belajar cara buat blog yang menarik dan mesra seo

Bagaimana dan cara buat blog yang menarik dan tentunya mesra seo

jom buat blog sendiri

Ok,kite straight to the point jela ye.. macam mana nak buat blog mengunakan blogspot,apa yang saya tunjukan di bawah ini hanyalah asas sahaja,dimana korang akan buat blog lepas tu edit sikit untuk SEO(untuk jadikan blog lebih mesra carian enjin).Hal yang lain-lain nanti saya tunjukan di post yang lain ye.

Langkah pertama - Pergi ke http://blogspot.com dan klik sign in.(untuk memudahkan kerja make sure korang dah ada email gmail ye).Kalau xder akaun gmail korang boleh klik link "create an account" kat bawah dia tu.

cara buat blog

Langkah kedua - Lepas korang akan jumpa laman seperti gambar dibawah tu :-)..klik je butang New Blog tu..
bagaimana nak buat blog

Kemudian akan keluar seperti gambar dibawah..dekat Title tu korang tulis nama blog yang korang ingin letak..Address pulak make sure korang letak seperti nama blog korang jugak,bezanya kalau nama blog korang ada dua patah perkataan(contoh:blog sukaria),jadikan dia rapat atau korang boleh letak "-" diantara 2 patah perkataan tersebut.

buat blog 1

Biasanya kalau nama blog korang pilih tiada orang yang guna,address untuk blog tu akan jadi available,tapi kalau tak available korang boleh tukar nama lain,kalau tak nak tukar(sebad ada makna bagi korang) korang boleh cuba letak simbol "-" di tengahnya ke,atau tambah perkataan yang korang rase best macam "blogsukaria2u" ke,"blog_sukaria" ke dan seterusnya.Ok lepas sattle yang nama dan address korang pilih template mana yang berkenan(sila baca bawah untuk template) kemudian klik butang "create blog".Lepas tu anda akan jumpa laman seperti dibawah,

buat blog 2

Ok..sekarang klik nama blog korang tu..sekarang saya just cerita yang wajib perlu korang tahu je dulu,(tengok area yang saya bulatkan) yang lain-lain tu saya post kemudian nanti.

Butang New post - butang ni untuk korang buat post baru,kalau ada apa-apa korang nak tulis just klik sini je.

Post - Kat sini korang boleh lihat post-post yang korang dah post,kat sini jugak korang boleh edit post-post yang korang rasa nak edit balik.

Page - Kat sini pulak tempat korang buat page dan lihat senarai dan edit page yang korang dah buat,page dengan post berbeza,biasa kalau korang create page,korang akan nampak page korang tersenarai di atas muka hadapan blog korang.

Layout - Kat sini korang boleh tambah,adjust kedudukan widget macam archive,popular post dan lain-lain,dan kat sini jugak korang boleh tukar-tukar gambar header blog korang nanti.

buat blog 3

Ok korang godek-godek la dulu ye..nanti saya post macam mana nak buat post dengan susunan cantik-cantik,letak gambar dalam post..ok.

Update Part 2 - Setup blog untuk lebih mesra SEO


Pertama kita perlu adjust blog kita ni agar mesra SEO..so kita akan pergi ke bahagian template.
buat blog 4

Kemudian Klik edit Html

buat blog 5

 Kemudian kita akan jumpa laman seperti dibawah

template

Apa yang perlu kita buat sekarang ialah mencari tag ini : <title><data:blog.pageTitle/></title>.

Cara mudah untuk mencarinya ialah tekan kekunci Ctrl+F laptop anda dan pastekan kod tag atas tadi dan tekan kekunci enter.kemudian gantikan kod tag itu dengan kod dibawah ini.

<b:if cond='data:blog.pageType=="item"'><title><data:blog.pageName/></title><b:else/><title><data:blog.pageTitle/></title></b:if>
Anda boleh ambil kod diatas disini : http://pastebin.com/5wCfgeuH

Klik save template.So kita dah selesai dibahagian ini,kod ini dapat membantu blog kita menjadi mesra di carian enjin dengan menjadikan semua title post blog kita berada dihadapan dan bukannya nama blog kita dihadapan ketika berada di listing carian google.

Template blog mesra SEO 

Kalau korang tak nak main edit-edit macam kat atas tadi,boleh jer gunakan tempate yang sudah pun dioptimizekan dengan seo macam template blog oh kiji ni.Nama template ni SEOsimple v2.1.


