Wak Doyok : Bersama gaya ala ala vintaj Inggeris dan keunikan misai jambang beliau . Jom ikuti sedikit cerita di sebaliknya .


gaya wak doyok sebenar

Pengenalan Wak Doyok


Penampilan jejaka yang boleh saya katakan unik dengan gaya misai dan jambangnya mencuri tumpuan golongan muda Malaysia.Lebih dikenali dengan panggilan Wak Doyok.Bukan itu saja ,malah gemar menggayakan fesyen Inggeris 1960.Lihat sendiri la fesyen yang beliau gayakan. Vintaj !! .Tak dinafikan,ramai yang mengenali beliau menerusi misai dan jambang yg unik .


Latar belakang Wak Doyok


gaya wak doyok sebenar

Tengku Muhamad Azwan Shah adalah nama sebenar beliau.Anak muda yang berusia 33 tahun berasal dari Klang Selangor ini menjadi sebutan di bibir pencinta fesyen Malaysia malahan tersebar luas ke negara lain.Sebelum berkecimpung aktif dalam dunia fesyen , beliau adalah pelajar dalam bidang Kejuruteraan di Universiti Jerman.Nama Wak Doyok diberi sempena nama aktor komedi negara seberang ( indo ) iaitu Wak Doyok yang popular sekitar tahun 1980-an kerana beliau sering berlawak ketika bersama kawan kawan.So,oleh sebab itu beliau digelar Wak Doyok di kalangan kawannya.

Perubahan


gaya wak doyok sebenar

Jom baca beberapa sebab penyebab perubahan beliau ke arah fesyen beliau.Sebelum ini, beliau sudah lama dalam dunia ni walaupun hanya sekadar undergroud di tahun 1996. Skinhead salah satu fesyen digemarinya daripada maklumat yang saya dapat dari internet.
Bermulanya saat ketika butik Ben Sherman yang bakal memasuki pasaran Malaysia tahun lepas jika saya tak silap,timbul dalam diri beliau untuk memohon kerja di situ.Tetapi malang ditolak atas sebab gaya / fesyen beliau tidak menepati gaya jenama tersebut.Beliau pulang ke rumah dan membuat kajian berkenaan kempen kempen jenama Ben Sherman dan hasilnya beliau dapati banyak model lelaki berjambang dalam kempen jenama tersebut .


gaya wak doyok sebenar

Beliau mula menyimpan misai dan jambang , bulu bulu halus mula  tumbuh dan memanjang pada ruang wajahnya.Hari demi hari beliau merapikan / membersihkan bulu bulu itu supaya kelihatan kemas, rapat,dan lebat mengikut kesesuaian wajahnya.Beliau juga mengakui bukan kerja mudah untuk semua itu.Turut mengakui lebih selesa melakukan sendiri daripada ke salun .Untuk pengetahuan anda, Moustache Wax adalah produk / item yang beliau gunakan untuk mendapatkan bulu yang lebat dan rapat.Anda boleh lihat gambar yang saya sertakan.Hehe.


Sekali lagi beliau hadir tanpa ragu ragu / memberanikan diri untuk memohon kali kedua di butik tersebut setelah di tendang untuk permohonan pertama.Akhirnya jenama tersebut menyukai fesyen beliau dan diterima sebagai pekerja separuh masa di butik Ben Sherman.

Jenama Sendiri

wak doyok sebenar

The Garment Movement adalah syarikat yang diasaskan beliau yang menekankan fesyen MODS ( The Modern Stylish ) , vintaj Inggeris 60an.Jenama ini sebenarnya sudah melebarkan sayap ke luar negara cuma pasaran Malaysia baru saja mendapat permintaan dari penggemar / pecinta fesyen . Selain itu,beliau juga menjadi penasihat fesyen bagi artis artis Malaysia , anda boleh lihat gambar yang saya sertakan.Lihat la gaya beliau.Boleh tahan juga kan.Hehe .
Itulah sahaja sedikit kisah berkenaan Wak Doyok untuk tatapan anda.
Itu saja dulu penulisan saya setakat ni,nak komen lebih2 pun saya kurang mahir dalam fesyen ni.Hehe . Jika terdapat kesalahan maklumat , mohon komen di bawah.Dan jika penulisan ini buruk dan membosankan,anda boleh komen dalam kotak komen dibawah bagi tujuan memperbaiki mutu penulisan ini.Jangan lupa klik butang share FB kat bawah ye.



ubat janggut wak doyok






- john woo -


share on fb



Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Wak Doyok : Bersama gaya ala ala vintaj Inggeris dan keunikan misai jambang beliau . Jom ikuti sedikit cerita di sebaliknya ."

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.