Verifikasi niche dan juga produk yang dipilih
Ok dalam langkah ini korang perlu verifikasikan terlebih dahulu produk yang korang pilih didalam niche yang korang masuki sebelum ini.Dalam contoh ini kita akan periksa beberapa kriteria untuk produk yang telah saya pilih sebelum ini iaitu weber 6492.
Kita klik pada produk tersebut dan terus sahaja ke bahagian customer reviews dibawahnya,perhatikan bahagian most recent customer reviews di sebelah kanan.Kita mahukan review yang ditinggalkan oleh customer:
Review di most recent customer reviews mempunyai lebih dari 3 reviews dalam 1 masa 1 hari.Korang boleh gunakan juga bawah dari 3 reviews 1 hari,tapi kita mahukan lebih dari 3 kerana pembeli selalunya tidak akan meninggalakn review.
Jika seratus pembeli yang membeli di amazon boleh dikatakan 1% sahaja yang meninggalakan review,jadi disini kita boleh mengangap yang produk ini terlajak laris.Dengan tema terlajak laris kita yakin walaupun dengan persaingan yang ramai kita still lagi boleh menjana komisen dari produk ini.
Seterusnya korang perlu pergi ke google keyword planner dan masukan nama produk sama penuh atau pendek yang korang pilih tadi untuk melihat jumlah carian produk ini di google.Apa kita cari ialah kata kunci nama produk dan juga beberapa kata kunci yang berkaitan dengan produk mempunyai nilai carian lebih dari 100> carian sebulan.(make sure korang collect semua kata kunci tadi untuk dijadikan pos didalam laman niche korang nanti)
Dalam hal ini produk weber 6492 ini mempunyai banyak kata kunci dengan nama produk dan juga kata kunci berkaitan y7ang banyak.Untuk kata kunci yang dibawah 100 carian sebulan korang abaikan sahaja,kerana jika kata kunci korang pilih tadi dipilih oleh google untuk ranking dikedudukan teratas,kemungkinan juga kata laman korang akan ranking dengan kunci yang dibawah 100 juga.
Kemudian langkah ketiga ialah korang ambil nama produk tadi dan check digoogle untuk pastikan sama ada korang boleh rakingkan kata kunci untuk produk tersebut di google atau pun tidak.
Apa yang perlu korang buat ialah ambil nama penu produk amazon tadi dan pastekan digoogle.
Disini apa yang perlu korang perhatikan ialah pastikan kedua-dua atau salah satu dari jenis laman web dibawah ranking dimuka hadapan atau page kedua google:
- Laman sosial seperti facebook,tumblr,youtube atau mana-mana laman sosial dan web 2.0.
- Laman review atau laman milik affiliate yang lain.
Ini sebagai penanda aras yang korang boleh memasuki market untuk produk yang korang pilih sebelum ini.Ingat kita hanya cari laman sosial lain seperti diberitahu diatas atau pun laman affiliate lain.Jika muka hadapan dan kedua google dipenuhi dengan laman besar/gergasi seperti walmart,homedeport dan seangkatan dengannya diamana tiada satupun laman-laman yang diberitahu diatas korang boleh abaikan dan cari produk lain.
Pastikan juga selepas korang periksa digoogle dan semua kriteria lepas,jangan lupa untuk mengambil related keyword untuk produk ini di google.Ianya akan digunakan sebagai pos untuk laman niche korang nanti.
P/s: korang jangan fikir dan bimbangkan dengan persaingan kerana produk yang dipilih adalah best selling dimana kemungkinan ribuan atau puluhan ribuan orang mencari produk ini dengan pelbagai kata kunci digoogle.Dan dengan mengikut segala langkah-langkah didalam panduan ini korang still akan mendapat sale melalui laman niche korang itu nanti.
0 komen untuk "Panduan buat duit amazon part 3"
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.