Panduan buat duit amazon part 1

PENGENALAN

Bagi yang belum kenal dengan affiliate amazon ini,say akan ceritakan serba sedikit tentang program affiliate ini.

Program ini dipanggil Amazon associates dimana kita sebagai affiliate kepada pihak amazon boleh mempromosikan pelbagai atau ribuan produk yang terdapat didalam laman amazon.com.

Amazon associates juga mempunyai cawangannya tersendiri dibeberapa negeri seperti United kingdom,canada,france,denmark,jepun,india dan beberpa lagi negara lain.Untuk setiap akaun affiliate di negara-negara ini korang perlu apply satu persatu,kalau korang nak promosikan produk kepada trafik UK korang perlu ada akaun Amazon associates UK(maknanya korang tidak boleh gunakan akaun amazon associate US untuk promosikan kepada trafik dari negara UK).

Komisen

Nilai komisen yang diberikan oleh Amazon kepada affiliate bermula dari 4% hinggalah kepada 8%.So kaorang perlu bawa sale sejumlah yang tertentu yang ditetapkan oleh pihak amazon untuk menaikan nilai percentage komisen korang tu.

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayran komisen amazon ialah melalui secara gift card,cek dan juga direct tranfers ke akaun bank(US sahaja).So kat sini korang boleh gunakan cek yang sememangnya lambat untuk ditunaikan datau korang gunakan kaedah pembayaran melalui direct transfer ke akaun bank dimana korang perlu mempunyai akaun bank US yang korang boleh apply melalui payoneer disini.

Tos dan Agreement

Sebagai affiliate korang perlu membaca segala kandungan yang berada didalam agreement yang diberikan oleh pihak amazon,terlanggar 1 bahagian sahaja korang boleh kehilangan akaun affiliate amazon.So sila baca dengan terliti dan ikut rules yang diberikan oleh pihak Amazon.

Kaedah Promosi


Terdapat beberapa cara untuk affiliate amazon melakukan promosi untuk mendapatkan sale,antara yang popular ialah melalui laman review.Korang boleh contoh dibawah..
  • http://www.bestquadcopterreviews.org/
  • Kaedah promosi mengunakan laman review dimana trafik ditarik mengunakan kaedah pemasan SEO,Video,PPC dan laman sosial.
Atau laman seperti ini :
  • http://awesomeshityoucanbuy.com/
  • Laman ini lebih mengfokuskan kepada sumber trafik dari laman sosial,seperti di facebook youtube sahaja.Ini keraqna kandungan yang terdapat didalam laman seperti selalunya pendek dan juga tidak unik yang menjadi titik kelemahan untuk pemasaran melalui SEO.
0 komen untuk "Panduan buat duit amazon part 1"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.