Susu kambing untuk bayi tidak sesuai sebenarnya




Susu kambing untuk bayi

Sebenarnya susu kambing tidak sesuai untuk bayi anda


Susu kambing ini sebenarnya tidak disyorkan untuk bayi-bayi yang berumur lingkungan dibawah 2 tahun.Ini kerana unsur-unsur nutrisi yang berada didalam susu kambing sebenarnya tidak menepati keperluan bayi.Susu kambing sebenarnya mempunyai kurang zat besi,folate,vitamin C,D,B, thiamin, niacin dan pelbagai lagi zat-zat nutrisi lain berbanding dengan susu ibu didalamnya.Susu kambing juga mengandungi sodium yang tinggi sama seperti susu lembu dan ianya sangat tinggi dengan klorida dan kalium, yang boleh membuatkan buah pinggang bayi anda akan bekerja dengan lebih kuat lagi.Mari baca lagi penerangan terperinci yang dikongsi dari oh kiji dibawah ini.

Penerangan Terperinci Tentang Kesesuaian Susu Kambing Kepada Bayi


Susu kambing mempunyai kandungan sodium atau garam yang tinggi,dan penyingkiran garam dalam tubuh pula amat bergantung kepada kematangan ginjal untuk menyingkirkan garam ke dalam air kencing.Kematangan ini hanya boleh dicapai apabila bayi mencecah pada umur 2 tahun.Apabila kandungan garam yang menjadi tinggi dan berlebihan ini boleh menjadi merbahaya kepada otak dan sistem saraf pada  bayi kita. 

Susu kambing juga mempunyai kandungan folate yang rendah. Ini merupakan kembimbangan yang paling utama selepas yang dinyatakan di atas kepada oleh semua para doktor.Ini adalah kerana folate amat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah yang sempurna. Kekurangan folate ini boleh menyebabkan sel-sel darah merah bayi tidak dibahagi dengan sempurna dan ianya akan menjadi besar.

Saiz yang besar ini sebenarnya tidak efektif bagi mengangkut oksigen didalam keseluruh anggota badan bayi dan ia lebih cenderung kepada pemusnahan oleh organ limpa.Oleh kerana banyak sel-sel darah merah yang telah dimusnahkan,bayi akan mengalami anemia (kurang sel darah merah) yang boleh membantutkan perkembangan fizikal dan otaknya berbanding dengan kadar yang normal.Justeru itu,sekiranya bayi ini hanya mendapatkan susu kambing di awal kelahiran, mereka haruslah diberikan folate sebagai supplemen tambahan.

Juga, bayi yang alah kepada protein susu lembu juga sering alah kepada susu kambing juga.Tidak dinafikan susu kambing mempunyai beberapa kelebihan untuk orang-orang dewasa, tetapi kajian terkini menunjukkan ianya tidak sesuai untuk bayi yang berumur lingkungan setahun hingga 2 tahun (mungkin lebih sesuai untuk orang dewasa berbanding kanak-kanak).Kajian mendapati juga, kebanyakan bayi yang allergik kepada susu lembu juga mungkin mengalami kesan yang sama terhadap susu kambing. 

Baca tentang khasiat susu kambing bagi orang dewasa disini

Kambing-kambing sebenarnya lebih cenderung untuk mendapat jangkitan brucellosis yang boleh dipindahkan kepada bayi melalui pengambilan susu kambing.Penyakit brucellosis amat berbahaya kerana penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan dan kegagalan pelbagai organ dalaman termasuk hati,otak mata dan lain-lain.Tanda-tanda awal penyakit ini ialah:
  • demam panas
  • peluh berlebihan
  • lenguh seluruh badan (myalgia)


Ini bermakna anda tidak digalakkan memberikan susu kambing kepada bayi bayi yang berumur bawah 2 tahun,manakala untuk lebih dari 2 tahun pastikan mereka tidak diberikan susu kambing yang tidak diproses atau dididihkan terlebih dahulu.

Sejarah Susu Kambing Ketika Zaman Nabi


Jika kita melihat daripada sirah sejarah baginda Rasulullah SAW,baginda juga turut disusui ibu oleh ibu susuan sehingga berusia 2 tahun,ini menunjukkan kepentingan penyusuan ibu dan segala kebaikan dari penyusuan ibu itu (mengatasi segala jenis susu dan formula di dunia).Jadi berdasarkan tentang sejarah ini,memberi susu kambing pada bayi bukanlah sunnah.Kerana belum ada lagi bukti yang sahih yang mengatakan dengan memberikan susu kambing pada bayi bawah 2 tahun adalah satu sunnah,sama ada ini berdasarkan hadis atau riwayat ulamak muktabar.

Memang tidak dinafikan bahawa susu kambing ini mempunyai banyak kelebihan-kelebihannya seperti mudah dihadam,kurang alergi dan beberapa kebaikkan lain.

nutrisi susu ibu
Kesimpulannya,susu ibu adalah susu yang paling terbaik untuk bayi anda dan penyusuan ibu adalah yang terbaik sepanjang zaman.Namun begitu, jika tidak dapat menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu,maka susu formula lembu yang diperkaya dengan zat besi.Jadi jika mahu berikan susu kambing mungkin sesuai selepas berusia dua tahun. Bayi berumur dua tahun ke bawah, berikan susu ibu sepenuhnya, jika mampu.



