Tutorial dan panduan gempak cara buat duit dengan clickbank

Jom belajar cara buat duit dengan clickbank

(Edisi Gempak Oh Kiji !!)


PERHATIAN: Tidak semua teknik-teknik yang saya kongsikan dibawah ini diaplikasikan oleh saya sendiri..namun saya tulis dan berkongsi juga kepada anda hasil dari pembelajaran,ilmu dan pengalaman yang dikongsikan kepada saya oleh usahawan berjaya yang lain didalam panduan ini.

Hi..salam semua..kali ini saya ingin berkongsi kepada korang 1 panduan tentang cara menjana pendapatan dengan clickbank.

Pasti korang semua kenal dengan laman Clickbank ini bukan..laman yang menyediakan beratus produk digital didalam pelbagai niche.

Dan pastinya korang pun banyak mendengar kisah-kisah kejayaan usahawan yang menjana pendapatan melalui clickbank ini bukan.

Tapi mana yang ingin mengetahui antara kisah-kisah kejayaan dengan clickbank ini saya senaraikan 3 nama usahawan luar negara dan juga dalam negara yang telah berjaya dengan clickbank ini.

1.Azian usman - IM muda yang mempunyai ramai anak murid yang belajar dari panduan clickbank dia.

2.Raja Kamil - siapa tak kenal usahawan malaysia ini..

2.Mark Ling - Ini usahawan luar negara yang terkenal dengan kejayaannya didalam bidang affiliate terutamanya dengan clickbank.

Cara atau pun teknik untuk menjana pendapatan dengan affiliate ini sebenarnya banyak..tapi apa yang saya akan kongsikan kepada korang semua nanti adalah teknik-teknik yang sememangnya terbukti memberi hasil kepada korang.

Panduan menjana pendapatan dengan Clickbank

Dalam artikel ini, saya akan tunjukan anda langkah demi langkah bagaimana korang boleh membuat jualan Clickbank pertama anda secara online.

Jadi,jika korang tidak pernah pun membuat sebarang jualan secara online,panduan didalam pos kali ini kaedah sangat-sangat sesuai untuk korang yang baru bermula.

Apa yang saya suka tentang teknik-teknik yang akan saya kongsikan ini adalah kerana masih belum ramai lagi orang yang menggunakannya,jadi ianya masih terbuka luas untuk korang buat.

Dan sebenarnya teknik-teknik ini berfungsi dengan lebih baik lagi kerana kita mempunyai beratus-ratus produk didalam Clickbank yang siap sedia untuk dipromosikan,dan juga masih terdapat banyak lagi rangkaian affiliate lain untuk dipilih.

Dengan melakukan kaedah ini:

  1. Korang dapat menghantar trafik yang sangat targeted terus kepada link affiliate
  2. Korang hanya perlu melakukannya antara 10-15 minit sahaja sehari
  3. Klik korang akan meningkat setiap hari (nanti korang akan ketahui sebabnya)

Jadi, jika korang dah tersa teruja dan bersedia untuk memulakannya,so jom kita mulakan sekarang...


Kalau korang sudah ada akaun dan niche/produk Clickbank,sila skip part ini.Tapi mana yang tidak ada sila teruskan membaca.

Ok..langkah pertama pastikan korang mendaftar dahulu sebagai affiliate di clickbank.

Pergi ke Clickbank dan klik sign up..isikan segala maklumat korang ye...


cara buat duit dengan clickbank

 Pilih Niche dan Produk Clickbank

Kemudian korang perlu memilih niche dan produk untuk dipromosikan terlebih dahulu.Didalam clickbank ini terdapat banyak produk yang diletakkan didalam kategori masing-masing.
Jika korang memilih untuk masuk kedalam niche masakan,korang boleh pilih kategori "cooking,foods&wine" didalam clickbank.

Pilih produk dengan gravity bermula dari 10-80..kalau korang nak yang kurang persaingan korang pilih diantara range 10-35 sahaja.Tapi biasanya range 10-35 dipilih jika seseorang itu ingin mempromosikan dengan mengunakan kaedah pemasaran yang popular seperti SEO.

Lagi satu pastikan sale page produk tersebut mempunyai video dan mempunyai elemen penarik..macam mana nak tahu elemen penarik..korang bayangkan jela korang tu sebagai pembeli,baca sale page tu,adakah dia dapat membuatkan korang rasa ingin membelinya..simple je kan..kikiki..

