Mat Sabu Mengecam Tindakan Kempen “ Tabung Kereta Mat Sabu” Yang Sedang Tular.



Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertahanan Malaysia semakin famous dalam kalangan rakyat Malaysia dengan perwatakannya yang bersahaja namun tegas apabila beraksi di atas pentas.  Keperibadiannya yang sangat merendah diri telah menarik hati rakyat untuk lebih mengenali siapakah Mat Sabu sebenarnya?

Walaubagaimanapun, ada juga pihak yang mengambil kesempatan diatas sikapnya yang merendah diri serta besederhana.  Baru-baru ini viral apabila tersebar mesej melalui aplikasi Whatsapp yang ingin mengumpul dana bagi kereta baru buat Mohamad Sabu.

Perkara ini timbul apabila sebelum ini tular mengenai gambar dan khabar kononnya beliau mahu memandu kereta Perodua Viva milik anaknya ke Kementerian Pertahanan pada hari pertamanya bertugas sebagai menteri.

Menegaskan hal ini tidak benar, Mat Sabu telah memuat naik satu status dalam facebook miliknya menjelaskan isu kempen atas nama "Tabung Kereta Baru Mat Sabu" ini.




Assalamualaikum dan salam hormat.

Baru-baru ini banyak tersebar dan menjadi tular perkara-perkara yang tidak benar mengenai diri saya.

Pertama tersebar dan tular gambar kononnya saya mahu memandu kenderaan Perodua Viva milik anak saya dan tidak mahu menggunakan kenderaan rasmi serta pengiring disediakan kementerian pada hari pertama bekerja.

Kedua tersebar dan tular juga gambar kononnya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali berbuka puasa di rumah saya sedangkan gambar tersebut merupakan gambar lama ketika kedua-dua tokoh tersebut makan malam di rumah saya tahun lalu.

Ketiga tularnya mesej di laman aplikasi WhatsApp kononnya meminta derma untuk “Tabung Kereta Baru Mat Sabu”.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa saya akan menggunakan hak yang saya terima sebagai seorang menteri namun tidak pula akan mengambil lebih daripada itu.

Pada masa sama, tidak ada sebarang derma yang boleh dikutip menggunakan nama saya tanpa sebarang persetujuan dan kebenaran daripada saya.

Pada masa akan datang, segala berita mengenai saya hanya akan dikeluarkan melalui kenyataan saya atau akaun media sosial rasmi saya seperti Facebook: Mohamad Sabu - Menteri Pertahanan Malaysia, Twitter: @MSabu_Official dan Instagram: msabu_official.

Terima kasih.



Sumber: Mohamad Sabu



Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Mat Sabu Mengecam Tindakan Kempen “ Tabung Kereta Mat Sabu” Yang Sedang Tular."

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.