10 Haiwan Yang Mempunyai Kuasa Istimewa Lagi Mengerunkan


Anda percaya tak jika saya memberitahu yang ada haiwan diatas muka bumi ini yang mempunyai kuasa istimewa lagi unik..serius..tuhan ciptakan mereka ini dengan keistimewaan yang sungguh hebat,malahan anda sendiri pun tidak tahu serta mempunyai akan keistimewaan ini.

Dibawah ini 10 haiwan yang mempunyai kuasa,kemahiran dan kehebatan yang amat istimewa dan percayalah ianya mampu membuat anda rasa terkejut.


1. Udang Mentadak

Udang Mentadak

Udang mentadak ini sebenarnya sangat hebat,ianya mempunyai 2 kemahiran yang istimewa,pertama ianya boleh melihat semua warna yang ada,termasuk warna cahaya ulraviolet.Secara amnya manusia hanya mempunyai 3 kon warna untuk mengenal sesuatu warna itu,tetapi udang ini mempunyai 16,Kedua udang ini mempunyai kekuatan tumbukan yang amat berkuasa,kepantasan tumbukannya menyamai kelajuan sebutir peluru 0.22 kaliber.Jadi jangan buat dia marah ye..

2. Obor-obor Turritopsis

Obor-obor Turritopsis

Ok obor-obor ini tak ada keistimewaan dalam kategori kekuatan,tapi dia lebih istimewa dari udang mentadak,kenapa?sebad obor-obor ini mempunyai kehidupan yang kekal abadi,ini bermakna obor-obor ini tidak akan mati,jika ianya menjadi tua,obor-obor ini akan berubah(rivert) semula kepada bentuk ianya mula-mula terbentuk dan memulakan kitaran hidupnya semula..

3. Sotong Mimik

Sotong Mimik

Sotong ini pula mempunyai keistimewaan dalam merubah bentuk dan rupa,haa..macam ninja pulak kan,tapi itulah kenyantaannya,sotong ini boleh berupa 5 rupa haiwan lain iaitu ikan sebelah,rumpai laut,ikan singa(lionfish),ular laut dan ikan pari.

4. Burung Lyre

Burung Lyre


Burung Lyre ini pula mempunyai kuasa istimewa yang boleh meniru apa sahaja bunyi disekelilingnya,macam burun tiung la,tapi dia ni lagi hebat dari burung tiung dan lagi cantik dari burung tiung,dan bila saya maksubkan apa sahaja ianya termasuk barangan manusia seperti alarm kereta,chainsaw,bunyi kamera dan lain-lain.

5. Kutu Kucing

Kutu Kucing

Haa..yang ni pulak kuasa istimewa dia terletak pada kakinya,percayakah anda jika saya kata kutu ini mampu melompat 200 kali lebih tinggi dari badannya dengan hanya sekali tujahan..bayangkan manusia yang mempunyai keistimewaan ini,rasa tak perlu pakai lif dah,buat 2-3 tujahan dah sampai tingkat 5..hebat-hebat...

6. Tardigrade (sejenis hidupan mikroskopik)

Tardigrade

Benda  alah yang dipanggil tardigrade ini mempunyai kuasa istimewa dalam kategori lasak,dimana dia ni mampu hidup didalam apa jua keadaan selama berdekad,termasuk tanpa makanan.Letak lah dia dimana pun,sama ada tempat yang bersuhu 0 darjah atau sepanas seperti dalam air yang mendidih,dan dia juga mampu untuk hidup dalam keadaan 6 kali tekanan didalam air,maknanya laut yang paling dalam didunia dan jika dia dihantar  ke dasar sana dia tetap boleh hidup.

7. Kumbang Dung (Kumbang Najis)

Kumbang Najis

Ini kalau dalam filem avengers,kumbang ini boleh mewakili Hulk(bezanya hulk warna hijau,tapi dia ni berwarna hitam),kenapa?ianya kerana kumbang ini mempunyai kekuatan untuk menarik sesuatu benda/objek yang 1,140 kali ganda lebih berat dari badanya sendiri..

8. Lipan Naga

Lipan Naga

Jangan terpedaya dengan warna jambu pada kakinya,kerana lipan ini bukan sejambu yang anda sangkakan,silap percaturan anda mungkin ditembak olehnya dengan asid...diulangi sekali lagi..Asid..apa kesan dia?baca surat khabar dan lihat mangsa kes simbahan asid..perghh.

9. Ular Kapak Hijau

Ular Kapak Hijau

Ok ular ini mampu melihat didalam keadaan infrared,apa maknanya?..maknanya dia boleh melihat suhu badan anda,kalau superman dia boleh melihat secara tembus,jadi sama la dengan ular ni bezanya dia tak der part yang x-ray tu tapi still boleh kesan jugak..jadi jika anda ingin bersembunyi darinya pastikan anda bersembunyi ditempat yang paling sejuk,

10. Katak Berbulu

Katak Berbulu

Ok katak ni kalau dalam citer x-men dia boleh mewakili wolverine,serius!..katak ni bukan sekadar nampak cool dengan bulu yang berada ditepi badanya,malah dia juga menpunyai tulang yang terletak pada sendinya yang dimana jika tangannya di cekam tulang-tulang itu akan keluar seperti cakar sama seperti wolverine!




Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "10 Haiwan Yang Mempunyai Kuasa Istimewa Lagi Mengerunkan"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.