Dapatkan affiliate link clickbank korang

Lepas korang dah jumpa produk yang korang berkenan tu,klik je butang promote,nanti akan keluar 1 kotak atau page pulak,copy hoplink dan simpan.Hoplink tu la nanti korang akan gunakan nanti didalam promosi produk clickbank.
Ok,lepas pilih produk semua sekarang bab trafik pulak,disini korang akan lakukan sama seperti affiliate lain,iaitu mencari orang yang mempunyai masalah yang tertentu kemudian tawarkan mereka penyelesain iaitu link affiliate korang.

Banyak tempat yang kita boleh cari orang mempunyai masalah ini,antaranya forum,blog dan laman video dimana kebanyakan prospek kita selalunya berada.

Tapi korang tak akan pergi ke google dan mencarinya satu persatu,sebaliknya korang akan gunakan cara auto dengan mengunakan sistem google alerts.

Google alert akan menghantar alert kedalam email kita apabila ada seseorang yang melakukan update yang berkaitan dengan niche,produk atau kata kunci yang kita promosikan dari diseluruh intenet.

Ianya mungkin komen dari blog,forum,video youtube dan lain-lain...

So kerja korang hanya perlu klik je link yang disertakan oleh google alert tu dan balas komen,pos atau apa-apa yang boleh di "reply" dengan cara berhemah.


Setup sistem Google Alert

Untuk mula setup google alert korang just pergi ke https://www.google.com/alerts 

Google alerts ini salah satu produk dari google juga,jadi untuk menggunakannya korang kena ada akaun google juga untuk log in ke dalamnya.

Nampak kotak search kat atas tu,situ lah tempat korang akan letakan kata kunci yang berkaitan dengan produk clickbank korang. 

Korang boleh masukan macam-macam kata kunci didalamnya,tapi ini kata kunci yang korang patut gunakan.

  • Nama produk
  • Niche korang pilih
  • Produk persaing
  • Kata kunci yang berkaitan dengan produk clickbank yang korang promote
  • Penulis rancangan TV yang berkaitan dengan produk clickbank korang
  • Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan produk clickbank korang
Fikirkan segala yang berkaitan dengan produk clickbank korang,jadi lebih kreatif dan ambil masa untuk mengkajinya.

Cuba fikirkan soalan yang biasa ditanya berkaitan dengan produk clickbank korang promote tu,produk cuba menyelesaikan masalah apa sebenarnya..

Dan cuba fikirkan soalan untuk masalah-masalah yang produk clickbank tersebut mampu selesaikan.

Dan selalunya di salepage produk clickbank tersebut sudah pun tersedia persoalan-persoalan yang korang boleh gunakan sebagai kata kunci iaitu "bullet point".

Hampir kesemua sale page produk yang bagus akan memberikan bullet point..kenapa?kerana ianya salah satu strategi untuk memberikan penerangan terperinci dan penarik pelanggan untuk membeli sesuatu produk yang cuba dijual.

Bullet Point - Didalam bullet points biasanya penjual akan masukan persoalan,kelebihan atau manfaat,penyelesaian dan ciri-ciri produk.

Untuk memudahkan korang ini beberapa contoh yang selalunya menjadi persoalan:
  • How to cure ....
  • How to avoid ....
  • How to stop ....
  • How to get rid of ...
Soalan-soalan seperti diatas merupakan kunci untuk anda mendapatkan "Blog post,forum post atau pos yang boleh direply" yang teramat berharga dan selalunya tidak dijumpai oleh persaing korang.


Pilih result yang korang mahukan


Dengan google alerts ini,secara default ianya di setkan dengan automatik,tapi kalau korang mahukan result dengan medium tertentu seperti blog atau video,korang just pilih je dekat advance option dia.
Pos Komen dengan affiliate link

Blog komen sebenarnya sangat berguna dan merupakan strategi trafik long term jika ianya dibuat dengan betul.

Tapi kebanyakan orang lain gunakannya dengan cara salah,apa yang mereka lakukan ialah pergi ke blog pos tersebut kemudian tinggalkan komen yang hanya beberapa kerat ayat je.

Dan lebih menyedihkan mereka pergi ke blog yang lansung tidak relevan dengan niche produk yang mereka cuba promosikan.

