As salam . Untuk artikel kali ini , hati saya terpetik / tersentuh untuk menulis berkenaan istilah-istilah HP ataupun Perbezaannya , lebih sesuai lagi perbezaan dari segi warranty , pengedar dan harga . Disebabkan ramai diluar sana yang masih lagi tertanya adakah HP yang dibelinya betol-betol tulen ataupun sebaliknya .
Maka disitu timbul persoalan kepada pengguna dan pembeli . Walaupun artikel ini tidak se"Detail" mana , harap dapat memberi manfaat apa yang cuba saya sampaikan untuk para pembaca . Dan penulisan saya kali ini sedikit memeningkan kepala anda oleh sebab susunan isi-isi penting yang agak tunggang langgang . Saya cuba yang terbaik artikel kali ini supaya dapat dihadam isi-isi penting yang nak saya sampaikan . So , jadilah penguna / pembeli bijak dalam memilih HP . Bak kata pepatah , " alah membeli , menang memakai " .
Kategori HP / Istilah /Perbezaan Smartphone
1 - Original / Tulen
Dikenali sebagai Approve Manufacture SET . Set ini telah diperakui oleh pengeluar . Ejen-ejen pengedar sah telah dilantik oleh pihak pengeluar untuk HP tersebut . Contoh ejen Sah di Malaysia :-
# Nokia - Zitron , Avaxx
# Samsung - Samsung Electronic Malaysia ( SME )
# Sony - Midland , Thorus , Tchoice
# HTC - SIS Distributors , Brighstar , Cubic Platform
# Lenovo - ECS , Ingram Micro
Dari segi harganya pula , pengeluar telah menetapkan harga jualan kepada ejen-ejen yang telah dilantik dan tidak boleh memainkan harga sesuka hati .
Untuk warranty pula , HP Ori diberi jaminan daripada pengeluar , kebiasaannya 12 bulan - 24 bulan untuk Chipset , bateri atau sebagainya .
2 - AP Set
Dikenali sebagai Authorized Product ( AP ) . Set ini mempunyai kualiti sama dengan Set Original cumanya sekarang , untuk produk- produk AP , ejen-ejen pengedar sah tidak dilantik oleh pihak pengeluar . AP Set juga diperakui tulen 100% oleh pengeluar sendiri . Jadi anda tak perlu la nak bimbang akan ketulenan produk AP . Tapi masalahnya , ramai diluar sana ( penjual / peniaga ) yang mendakwa HP yang beliau jual adalah AP Set , tapi sebenarnya klon . Mungkin segenlintir mereka je yang ambil kesempatan atas kecetekan kita dalam dunia HP / Smartphone . Mungkin la kan .
Untuk harga pula , AP Set produk , jauh lebih murah berbanding Set Ori . Mampu mencecah ratusan ringgit bergantung kepada model produk tersebut . Anda boleh tinjau-tinjau kedai HP berdekatan anda , kaji harga , buat perbandingan harga .
Kita sentuh pula dari segi warranty / jaminan untuk produk AP Set , selalunya jaminan antara 6 bulan - 12 bulan diberikan oleh pekedai / peniaga / ejen individu dan bukannya jaminan dari pengeluar . Maksima jaminan 24 bulan kebiasaan untuk produk AP Set. Boleh faham tak apa yang sy cuba sampaikan ? Hehe .
3 - Under Water Set
Kalau tak silap saya la , HP ini dikategorikan sebagai HP yang dibawa masuk secara haram ke dalam negara . Tidak perlu melalui Kastam / Sirim . Lebih mudah , masuk melalui pasaran gelap oleh individu-individu tertentu . Ini yang saya faham berkenaan produk underwater dan inilah yang mampu saya ulaskan . Warranty ? Bergantung kepada individu yang membawa masuk Produk underwater .
4 - Reconditon / Refurbish
Set ini pernah dijual, tapi dikembalikan semula ( kerosakan ) kepada pusat servis dan dijual semula selepas diperbaiki oleh pusat servis pada harga yang rendah. Mungkin separuh harga dari harga asal. Mungkin la. Set ini juga mempunyai label ( Recond / Refurbised ) pada kotak HP. Pastikan anda periksa kotak HP sebelum membeli.
Tambahan maklumat untuk HP klone
Terlalu banyak HP klone yang dijual sekarang. Klone china,korea, singapore la, saya tak berapa faham akan klone ni. Cuma disini saya nak kongsikan sedikit perbezaan, antaranya , anda boleh periksa internal memory. Contohnya, samsung s2 ( ori ), internal.memorynya ialah 16G , jika kita periksa untuk HP klone pula, mungkin anda dapati internal memory 2G-4G je, walaupun dari segi ciri fizikal.nampak seakan Original. Hati hati ye. Satu lagi, anda boleh tengok bahagian badan HP ( belakang bateri ) , pastikan ada stiker / logo samsung berbentuk bulat macam tu la untuk bezakan klone dengan ori.
Yang mana menjadi pilihan saya ?
Terus terang saya katakan, saya lebih berminat memilih produk AP set. Mengapa / sebab ? Ada beberapa faktor yang membuatkan saya tertarik untuk membeli produk AP set. Saya cuba kongsikan antara faktor / penyebabnya .
Produk AP Set memang telah diperakui oleh pengeluar. Disini, tidak menimbulkan persoalan akan ketulenan buatannya, 100% asli. Faktor harga juga penting bagi saya ( golongan pertengahan ) kerana ianya sememangnya murah !! Murah !! Contohnya Lenovo AP Set Smartphone . Brand ini memberikan harga murah dengan specsifikasi yang canggih . Mungkin itu strategi yang Lenovo tekankan untuk menguasai pasaran Smartphone, yang selama ini dikuasai oleh Samsung dan Apple. Seperti yang saya tuliskan pada permulaan tadi, produk AP Set mampu jimatkan poket anda sekitar Rm 100-Rm 300, bergantung pada model juga la. Jimatkan ??
" Alaaa, setakat jimat 2-3 ratus buat apa, yang penting jaminan dari pengeluar ".
- Ok, menjawab soalan ni pula, bagi saya AP Set juga punyai jaminan, tapi dari pekedai / peniaga. Jaminan antara 12-24 bulan dah kira ok bagi saya. Kadang kadang kita sebagai pengguna, baru setahun pakai HP, dah melompat lompat nak tukar HP model baru. Itu sebab jaminan 12-24 bulan ok la bagi saya kerna bila keluar je model baru , mesti nak miliki keluaran terbaru. Yang lame, jawabnya trade in kat kedai la. Hehe. Memang tidak dinafikan la, jaminan dari pengeluar memang terrrrbaik !! Jika terdapat kerosakan pada HP, terus diganti dengan HP baru.
Itu saja dulu penulisan saya setakat ni . Jika terdapat kesalahan maklumat , mohon komen di bawah . Dan jika penulisan ini buruk dan membosankan , anda boleh komen dalam kotak komen dibawah bagi tujuan memperbaiki mutu penulisan ini . Jangan lupa klik butang share FB kat bawah ye .
- John Woo -
Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Istilah istilah / Perbezaan Smartphone ( Ori , AP , Underwater , Recon ) yang ramai pengguna belum tahu . "
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.