DEMO    DOWNLOAD

Lepas download dan pasangkannya diblog korang,ada 1 step lagi yang perlu korang buat iaitu masukan maklumat social dan google/bing webmaster verifikasi korang dalam meta seperti dibawah ini.

Ganti ID dan Nama 

Silakan cari kod dibawah ini pada template dan gantikanya kepada korang punya. 
<meta content='ID Google Webmaster Verfikasi' name='google-site-verification'/>
<meta content='ID Bing Verification' name='msvalidate.01'/>
 <link href='https://plus.google.com/ID Google Plus/posts' rel='publisher'/>
 <link href='https://plus.google.com/ID Google Plus/about' rel='author'/>
 <link href='https://plus.google.com/ID Google Plus' rel='me'/>
<meta content='Nama Author' name='Author'/>
<meta content='ID Facebook' property='fb:admins'/>
<meta content='ID APP' property='fb:profile_id'/>

Kelebihan template blogspot ini ialah:

  1. Responsive(Mobile Friendly)
  2. Fast Loading
  3. Valid HTML5
  4. Valid CSS3
  5. SEO Friendly
  6. Auto Readmore
  7. Breadcrumbs
  8. Related Posts
  9. Cool Threaded Comment
  10. Share Button
  11. Page Navigation
  12. Custom Popular Post
  13. Custom Label
  14. Dropdown Menu
  15. Auto Add Meta Keyword For Blog Post
Untuk kod diatas sila klik disini : http://pastebin.com/Bma6Gmsw

Update 5/1/205

Sebelum korang nak mula buat posting baru,ada beberapa lagi step yang perlu dibuat iaitu:
  • Enable meta tags
  • Enable custom robot.txt
  • Enable custom robots header tags
So untuk setting ketiga-ketiga animal kat atas tu korang perlu pergi ke Setting>Search preferences.Kat dalam tu nanti korang akan jumpa ketiga-tiga yang saya listkan diatas tadi.

dashboard
Yang pertama click edit dekat tepi dia dan tick "enable search description?" yes,kemudian tulis meta descriptions blog korang dahulu dibahagian "meta tags"(ini meta descriptions untuk home page anda).Bagi saya kalau blog tu spesifik pada 1 niche make sure masukan kata kunci tentang niche anda itu didalamnya.

Tapi kalau blog rojak macam blog Oh kiji ni saya lebih suka abaikan je,kalau tulis pun sekadar guna ayat general je.

Dah kalau nak abaikan tak nak tulis apa-apa dalam tu kenapa nak enable kan dia pulak?haaa,fungsi meta tags ni bukan sekadar untuk home page je tauu,kite enable dia ni sebab nanti kite nak letak meta description dalam posting artikel kita nanti.

Posting tu yang penting bagi saya untuk ada meta descriptions.Kalau home page ni saya tak kisah pun ade ke tak(untuk blog rojak macam Oh Kiji la),alih-alih dia ranking jugak dekat enjin carian...tak caye eik,taip Oh kiji dekat google,yahoo,bing.(ni kalau Otai SEO aka masta hasrul hassan bace ni mampuih aku ni).

Sebab motif blog rojak biasanya bukan nak rankingkan home page,tapi kandungan didalamnya.Biasanya blog rojak ni orang brandingkan nama blog jer,dah kalau pilih nama unik xder sape2 pilih dalam malaysia maunya tak ranking kakaka..

p/s: kiteorang ada simpan domain/TLD khas untuk blog oh kiji ni iaitu "ohkiji.my" tau..bukan ape takut orang lain rembat nama oh kiji tu nanti,tu pun dah ade 1 copycat,tapi domain tu tak pakai pun,duk gune sub domain dengan blogspot lagi,kiteorang tengah pikir gak nak upgrade domain atau tak kakaka.
Ok-ok mengarut dah ni,lepas set meta tags korang pergi pula ke bawah dekat bahagian crawler and indexing dan tengok 2 setting custom robots disitu.

Pergi dekat custom robots.txt dan klik edit kemudian tick yes.
Kemudian masukan kod dibawah ini (tukar url oh-kiji.blogspot.com kepada url blog anda)


User-agent: Mediapartners-GoogleDisallow:
User-agent: *
Disallow: /search
Allow: /
Sitemap: http://oh-kiji.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=UPDATED
Untuk copy kod diatas sila klik sini: http://pastebin.com/YTpSAQLn

Kemudian pergi ke custom robots header tags dan tick yes.Selepas itu ikut seperti apa yang ditunjukan didalam gambar dibawah.Tujuan ini dilakukan adalah untuk menghalang post archive dan search pages dalam blogspot kite turut diindex oleh carian enjin.