Dalam melakukan promosi mengunakan blog komen kunci utama untuk mendapatkan trafik yang targeted ialah "menjadi orang yang pertama membuat komen disitu".

Dan inilah sebabnya mengapa google alerts menjadi sebuat tool yang sangat lagi amat berguna.

Kebanyakan komen diblog selalunya disusun dari yang lama ke baru dimana kedudukannya dari atas ke bawah.

Jadi ianya amat penting untuk korang menjadi pengomen yang pertama didalam blog pos tersebut kerana komen korang jika ianya di approve ianya akan berada diatas sekali dan paling hampir dengan artikel dan pembaca akan mudah terlihat komen korang.


Gunakan kreativiti untuk meletak ayat komen


Pastinya korang kena pastikan yang komen korang tu sangat relevan,atau bermanfaat serta mempunyai ayat-ayat yang tidak kelihatan spam tapi mempromosikan atau memujuk mereka untuk pergi ke laman produk melalui link affiliate korang.


Sebaiknya atau pun WAJIB korang bawa trafik-trafik korang tu ke squeeze page tedahulu untuk capture email mereka.Nanti senang la korang duk promote produk dengan email,just follow up je dengan email walaupun pada permulaan mereka tidak membeli produk korang promosikan itu.


Kesimpulan: Apabila korang setup google alert nanti,biasanya korang akan menerima 100 email sehari dari google alerts,bergantung juga kepada popularnya niche korang tu.

Dan korang tak perlulah nak duduk depan PC berjam-jam..sparekan masa korang dalam 15 minit je sehari sama ada diwaktu pagi atau pun petang.


Promosi mengunakan Forum

ini adalah gambar contoh forum shj,tapi kalau korang nak promote di signature BHW korang kena ada status VIP
Promosi melalui forum jugak sangat berkesan..buktinya saya sendiri yang mengunakan cara ini untuk mempromosikan produk clickbank.

Seperti cara pertama tadi,korang kena jugak cari forum berkaitan dengan niche produk clickbank yang korang promosikan.

Forum ni sebenarnya lubuk untuk korang pomosikan produk tak kiralah affiliate atau pun produk sendiri.

Cuba korang fikirkan balik tentang situasi ini..korang tentu pernah pergi ke forum bukan..sekarang cuba refresh balik,apa tujuan korang pergi ke sesebuah forum ketika itu...

Tak pasti..ok ini jawapannya..mencari "Maklumat" tak kira dari segi penyelesaian ke atau persoalan..

Hampir 90% pengunjung forum ini selalunya didalam golongan yang:
  • Laparkan ilmu
  • Mencari maklumat atau penyelesaian cara cepat
  • Berminat secara mendalam kepada sesuatu topik

Dan kebanyakan mereka juga dari golongan yang jenis sedia bukak wallet dan keluarkan duit.


Mencari Forum


Salah satu cara mencari forum dengan mudah ialah dengan mengunakan "google"..ok kita ambil contoh katakan korang promosikan produk didalam niche make money didalam internet.

Korang pergi ke google dan taip "internet marketing forum"...



Seperti gambar diatas,korang akan nampak banyak forum tentang internet marketing..walaupun banyak forum yang keluar korang kena validate dulu mana forum yang paling terbaik sebab didalam niche make money ni selalunya banyak forum diintenet.

Kita tak nak join kesemua forum tersebut,korang akan lebih berjaya dengan hanya fokus dan aktif pada 1 forum sahaja.Tak perlu memperbanyakan kerja korang dengan pergi ke forum lain-lain.Kuncinya pilih 1 forum yang paling ramai ahli dan juga aktif.

Validatekannya dengan mengunakan alexa untuk melihat ranking alexa forum tersebut,lagi rendah jumlah ranking alexa tersebut bermakna semakin banyak trafik yang masuk ke forum tersebut.


Satu lagi cara selepas melihat ranking alexa ialah melihat berapa ramai yang sedang online diforum tersebut seperti gambar diatas.

So apa yang korang perlu buat ialah pergi keforum yang korang pilih tu kemudian daftar didalamnya.

Cuba berinteraksi didalam forum tersebut dahulu,maknanya korang tak akan masukan signature yang mempromosikan link affiliate produk clickbank korang lagi dalam masa seminggu.

