas talian dimana kita boleh melakukan jual beli dengan berbagai jenis lapisan masyarakat,negara,jantina dan kaum tanpa perlu bersua muka.



Langkah pertama untuk memulakan perniagaan di ebay




Untuk pemulaan anda hendaklah mendaftar didalam ebay.Jika anda tidak cara mendaftarnya anda melihat video dibawah untuk cara mendaftar dengan ebay.


Cara membuka akaun di ebay



Selepas itu anda perlu membuka akaun paypal bagi tujuan penerimaan pembayaran dari pelanggan anda didalam ebay nanti.

Cara membuka akaun paypal



Pengesahan akaun menggunakan kad kredit dan kad debit

Bagi mengesahkan akaun paypal,anda memerlukan kad kredit yang saya pasti bukan semua orang ada.Sekiranya tiada, anda boleh menggunakan kad debit yang mempunyai Visa untuk mengesahkan akaun-akaun anda.Sekiranya anda bercadang menggunakan kad debit, saya sarankan kad debit Maybank kerana annual fee nya serendah RM 8.Pergi ke akaun Paypal anda dan pergi ke Profile dan pilih Add/Edit Credit Card.Kemudian isi maklumat yang diminta oleh pihak paypal.Jenis kad pilih Visa dan no 16 digit kad anda boleh didapati di atas depan kad debit anda.Expiration date and CVV Number juga tertera di atas kad debit. 

Cara membuat duit dengan ebay 

Cara saya tunjukan ini sebenarnya berkongsepkan dropship(klik sini untuk panduan dropship). Jadi tanpa membuang masa mari kita terus pergi kepada bagaimana hendak mula menjual dan menjana duit di ebay.Mula-mula pergi ke sebagai contoh disini amazon.co.uk dan pilih mana-mana produk yang anda berminat.Untuk contoh dibawah saya memilih produk "Omron 7 Series Wrist Blood Pressure Monitor".

produk amazon 1

Produk ini dijual dengan harga $49.99 di amazon.Sekarang cuba lihat pula berapa harga yang dijual di ebay.Produk yang sama ini dijual di ebay dengan harga $79.99 dan produk ini telah pun terjual sebanyak 265 unit.

produk amazon 2


today deals
Terdapat banyak lagi produk seperti diatas ini,apa yan perlu anda lakukan ialah pergi ke amazon.com dan klik pada link "Today Deals".Anda akan lihat banyak produk yang dijual secara murah disini,tetapi produk-produk tersebut anda yang stok terhad dan ada juga yang dijual dalam masa terhad.




tawaran diskaunSekarang klik pada "subscribe to the deals newsletter" dengan melanggan newslatter mereka anda akan sentiasa mendapat info tentang tawaran terbaru ke email anda.Sekarang pilih peratus tawaran yang tertinggi,dibawah ini saya klik link 70% off and click on watches. 

Jika dilihat pada gambar sebelah masih ada lagi 3 link offer untuk potongan 60%.Abaikan sahaja kerana fokus kita ialah memilih tawaran potongan harga yang paling tertinggi agar keuntungan yang kita akan dapat nanti lebih tinggi.




jam
Link yang diklik tadi membawa saya ke halaman produk jam tangan,dan salah 1 jam tangan didalam telah menarik perhatian saya.Jam ini kelihatan cantik,mempunyai 3 bintang review dan harga jam ini telah diberi diskaun dari harga asal iaitu $29.95 kepada $7.27.Sekarang klik pada add to basket.Anda akan dibawa ke ruang check out,tic pada kota kecil yang tertulis This will be a gift.Kemudian klik pada butang edit your basket.


Anda boleh melakukan pembelian didalam laman amazon dengan mengunakan kad debit anda.

Klik pada link Estimate VAT, postage and packaging.
kos
Sekarang ia akan menunjukan jumlah sebenar yang anda perlu bayar jika ianya dipos dari UK ke dalam negara UK juga.
total kos

Sekarang kita akan lakukan carian jam ini di ebay,disinilah kita perlu berfikir sebagai seorang usahawan atau pun penjual yang sebenar,antaranya apa kelebihan ada pada anda?,kenapa orang perlu beli dengan anda?Ini cara saya buat dengan jam ini,pergi balik ke laman amazon tadi(bahagian offer sebelum ini) dan lihat balik pada jam ini di amazon.Nampaknya jam ini mempunyai 3 warna.

