Tiga Kereta Dibakar Di Taman Kinrara Puchong, Video Tular Cetus Perhatian Ramai


PETALING JAYA – Tular di media sosial sebuah video memaparkan beberapa kereta terbakar di kawasan Taman Kinrara, Puchong sehingga mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.


Difahamkan, tiga buah kereta dipercayai dibakar dalam kejadian tersebut, menurut dakwaan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Cikgu Chandra di media sosial.


Kejadian itu turut mendapat perhatian selepas pendakwah Firdaus Wong berkongsi video berkenaan di platform Threads, sekali gus membuatkan rakaman tersebut menjadi tular.


Menurut lelaki berkenaan yang dikenali sebagai S. Chandrasegaran, 47, kejadian tersebut berlaku di kediamannya di Puchong.


Dalam perkongsian terdahulu, beliau mendakwa rumahnya telah dipecah masuk sebelum insiden tersebut berlaku.


Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang pada Isnin (9 Mac).


Beliau turut memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bandar Kinrara bagi membolehkan siasatan dijalankan.


Rakaman video : 



Sementara itu, ketika dihubungi, pihak Polis Kontinjen Selangor memaklumkan bahawa satu kenyataan rasmi berhubung kejadian berkenaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.


Orang ramai kini menunggu penjelasan lanjut daripada pihak berkuasa mengenai kejadian yang tular di media sosial tersebut.


Sumber: Laporan media



Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk " Tiga Kereta Dibakar Di Taman Kinrara Puchong, Video Tular Cetus Perhatian Ramai"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.