Banyakkan dahulu bilangan pos korang didalam forum tu,komen pulak maksure bukannya yang spam dan juga pendek yer.

Lepas semua tu korang dah buat dan bilangan pos korang pun dah banyak barulah korang masukan signature dengan meletakan ayat promosi yang mengandungi link produk korang promosikan.

Sekali lagi WAJIB untuk korang linkkan ke squeeze page terlebih bertujuan untuk capture email trafik dari forum yang korang promosikan produk tu.

Gunakan ayat yang menarik di signature

Ayat menarik adalah kunci utama untuk mendapatkan klik yang banyak dari forum.Dibawah ini adalah faktor yang mempengaruhi klik di signature korang nanti.
  • Kualiti pos korang
  • Uniknya signature korang
  • Relevannya signature korang pada sesuatu thread diforum
  • Kredibiliti profile korang seperti jumlah pos,thanks dll.

Sekarang mari kita pergi part apa yang membuatkan signature korang didalam forum menjadi menarik.

Hasil dari pengalaman,pemerhatian dan pembelajaran saya dahulu gabungan faktor ini adalah antara penyebab mengapa signature kite mudah diklik oleh prospek..

  1. Spesifik
  2. Terperinci
  3. Mempunyai nombor yang pelik
  4. Menceritakan Kelebihan
  5. Yang menimbulkan tanda tanya
  6. Mempunyai call to action yang jelas
  7. Mempunyai perkataan percuma

Signature yang menarik adalah signature yang sama seperti subjek email promosi yang dihantar oleh seorang email marketer profesional.

Cuba tengok email-email yang dihantar oleh otai-otai ke email anda..tengok subjek mereka tulis,selalunya mengunakan ayat-ayat yang menarik yang membuatkan korang rasa ingin klik bukan,so buatkan signature korang sama seperti subjek email otai korang tengok tu.

Ini antara contoh ayat signature yang menarik yang boleh digunakan didalam niche internet marketing dan make money.

p/s:Disebabkan korang promosikan produk clickbank dimana 90% didalam bahasa inggeris jadi segala bentuk promosi korang lakukan mestilah didalam inggeris jugak.

  • [FREE] How to make $67-$104/day with Clickbank and YouTube without a website (Click here)
  • How to build a 1842 highly responsive list in just 7 days using Free Traffic only (Discover here for free)
  • How I built a $3,896/month Amazon affiliate business in just 25 days (Download my free blueprint here)

Ini pula contoh lain jika anda promosikan produk niche weight loss

  • 10 Ways to Lose 5 Pounds by This Weekend? (Download Free .pdf)
  • How to lose 5 pounds in 2 days without exercising (Read here)
  • How I lost 17 pounds in 28 days without dieting and exercising (Read my story here)


Jadikan signature menonjol


Jika forum yang korang join tu benarkan korang gunakan signature seperti mengunakan pelbagai warna,karakter fonts dan saiz korang gunakannya untuk membuatkan signature korang menjadi lebih menonjol. 

Ini contoh yang saya ambil diforum tempatan


Tips efektif untuk pemasaran didalam forum

Ini adalah beberapa tips yang korang boleh gunakan didalam promosi forum korang.

Pos didalam thread yang sedang popular - korang just tengok je thread yang mempunyai views paling banyak.

Korang boleh juga pergi ke thread yang baru sahaja di pos dimana ianya mempunyai minima 50 hingga 150 views dan reply yang masih belum banyak.

Views merupakan petunjuk bahawa thread itu mempunyai sesuatu yang menarik dan jika korang orang yang pertama membuat pos didalam thread tersebut signature akan mendapat exposure yang tinggi.

Menaikan thread popular yang lama -  Cari thread yang pernah berada dihadapan forum tersebut dimana ianya telah tergelam ke page belakang-belakang.Korang just pergi je reply di thread tersebut dan pastikan pos orang bukannya spam.

Promosi clickbank dengan laman Document sharing


Ok ini satu lagi strategi yang amat menarik..korang akan gunakan laman-laman perkongsian dokumen.

Apakah sebenarnya laman-laman perkongsian dokumen ini?...ok laman ini sebenarnya antara laman web 2.0 yang membenarkan penggunanya mengupload dan berkongsi fail-fail dokumen seperti format .pdf,.ppt dan juga .doc.