senarai produk jam

Sekarang saya mungkin akan letakan harga jam ini kepada $24.95 atau pun $19.99 tapi dengan kos penghantaran dengan sebanyak$5.Jika dilihat di ebay UK dua warna untuk jam ini tiada dijual oleh mana-mana seller lain disana.Jadi saya adalah orang yang pertama menawar dan menjual ketiga-tiga warna untuk jam ini.Sekarang mari kita buat pengiraan untuk jumlah kos sebenar untuk kita jual jam ini.Pergi kelaman dibawah:

http://ecal.altervista.org/en/home.php

kalkulator ebay

Ini ialah kalkulator untuk kos ebay.Klik pada calculate ebay and paypal fees,kemudian pilih ebay negara yang anda ingin menjual,klik pada butang "buy it now" dan masukan nilain harga produk yang anda ingin letak pada produk anda diebay nanti.disini saya masukan harga untuk jam yang dipilih sebelum ini iaitu $24.95.Masukan harga asal dan kos penghantaran dari laman amazon di ruangan other cost serta true S&H cost kemudian klik calculate.

kalkulator ebay 2

Ini maklumat yang diberikan oleh calculator tadi.Jumalah keuntungan yang bakal saya dapat hasil dari jualan 10 unit jam ini ialah $81.14 termasuk semua fees.

result calculator
Jadi sekarang anda sudak nampak rentak macam mana cara menjalankan perniagaan ebay bukan.Sebenarnya selain mengunakan laman amazon,anda juga boleh mengunakan laman lain untuk mencari supplier yang boleh memberikan anda harga yang lebih rendah,antaranya :

  • Dhgate.com
  • Alibaba.com
  • Aliexpress.com
  • ioffer.com


Kajian produk untuk buat duit dengan ebay


Lakukan kajian produk terlebih dahulu seperti jumlah pemintaan dan carian untuk produk tersebut.Anda boleh lakukan kajian produk dan pasaran dengan menggunakan Goofbay.Data dan kemudahan yang disediakan Goofbay.com tidaklah selengkap Terapeak.Tetapi memandangkan kemudahan Goofbay boleh digunakan secara percuma, data yang anda dapat sudah lebih daripada berbaloi.Melalui Goofbay, anda boleh menggunakan ‘eBay Seller History’ bagi mengkaji segala aktiviti jual beli dalam tempoh 90 hari ke atas seseorang penjual di Ebay. Melalui fungsi ‘eBay Most Popular’ pula, anda boleh mengetahui barang-barang popular di dalam sesuatu niche.Jadi silalah jenguk kelaman goofbay dan gunakannya sebagai tool utama anda.

Jika ada kelampangan nanti saya akan tuliskan cara bagaimana nak berurusan dan deal dengan supplier di amazon agar anda mendapat maklumat tentang jumlah stok produk yang anda  ingin jualkan di ebay.Baiklah dengan perkongsian cara buat duit dengan ebay ini saya berharap anda semua akan mendapat manfaat dan panduan untuk anda mula menjana pendapatan dengan ebay.

Anda berminat menjana duit dengan youtube?klik sini untuk pelajarinya



Artikel berkaitan




Anda suka tak dengan pos ini?
9 komen untuk "Perkongsian cara buat duit dengan ebay dan jana RM3k sebulan"

Macam mana untuk mengelakkan dari akaun ebay kena suspend & paypal tak hold transaction

assalamualaikum admin... saya nk print screen macamana nak subscribe to the deals newsletter tu?

admin x reply pun adoi..seume soalan anda kat sini tergantung! termasuk soalan saya

adess sorry2...bro blh pergi ke link kt bawah ni...atau pun klik je nama saya kat ats ni..sy dah link kan amazon.

http://www.amazon.com/gp/gss/detail/512430

kat situ bro blh langgan news latter dari amazon dimana segala bentuk deals akan dihantar ke email bro nanti.

Salam tuan.. bg emel fb.. boleh add x???tq

Bro,,,pm ke Email ni..
zam_blead@YAHOO.COM.MY

Ada orang bertanya macam mana nak membeli dan menjual dalam amazon,kalau nak membeli guna kad debit pun boleh,dan kalau nak menjual di amazon.com korang perlu ada acc bank us,dan korang boleh bukak acc bank us mengunakan payoneer.com.

Payoneer.com sebenarnya satu syarikat sama seperti paypal dimana kita boleh menerima dan juga menghantar wang secara online ke sesiapa pun,bezanya disini payoneer memberikan acc bank of america kepada kita dimana acc tersebut berfungsi sama seperti bank biasa yang anda ketahui.

tuan, dimana ye setting utk tukar currency dari pound ke usd di dalam web amazon.co.uk tu?

Bro, adakah kita perlu tunggu barang yg di order dari amazon smpai kepada kita, then baru lah kita boleh mula menjual di ebay dgn barang tersebut?

mohon pencerahan.

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.