Research Apa Kata Makan Mee Segera Merbahaya? Tidak Kalau Anda Baca Ini Dahulu…


Dikatakan Mee segera mempunyai Wax ataupun bahasa melayunya adalah lilin. Wax ni bukan bermaksud lilin berserta sumbunya yang b0leh dibakar tu. Tetapi Wax ini adalah bahan yang digunakan untuk menjadikan batang lilin. Yang mencair bila kita bakar.

Dalam p0st itu mengatakan di dalam Mee Segera mempunyai lilin. Ini kerana keadaannya yg keras sebelum itu dan akan menjadi lembut selepas dipanaskan sama seperti lilin. Perlu diketahui bahawa Maggi tersebut bukanlah menjadi lembut disebabkan ada lilin di dalamnya. Tetapi ia disebabkan air yang panas itu mampu meresap ke dalam maggi itu dan membuatkannya kembang dan lembut.

Sama seperti beras. Sebelum masak keras, apabila masak dengan air ia mengembang dan lembut.


Disamping itu, perlu diketahui bahawa wax juga dihasilkan secara semula jadi 0leh tumbuh-tumbuhan, sayur sayuran dan juga buah-buahan. Kesemua wax ini tidak b0leh dicernakan 0leh badan kita termasuk juga wax yang dihasilkan di dalam makmal.

Adakah itu bermaksud kita juga tidak b0leh makan tumbuhan, sayuran dan juga buah-buahan. Sudah tentu tidak bukan.

Lagipun semua makanan terutamanya bahan yang tidak b0leh dicernakan akan disingkirkan melalui najis termasuklah Wax. Hari ini makan insyallah es0k akan keluar.

Sebagai tambahan, tiada lagi bukti yang Wax b0leh menyebabkan kanser.

***P0st ini bukanlah menggalakkan anda untuk mengambil Maggi setiap hari. Tetapi menjelaskan kekeliruan yang berlaku sekarang ini

Sumber : Root of Science




    : by Oh Kiji




Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk " Research Apa Kata Makan Mee Segera Merbahaya? Tidak Kalau Anda Baca Ini Dahulu…"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.