Dan ini ialah laman perkongsian dokumen yang korang akan gunakan...
  • slideshare.net
  • scribd.com
  • docstoc.com
Berapakah jumlah trafik yang yang masuk/melawat laman web ini?mengikut data dari Alexa.com

slideshare.net - kedudukan 156 antara laman web yang paling ramai dikunjungi seluruh pelusuk internet.

scribd.comkedudukan 313 antara laman web yang paling ramai dikunjungi seluruh pelusuk internet.

docstoc.comkedudukan 1,238 antara laman web yang paling ramai dikunjungi seluruh pelusuk internet.

Dan sememangnya tiga laman web perkongsian dokumen diatas adalah yang paling popular didunia.

3 laman ini ranking dengan baik di laman carian enjin google kerana statusnya yang authority.Malahan laman ini juga mempunyai komunitinya tersendiri.

Ini bermakna jika korang upload apa-apa dokumen ke laman-laman tersebut korang akan dapat melihat beberapa views sejurus korang selesai menguploadnya.

Ada IM yang bijak telah mengunakan laman ini sebagai sumber trafik mereka kepada produk clickbank mereka promosi sejak sekian lama lagi.

Jika korang melihat contoh yang saya letak dibawah,individu ini sedang mempromosikan produk clickbank yang bernama "Fat Loss Factor".

http://www.slideshare.net/FatLossDiet/the-fat-loss-factor-pdf

Dan ini ialah maklumat tentang produk Fat Loss Factor di clickbank



Dokumen tersebut telah dilihat dan dibaca sebanyak 11,682 kali.Dan jika korang tengok disebelah kanan dokumen ini ada 1 lagi dokumen yang mempromosikan produk yang sama,dan dokumen tersebut telah dibaca sebanyak 50,773(http://www.slideshare.net/FatLossDiet/the-fat-loss-factor-book-pdf).

Kalau korang godek-godek dalam slideshare.net saya pasti korang akan jumpa banyak dokumen-dokumen yang mempromosikan produk clickbank.

Jadi korang patut gunakan laman perkongsian dokumen ini ketika mempromosi produk clickbank korang.

Upload Dokumen Didalam Slideshare

Pastikan korang mendaftar dahulu sebelum mengupload dokumen korang didalam laman slideshare,scribd dan juga docstoc.

Dan sediakan terlebih dahulu dokumen tentang produk clickbank yang korang ingin promosikan.kalau korang tak der idea nak tulis apa,boleh sahaja lihat contoh-contoh dokumen IM lain yang mempromosikan produk clickbank didalam slideshare.

Semasa korang membuat dokumen untuk di upload nanti..pastikan korang ikut rules dibawah ini tidak kira dokumen tersebut jenis format slide show(.ppt),Ebook (.pdf) atau microsoft word(.doc)



  • Pastikan dokumen tersebut melebihi dari 5 muka surat
  • Link produk clickbank korang mesti diletakan didalam page 4 keatas,jika korang letak link didalam page/muka surat 1,2 dan 3 link affiliate korang tu tidak akan hidup(non clickable link) dimana link tersebut tidak akan berfungsi jika pembaca dokumen korang klik.
  • Pastikan gambar menarik diletakan di muka hadapan dokumen bagi menarik perhatian pengunjung di slideshare.net untuk membaca dokumen korang. 
  • Kesemua rules diatas hendaklah digunakan juga didalam laman scribd.com dan docstoc.com.

Kesimpulan: Jangan abaikan teknik pemasaran mengunakan laman perkongsian dokumen ini ketika korang mempromosikan produk clickbank.

Dari pengalaman saya sendiri,promosi mengunakan laman ini terutamanya sekali slideshare amat berkesan.

Salah satu dari dokumen yang saya upload untuk mempromosikan affiliate CPA telah mendapat views sebanyak 80,000 dalam masa 3 bulan sahaja.

Dan faktor utama ianya menerima sejumlah views tersebut adalah kerana dokumen yang saya upload tersebut telah ranking digoogle secara sendirinya tanpa perlu saya membuat backlink..memang menarik bukan. 

Promosi mengunakan Youtube


Ini adalah cara yang saya gemar...serius korang jangan sesekali mempelekehkan pemasaran video di youtube tak kira korang promosikan produk tempatan ke atau pun intenational seperti clickbank.