Persoalannya sekarang susu apakah yang paling sesuai bagi menggantikan susu ibu?


Ada pelbagai jenis susu dicipta khusus untuk menggantikan susu ibu,salah satunya susu segar lembu, susu formula lembu yang diperkaya dengan zat besi, susu yang berasaskan soya  dan juga susu kambing.Susu formula lembu yang diperkaya dengan zat besi adalah jawapannya bagi menggantikan susu ibu bagi bayi berusia satu tahun kebawah yang tidak menyusu ibu sepenuhnya! 

American Academy of Paediatric telah mengesyorkan susu formula lembu diperkaya dengan zat besi sebagai susu gantian yang sesuai bagi bayi baru lahir hingga berusia 12 bulan. Ini kerana susu jenis ini yang diperkaya zat besi boleh mengelakkan masalah kekurangan zat besi yang boleh menyebabkan masalah kekurangan darah, masalah kognitif dan perkembangan bayi. Kebanyakkan susu formula di pasaran sekarang sudah diperkaya dengan zat besi sejajar dengan tuntutan dan pengesyoran ini.

Bagaimana pula dengan jenis susu dan minuman lain-lain:

Susu berasaskan soya
Secara ilmiahnya, susu ini sebenarnya dicipta khusus untuk bayi yang alergi atau tidak hadam susu formula lembu. Susu ini mengandungi protein soya sebagai sumber protein utama, minyak sayuran sebagai sumber lemak, ditambah unsur karbohidrat, vitamin dan mineral lain. Kebiasaanya susu soya ini turut diperkaya zat besi. Menurut AAP, susu ini selamat dan efektif menggantikan susu lembu formula tetapi tidak mengatasi susu lembu formula dari kandungan zat.
Susu soya mungkin sesuai bagi bayi yang
  • Mengalami masalah galaktosemiaatau kekurangan enzim pencernaan tertentu
  • Ibubapa atau keluarga vegetarian
  • Bayi mengalami alergi susu lembu yang disahkan oleh doktor 

Menurut kajian saintifik, tiada bukti sahih yang mengesahkan susu soya perlu digunakan untuk keadaan berikut (justeru penggunaannya bagi masalah berikut masih menjadi persoalan):
  • Masalah cirit akut akibat jangkitan kuman usus tanpa bukti kukuh menyebabkan ketidakhadaman laktosa
  • Masalah kembung
  • Sebagai langkah pencegahan mengelakkan alergi susu lembu
  • Dan dari pengalaman saya, ada bayi yang alergi pada susu formula lembu turut mengalami masalah alergi yang sama dengan susu soya.



Susu kambing
Menurut AAP, susu kambing tidak disyorkan untuk bayi lingkungan umur 1 tahun. Ini kerana unsur nutrisi dalam susu kambing tidak menepati keperluan bayi. Susu kambing kekurangan zat besi, folate, vitamin C/D/B, thiamin, niacin dan pelbagai zat nutrisi lain. Susu kambing turut dikhuatiri akan “membebankan” buah pinggang bayi kerana kandungan nutrisi tertentu yang tidak sesuai.Susu kambing juga dipercayai boleh mengakibatkan keadaan berasid yang kandangkala boleh membahayakan bagi bayi berusia satu bulan.
nutrisi susu kambing

Susu segar lembu 
Susu ini turut tidak disyorkan oleh AAP kerana kandungan nutrisi yang tidak sesuai, “bebanan” pada buah pinggang dan alergi/alahan susu.
nutrisi susu lembu

Lihat senarai harga susu kambing juga produk susu kambing


Bolehkah bayi diberikan susu kambing?


Boleh, tetapi mestilah susu itu telah diproses dan diluluskan kementerian kesihatan. Selain itu bayi itu mestilah diberikan supplement folate dan zat besi untuk mengelakkan anemia yang boleh membantutkan tumbesaran bayi.Walau bagaimanapun jika berkemampuan, sebaiknya bayi hendaklah diberi susu ibu sehingga ia berusia 2 tahun.Sampai disini sahaja pekongsian ini,saya berharap anda mendapat manfaat dari artikel susu kambing untuk bayi tidak sesuai sebenarnya ini.


Anda suka tak dengan pos ini?
4 komen untuk "Susu kambing untuk bayi tidak sesuai sebenarnya"

sy memberi bayi sy susu ibu dan susu higoat.. bayi berusia 7blan.. apa pendapat tuan?

Susu kambing untuk bayi tidak sesuai untuk bayi bawah umur 1 tahun yg bergantung pada susu sebagai satu2nya sumber makanan.

kalau still memberi susu ibu..better stay dengan susu ibu jer puan..sbb kalau kalau baby bawah 1 tahun amat tak sesuai kalau diberikan susu kambing.Dr pun mengalakan susu ibu dan kalau x dapat bagi digantikan dengan susu tepung dlm tin seperti dumex dll tu.

Sekarang sudah ada dipasaran susu kambing yg khas untuk bayi yg berjenama Karihome.Cuma harganya lah ,sgt mahal.

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.