Apa Kopi Luwak | Kopi mahal , Cara Penghasilan , Pembersihan , Status Halal

Hai, Assalamuailaikum semua. Harap anda sihat sentiasa dan ceria selalu hendaknya. Wahh, macam karangan pulak dah. Sudah agak lama blog saya tak terupdate. Ok, untuk kali ni, saya nak kongsikan 1 entri berkenaan Kopi Luwak, penghasilan dan prosesnya yang cukup pelik dan unik disebabkan bijian kopi perlulah melalui pelbagai saluran sejenis haiwan yang dinamakan sebagai Luwak ( musang ), dan dianggap antara kopi termahal didunia. Woww !!! Anda bolh baca artikel di disediakan kat bawah ni , dah muncul labah labah dah rasanya ni. 


Pengenalan / apa Kopi Luwak

Telinga kita sering mendengar perkataan kopi kan, kopi Jantan, kopi o, kopi Tongkat Ali, kopi Pacak Langit dan sebagainya la kat pasaran sekarang. Kopi Luwak ? Saya pun tahu ada diantara pembaca dah terdengar istilah Kopi Luwak ni, tapi tak mengapa, boleh tambahkan lagi info anda. Yang belom tahu lagi, teruskan bacaan anda ye.

Apa Kopi Luwak | Kopi mahal , Cara Penghasilan , Pembersihan , Status Halal

Kopi Luwak atau dipanggil juga Civet Coffee terhasil daripada biji kopi yang diambil dari sisa najis haiwan Luwak ( musang ) yang gemar memakan biji kopi. Disaat mendengar kopi dari sisa najis, mungkin kita terasa jijik dan kotor untuk menjamu minuman tersebut, tapi harus diingat, biji biji kopi ini perlu melalui proses seterusnya supaya ianya betul betul bersih, suci dan halal. Maka tidak hairan la kan, kopi ini mampu mencecah harga 100USD / 450gram ( bergantung kualiti kopi ). 

Secara automatik dikategorikan antara Kopi Mahal dunia. Apa istimewanya kopi ni sampai boleh cecah ratusan USD ? Nanti saya ceritakan secara ringkas ok. Antara lokasi popular penghasilan kopi ini ialah di negara sebarang ( indo ) di sekitar Jawa, Bali, Sulawesi dan Aceh. Bab harga tu, memang berbeza la. Bab kata pepatah dulu dulu, " lain padang , lain belalangnya ". Menurut info yang juga saya petik dari laman Wikipedia, kopi ini mula tercipta pada kurun ke 18, apabila pihak Belanda membuka ladang / tanaman untuk tujuan Komersial. Disaat para petani sibuk bekerja sejak tertubuhnya ladang itu dan kawasan tanaman, sering kelihatan sejenis haiwan ( Luwak ) yang gemar memakan buah kopi, diambilnya najis haiwan tadi, dicucinya, dibersihnya, ditumbuknya ( mungkin dah jadi serbuk kot ) dan dicampurkan bersama air panas. Orang orang Belanda yang terhidu / terbau aroma kopi tersebut turut mengemarinya dan menjadikan ianya minuman kegemarannya. Tulah, secara ringkasnya sejarah terciptanya Kopi Luwak.


Proses / Cara Penghasilan Kopi Luwak


Ok, cukup untuk pengenalan dan sejarah ringkas tadi. Seterusnya saya akan kongsikan kepada para pembaca yang budiman, macam mana proses penghasilan dilakukan daripada buah kopi yang melalui pelbagai saluran badan Luwak serta keistimewaannya selepas melalui saluran Luwak. Ok, teruskan dengan bacaan anda ye.

Bagaimana proses penghasilan kopi yang agak pelik dan unik ni lakukan ? Adakah keistimewaan pemprosesanya yang melalui pelbagai saluran Luwak menjadikan nilai kopi ini begitu mahal ? Jom ikuti bagaimana proses ini lakukan.

Sebenarnya deria bau aktif yang dimiliki Luwak mampu mengesan dan memilih biji kopi yang bagus dan sudah sampai tempoh matang untuk dimakan. Biji kopi ni pula agak keras di permukaan kulitnya dan dengan sistem cernaan ( Luwak ) bertahap sederhana tidak mampu dikotori / dicemari oleh najis dan kotoran semasa dalam perut Luwak. Kesimpulannya , biji kopi ini tidak kotori pada bahagian isinya cuma dikotori pada permukaan kulit sahaja. Tapi sebagai umat Islam, itu bukan alasan untuk mengatakan ianya suci dan halal, namun perlu menitik beratkan dalam proses pembersihannya ( biji kopi dari sisa najis ) supaya ianya betul betul mengikut syarat yang ditetapkan dalam Islam menjadikan suci, bersih dan halal untuk diminum.