Dan untuk pengetahuan korang la ye..70% online income saya sebenarnya datang dari youtube..seronok sebenarnya membuat pemasaran video di youtube ni.

Dan lebih syok lagi korang boleh mempromosikan produk clickbank atau mendapatkan trafik dari youtube tanpa perlu membuat video sendiri pun dan kadangkala tanpa perlu upload video pun.

Kalau korang pandai berbahasa inggeris korang boleh buat video sendiri dengan bercakap didepan kamera sambil memberi review tentang produk tersebut.

Tapi cara saya bukan seperti itu,saya lebih gemar membuat video slide show yang menceritakan kelebihan-kelebihan produk tersebut(Bullet Points).Dibawah ialah salah satu contoh video yang korang boleh tiru.


Dan dalam video yang saya buat saya biasanya meletakan gambar produk dan testimoni bersama dengan muzik latar belakang yang sesuai.Perisian yang saya gunakan ialah Proshow..tapi kalau korang tak der korang boleh jer gunakan window movie maker.

Selain video yang dibuat sendiri,saya juga ada mengunakan video-video yang disediakan oleh owner sama ada didalam halaman affiliate mahu pun video yang saya ambil terus dari sale pagenya.

Dan yang terakhir,ada juga video tersebut lansung tidak menceritakan tentang produk tersebut,tetapi menceritakan masalah yang produk tersebut boleh selesaikan.So saya download video tersebut dan reupload semula dengan title dan description yang berlainan.

Tips:Didalam description pastikan korang letakan Url terlebih dahulu barulah disusuli dengan description tentang video korang tu.Kemudian diakhir ayat description tersebut korang masukan sekali lagi link affiliate korang didalam description box video korang.

Pastikan korang letakan tags yang berkaitan dengan niche serta produk yang korang cuba promosikan..dan tolong jangan spam dengan meletakan tags yang banyak.

Untuk tags korang boleh ambil divideo yang ranking no 1,2 dan 3 didalam youtube dengan carian nama produk clickbank korang.

Macam mana nak ambil dalam video tersebut,korang klik video tu,kemudian klik right klik dan pilih "view page sources".

Kemudian cari meta name="keywords" kemudian copy keyword tersebut dan letakan didalam tags video korang.



Saya mintak maaf la,saya tak der tuliskan tutorial cara membuat video disini,korang boleh je belajar di youtube pasal buat video ni,taip je "how to make video using Proshow" atau "how to make video using window movie maker".Banyak video tutorial seperti ini.

Ok sattle semua korang klik je publish dan video korang sudah pun berada didalam youtube.

Tapi korang belum selesai lagi..kalau korang nak tengok result dengan cepat korang boleh boostkan views video youtube korang dengan mengunakan khidmat youtube views provider.

Dengan mengunakan servis youtube views ini video korang akan mendapat views dengan cepat dan mempercepatkan ranking video korang didalam youtube.

Dibawah ini adalah senarai penyedia servis youtube views yang bagus dimana views mereka sediakan adalah berkualiti dari segi high retention dan bukannya mengunakan bot.

[Sila baca komen-komen didalam thread servis ini terlebih dahulu sebelum membuat tempahan]

Atau korang boleh melihat sendiri thread dari penyedia yang lain disini.Korang juga boleh cuba menempah servis youtube views didalam fiverr..

tempah servis di fiverr
Tapi sejujurnya saya tidak mengunakan servis view video dari fiverr kerana kebanyakan servis disana low quality dimana retention views rendah dan dari pengalaman saya kebanyakan video saya selepas mengunakan servis dari sana banyak yang tenggelam dan didelete oleh pihak youtube.

Tapi ianya terpulang kepada korang..bukan semua penyedia servis di fiverr low quality,ada juga yang bagus cuma korang kena cari dan cuba satu persatu.

Apa itu retention views?...retention views ialah views yang terhasil dari penonton yang menonton sesebuah video dari awal hinggalah habis durasi video tersebut.

Contohnya jika sebuah video tersebut mempunyai panjang 2 minit ataupun 120 saat,kemudian ada penonton menonton video tersebut hanya dalam masa 35 saat kemudian pergi ke video lain.

Ini dikira sebagai low retention dan boleh memberi kesan kepada video kita kerana algoritma youtube mengambil faktor retention ini bagi sesebuah video untuk tujuan ranking didalam halaman youtube.

