Pemain Badminton No 1 Negara Adalah Pemilik Sebenar Restoran Raj’s Banana Leaf… Jangan Terkejut!!



Restoran Raj’s Banana Leaf di Bangsar yang menjadi viral selepas tersebar satu video yang mana  pekerjanya mencuci pinggan dengan lopak air di sekitar kawasan restoran diarahkan tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.


Menurut laporan dari Sinar Harian, difahamkan restoran itu mempunyai ruang pembersihan yang terhad menyebabkan pekerja-pekerjanya terpaksa mencuci pinggan di luar premis.

Dimiliki oleh Datuk Lee Chong Wei?

Untuk pengetahuan semua, Restoran Raj’s Banana Leaf cawangan di Bangsar itu dimiliki oleh Syarikat Intercompass Sdn. Bhd. Boleh rujuk dalam pautan ini laman sesawang rasmi Halal.gov.my


Apa yang mengejutkan kita semua adalah salah seorang Pengarah syarikat tersebut adalah pemain badminton nombor 1  negara iaitu Datuk Lee Chong Wei.








Sumber: Suruhanjaya Syarikat Malaysia



Seperti mana maklumat yang kami perolehi menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia, ternyata Chong Wei merupakan salah seorang dari tiga nama Pengarah di Intercompass Sdn. Bhd.


Nampaknya tidak ramai yang tahu Dato Lee Chong Wei terbukti juga hebat dalam industri kulinari. 

Mungkin tidak ramai yang tahu Chong Wei memiliki sebuah syarikat pemaju perumahan di Kuala Lumpur. 

Nama syarikatnya ialah Chong Wei Binajaya dengan beliau sendiri memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif.

Selain itu, beliau turut memiliki sebuah kompleks sukan yang diberi nama Sports Arena Sentosa yang terletak di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Sumber: hangat.com/



Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Pemain Badminton No 1 Negara Adalah Pemilik Sebenar Restoran Raj’s Banana Leaf… Jangan Terkejut!!"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.