Buat postingan artikel baru

Ok sekarang kita akan mula masukan 1 artikel didalam blog.Klik butang seperti didalam gambar dibawah.\


Kemudian anda akan jumpa laman seperti dibawah.


search descriptionsSeperti di dalam gambar diatas,dilaman ini korang boleh mulakan masukan kandungan artikel seperti gambar,tajuk artikel,letakan label kemudian publishkan post blog.Korang nampak belah kanan kat atas gambar tu,ada ikon kanta pembesar kan,kat situ la korang kena letakan meta descriptions artikel baru korang nanti.Make sure ada kata kunci yang bersangkut dengan artikel korang nanti yerk.
cara setting permalinkSatu lagi nampak tak permalink atas location tu,tu fungsi dia untuk kite edit url artikel ini sebelum ianya dipublish,kata la url untuk artikel blog ini ialah http://oh-kiji.blogspot.com/2014/12/cara-buat-blog-yang-menarik-dan-mesra.html,jadi kita nak edit dia nak suruh dia tadi pendek sikit supaya nampak kemas mahu pun nak suruh kata kunci kita kelihatan didalam url pos ini nanti.So pergi dekat permalink tu akan ada 2 kotak,edit url dekat custom tu.Make sure kalau ada space gantikan dengan "-" ni yer.

Dan fungsi permalink hanya boleh digunakan jika artikel itu masih belum lagi dipublish.Kalau dah publish lepas tu klik nak edit balik memang xder harapan.Ok sattle bab basic-basic ni,pos lain kali pula kite sembang pasal On page SEO,macam mana nak optimize artikel dengan seo(cara saya selalu guna) dan macam-macam lagi la muahaha.

ok salam..

p/s: (kalau korang ada round-round dalam blog oh kiji korang akan jumpa 1 pos macam mana saya rankingkan blog affiliate ke muka hadapan google,tapi niche dalam tu sekadar contoh sahaja sebab blog saya yang sebenar dimonetize dengan affiliate CPA,dan kalau korang ada alat tu korang pun boleh guna cara tu).


Video tutorial cara membuat video di blogspot (versi bahasa indonesia)


Klik share jika anda rasa post ini menarik

Tutorial ini ditulis oleh: Asrul


Anda suka tak dengan pos ini?
13 komen untuk "belajar cara buat blog yang menarik dan mesra seo"

panduan yang lengkap. terima kasih kerana berkongsi.

sama-sama sis...saya berharap ianya menjadi panduan yang berguna kepada orang lain juga..post ni masih panjang lagi sebab masih ada lagi maklumat2 lain yang belum diletak...harap sis dapat berkunjung lagi disini yer :-D

kena hadam dulu ni..harapnya update lagi artikel tutorial seperti ini..

Sudah guna tunjuk ajar di atas.terimakasih kongsi info

Maaf ye tutorial menarik tapi tak boleh copy kode susah nak tapi satu klik ctrl+u pun malas nak copy.. mohon buat kode auto copy senang skit..

ye ke..sorry2...saya pakai script disable select,untuk prevent dan merendahkan % pos dari copy.Saya dah fix,link untuk kod diatas saya sertakan dibawah setiap kod tersebut.

eermmm.......mcm xjd jer .....

Kat mana yang tak jadi tu..kalau yang bab setup blog mesra seo better tuan pakai template yang saya berikan kat ats tu je..tak yah pening2 dah nak copy paste ape semua..just pasang je dan ganti ID je.

Selamat Sejahtera,

Artikel anda memang baik!! Bolehkah anda luangkan sedikit masa untuk layari laman web kami http://perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/ ?

Syarikat kami mengadakan promosi yang hebat! Operion servis untuk membina laman web E – Dagangan dan juga web informasi.

Operion menyediakan perkhidmatan dan reka bentuk laman web,aplikasi e-dagang untuk mengukuhkan perniagaan dan strategi pemasaran internet anda.

Terima Kasih. :)

Artikel dan tutorial yang cukup lengkap, perfect dan sempurna dari A sampai Z. Terima kasih bro.....

Perkongsian y mnarik!ad x artikel ttg cara nk edit blog bg cntik?

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.