Kesimpulannya low retention akan membuat video korang mungkin tenggelam dan sukar dilihat,manakala high retention pula akan membuat video korang akan mudah dilihat oleh pengunjung didalam laman youtube.

Ok la semua...saya rasa panduan cara buat duit dengan clickbank ini sampai disini sahajalah dahulu yer..insyallah jika ada kelapangan masa lagi saya akan cuba tambahkan maklumat-maklumat lain didalam panduan ini.

Masih ada beberapa lagi teknik dalam youtube yang saya masih belum tuliskan lagi,dan actually teknik tu saya tak pernah guna tapi hasil dari testimoni IM lain ianya sangat berkesan dan memberi pulangan juga jika ianya dibuat secara konsisten.

Tapi jika korang buat betul-betul dengan teknik-teknik yang saya ceritakan diatas ini pun.. korang pasti terkejut dengan hasilnya.Tak payah nak dengar cakap orang yang teknik ni tak jadi la..susah la..sebab kadang-kadang diorang ni tak pernah buat pun...

Kalau buat pun sekejap jer..so mana nak nampak hasil kan..jadi korang take action la ye..Ok lah sampai sini jela semua..asalammualaikum :-D
jejaka penyu
Artikel berkaitan


Anda suka tak dengan pos ini?
11 komen untuk "Tutorial dan panduan gempak cara buat duit dengan clickbank"

Happy Blogwalking. Hope can visit mine and followback :)

www.rassain.blogspot.com

terima kasih perkongsianya yang bagus dan mudah faham..

Bagus betul artikel2 kat web ni termasuklah yg Clickbank ni. Panjang lebar dan banyak isi menarik. Jika hantar kat web-web utama, boleh terima bayaran RM100 ni JP. Lol.

Jika JP SEO-kan, rasanya boleh meletup artikel ni. Sbg cnth: Url artikel ni tak de keyword utama "cara buat duit dengan clickbank". Yang digunakan ialah "tutorial-dan-panduan-gempak-cara-buat" yang mana, tak mesra SEO langsung. Ada gak yang lain namun rasanya JP boleh temui kelak setelah selesainya post SEO yang sedang JP update tu.

Jika berkesempatan, bertandanglah baca post2 saya kat web WangCyber (bukan forum, web) under Luqman (WC Crew). Ada banyak tips yang insyaAllah membantu. :)

Sekali lagi saya ucap tahniah untuk post ni dan yang lainnya. Sebab post berisi dan membantu. Teruskan k.

hehehe..waa crew wang cyber datang blog sy..bangge seposen kejap kikiki..yang pasal url pos ni saya sengaja x letak keyword tuan mikhail,sebab saya tengah eksperimen rankingkan pos tanpa guna exact keyword dlm url sebaliknya diletakan didalam breadcumb.

Kalau tuan mikhail tgk dalam pos ni saya letak exact keyword dalam label kat atas sekali(template ini ada fungsi breadcumb),ini hanyalah ujikaji saja..sebab pos-pos saya yang sebelum ni ranking di google dengan dan google menayangkan url "oh-kiji >>breadcumb>>.

Walaupun google menayangkan url saya bersama bread cumb,tapi url asalnya mengandungi exact keyword.Jadi saya x pasti jika mengunakan bread cumb mampu atau tidak ianya ranking..so saya ambil keputusan untuk buat ujikaji bread cumb dengan mengunakan pos ni.

Insyallah kalau ada keputusan nanti saya publish kat sini..

tu dia punya lengkap..dasat tuh

fuhh..terbaik tuan...tuan kalau boleh nanti tuan buat 1 tutorial macam mana nak buat video untuk clickbank ye...

terbaik la bro...detail...
singgah2 la blog sy...
http://smokedie.blogspot.com/

tq bro .. saya nak kongsi sikit disini, kepada mereka yang berminat utk keje dirumah, boleh lah ke link ini http://jobdirumah.net/dap/a/?a=4927

Jom buat pendapatan sampingan...boleh join saya di -

https://wadiahtrading.com//index.php?refer=tradeduit

Duduk diam je...tunggu je duit masuk tiap-tiap minggu...
Lepas Join nnti sy mesej di Handphone..Tetapi kena join di bawah link yang saya bg baru sy bg guide.

Malaysia,harris

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.