5 kelebihan khasiat bawang putih mentah yang anda patut tahu sekarang!
Hi..apa khabar semua,kita sambung semula tentang khasiat bawang putih ye,kali ni diblog oh kiji,saya senaraikan 5 khasiat bawang putih yang dimakan secara mentah.Kalau diikutkan banyak kelebihan bawang putih ni,nak2 kalau kita makan mentah-mentah.Yes,kalau makan mentah-mentah memang anda akan terasa pedas,tapi percayalah segala kebaikan yang berada didalamnya masih banyak jika dibandingkan dengan yang telah dimasak mahupun digoreng.
Khasiat bawang putih mentah ini bukan hanya sekadar penawar untuk demam selsema sahaja tetapi juga ianya dapat menjadi penawar mujarab kepada penyakit-penyakit yang sangat merbahaya seperti kanser ataupun barah.Dengan adanya anti keradangan dan anti oksida daripada bawang putih inilah penyakit demam akan segera pulih dan penyakit kanser ataupun barah dengan izin Allah akan mula reda secara perlahan dan beransur-ansur pulih.Terpulang kepada tuan punya badan untuk cara pengambilan bawang putih mentah ini.
>> Jom baca tentang kegunaan bawang putih disini <<
5 Senarai kelebihan bawang putih mentah untuk penyakit
1. Mengurangkan risiko strok.
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.
2. Mengurangkan risiko kanser.
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.
3. Anti bakteria dan antivirus.
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
4. Anti inflamasi.
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.
5. Mengandungi banyak iodin.
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
Senarai kelebihan-kelebihan lain yang terdapat didalam bawang putih ini
- Dapat meredakan demam,selesama
- Merendahkan tekanan darah
- Memiliki tindakan hipertensi,antikoagulan,anti trombotik dan keupayaannya untuk mengurangkan aterosklerosis berkaitan dialami dalam arteri kita
- Membantu mengawal gula dalam darah
- Mengurangkan pengumpalan platelet,pembekuan darah - sekali gus mengurangkan strok
- Mengelakkan,merawat jangkitan bakteria,virus,kulat
- Merawat parasit dalaman dan luar seperti kutu ,nyamuk. Mana yang nak pergi Camp bawa xtra garlic
- Boleh membunuh beberapa jenis bakteria yang telah menjadi imun atau tahan antibiotik moden.
- pengambilan bawang putih boleh mengurangkan risiko membangunkan beberapa jenis kanser, terutamanya kanser saluran gastrousus. Boleh baca Bawang putih juga penawar kanser
- Meningkatkan tahap antioksidan keseluruhan badan , merupakan sumber selenium - ubat anti-kanser yang kuat
- Mengalami penyakit kaki makan air?Letakkan beberapa kepingan bawang putih segar atau beberapa bawang putih yang dihancurkan dibahagian antara jari kaki anda. Balut dan biarkan untuk beberapa jam - 6 jam.
- Menunjukkan sifat2 ajaib dalam merawat keracunan logam berat seperti plumbum , merkuri , kadmium , arsenik , tembaga. Jika terkena salah satu logam tersebut dalam badan maka cepat2 kunyah bawang putih mentah
- Menyembuhkan bisul , kudis. Hancurkan bawang putih dan tepekkan atasnya. Biarkan hingga kering dan ulangi amalan ini hingga kudis sembuh
- Untuk menghilangkan ketuat atau kutil iaitu lebihan daging kulit seperti tahi lalat hidup. Ambil beberapa kepingan bawang putih dan letak pada ketuat tersebut. Ulangi hingga ketuat itu tanggal
- Petua untuk pulihkan demam dengan segera.
- Ambil 2 ulas bawang putih mentah dan kunyah.Sebaiknya pilihlah bawang putih yang memiliki kulit luarnya berwarna merah pink kerana khasiatnya masih terjamin.Jika demam masih tidak reda sebelum tidur kunyah lagi 2 ulas bawang putih mentah.
- Jika semasa demam mengalami kerongkong yang panas,sakit - kunyahan bawang putih mentah dapat meredakan kerongkong tersebut.
Video berkaitan dengan bawang putih
Semoga artikel kali ini bermanfaat kepada anda.Jika anda merasakan ianya sangat bermanfaat sila kongsikan kepada rakan-rakan difacebook anda atau dengan klik butang facebook like di bahagian tepi kiri blog ini.Ok salam semua...
Sumber rujukan:
Sumber rujukan:
- http://kongsibersamanora.blogspot.com/2013/02/khasiat-bawang-putih-mentah-penawar.html
- http://seribupilihan.blogspot.com/2013/02/8-khasiat-bawang-putih_12.html
Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "5 khasiat bawang putih mentah"
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.