Biji kopi yang dikutip dari sisa najis Luwak tadi akan melalui proses pembersihan supaya suci dan bersih. Biji kopi ini dibersihkan terlebih dahulu dengan air yang mengalir sehingga ianya betul betul suci dan bersih, dan akan dijemur dibawah sinar mentari. Ini dinamakan proses pengeringan, biji kopi yang dijemur hingga kering akan ditumbuk secara perlahan / lembut kerana menjaga ciri fizikal daripada hancur tapi cukup sekadar mengelupas kulitnya sahaja. Kemudian selesai sudah kerja kerja menumbuk dengan gaya ala  santai, biji biji kopi ini kemudiannya akan diasingkan kepada dua bahagian. Pertama, kopi yang sudah mengelupas dan kedua, kopi yang belum tergelupas kulitnya. Menurut apa yang saya faham, biji kopi yg sudah mengelupas akan dipilih untuk menjalani proses terakhir ( final touch ) iaitu proses mengilis dan pembungkusan.

Ok, kita sudah habis bab proses penghasilan, saya nak bawakan pula kepada anda, bab apakah keistimewaan Kopi Luwak semasa di dalam perut Luwak ni ? Saudara / saudari dan para pembaca yang saya hormati, sering kali la kita dengar dan membayangkan kopi adalah yang pahit kan ? Bagi kopi ni pula, lain pula ceritanya. Semasa biji kopi ni di dalam perut Luwak, ada sesuatu Enzim Proteolytic ( saya pun tak pandai bab sains ni ) akan menyerap dan menghancurkan kandungan protein di dalam biji kopi, dengan terjadinya proses tadi, terhasilnya pula Asid Amino dan apabila biji kopi ni dikeluarkan dari saluran najis ianya akan merubah biji kopi ini. Berubah yang saya maksudkan ialah, perubahan dari segi aroma, rasa pahit akan berkurang. Persoalan.yang bermain kat fikiran saya ni, perlu ke kita belanjakan duit untuk manfaat / kelebihan yang tak seberapa ni ? Tepuk dada, dongak ke langit sambil berkata dengan nada yang lembut " ade aku kesahh " . Ataupun mungkin ada faktor / keistimewaan yang tidak saya ketahui disebalik nilai kopi ni ?

Status Halal Kopi Luwak

                             Apa Kopi Luwak | Kopi mahal , Cara Penghasilan , Pembersihan , Status Halal

Ini point atau bab yang paling penting ( bagi saya ) iaitu tahap kesucian / halal Kopi Luwak. Ramai antara para pembaca mahupun individu luar sana yg terasa jijik , kurang enak akan cara penghasilannya, namun jika proses penghasilan dijalankan dengan sempurna mengikut syarat dalam Islam, ianya halal diminum. Disini saya memetik 2 sumber Fatwa Nusantara iaitu

Majlis Fatwa Kebangsaan

                                    Apa Kopi Luwak | Kopi mahal , Cara Penghasilan , Pembersihan , Status Halal



Majlis Ulama Indonesia

Ok, kesimpulannya, adakah kita perlu / mahu keluarkan nilai yang besar untuk kopi ini ? Meskipun ada juga kopi ini dengan nilai / murah dipasaran. Walaupun kopi ni mempunyai persamaan dengan kopi di pasaran sekarang ? Perlu ke kita meminumnya jika tidak memberikan apa apa kebaikan kesihatan terhadap kita ? Adakah syarikat / perusahaan yang menjalankan perniagaan kopi ini, betul betul mengikut cara pembersihan mengikut syarat ditetapkan Islam ? Disini saya nak katakan, bukan niat saya nak menghalang anda untuk menikmati dan merasai kopi ni, tapi persoalannya lebih kepada soal kebaikan kopi ini kepada masyarakat / syarikat yang diberi kepercayaan menghasilkan kopi ini. Hmmm, saya hanya insan biasa, mampu menulis sekadar didalam pengetahuan saya je. Jika terdapat kesalahan maklumat, anda boleh komen dibawah. Harap artikel ini, berguna kepada para pembaca semua ye. Dan saya akan teruskan menulis dengan artikel artikel baru selepas ni.Wasalam. Tonton video dibawah ye.

- john woo -


                             





Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Apa Kopi Luwak | Kopi mahal , Cara Penghasilan , Pembersihan , Status Halal "

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.