Ketahui ciri-cri gejala simptom dan rawatan radang paru-paru
Hi,ok dalam pos oh kiji terbaru kali ini,saya ingin kupaskan serba sedikit tentang masalah radang paru-paru atau pun dipanggil Pneumonia.
Penyakit radang paru-paru ini sebenarnya tidak mengira usia mahupun gaya hidup seseorang untuk terjadinya pneumonia ini.Kesimpulannya tidak perlu menjadi seorang perokok yang tegar atau pun seorang yang ketagih dengan minuman keras untuk mendapat radang paru-paru,kerana ia boleh menyerang sesiapa saja, terutama warga emas yang berisiko tinggi.
Apa itu Pneumonia sebenarnya?
Pneumonia atau radang paru-paru ialah sejenis jangkitan yang melibatkan pundi-pundi udara kecil (alveoli) dan tisu-tisu di sekitarnya. Laluan-laluan ini yang dipenuhi nanah atau mukus akan menyekat oksigen dari sampai ke dalam darah. Jangkitan ini disebabkan oleh beberapa jenis kuman seperti bakteria, virus, fungi dan mikrob.
Epidemiologi
Pneumonia biasa didapati diseluruh dunia.Ia adalah penyebab kematian yang penting disemua golongan umur dan adalah penyebab kematian utama pada golongan kanak-kanak di negara yang berpendapatan rendah.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjangkakan kematian berkurangan di peringkat dewasa tetapi meningkat semula di kalangan mereka yang lanjut usia.
Di United Kingdom,kadar kejadian tahunan pneumonia adalah 6 kes untuk setiap 1000 penduduk yang berumur 18-39 tahun.Untuk mereka yang berumur 75 tahun,angka ini meningkat ke 75 kes untuk setiap 1000 orang. 20% - 40% pesakit memerlukan rawatan di wad dan dari jumlah ini,5-10% dirawat di Unit Rawatan Rapi.Kadar kematian di United Kingdom adalah 5-10%.
Klasifikasi Pneumonia
Pneumonia ini adalah yang paling biasa.Ia disebabkan oleh kuman-kuman yang biasa terdapat dalam komuniti/masyarakat.Kuman-kuman penyebab adalah kuman bakteria seperti Streptococcus pneumoniae,Haemophilus influenza,Staphylococcus aureus, Moraxella catarrhalis,Kelbsiella dan bakteria tidak tipikal (atypical bacteria) seperti Mycoplasma pneumoniae,Chlamydia pneumonia dan Legionella pneumophilia.
Di Malaysia, kuman Mycobacterium tuberculosis yang menyebabkan penyakit tibi adalah salah satu penyebab utama pneumonia komuniti.Secara keseluruhan,Streptococcus pneumoniae adalah penyebab utama pneumonia diseluruh dunia.
Kuman virus yang boleh menyebabkan pneumonia adalah virus influenza,virus respiratory syncitial,adenovirus, parainfluenza virus dan virus H1N1.
Selain daripada bakteria dan virus, berbagai organisma parasit seperti Toxoplasma gondii, Strongyloides stercoralis dan Ascaris boleh juga menyebabkan pneumonia.Mikroorganisma parasit ini memasuki badan melalui kulit atau ditelan kemudian pergi ke paru-paru melalui saluran darah.Parasit boleh menyebabkan satu tindakbalas immun di mana subset sel darah putih iaitu sel eosinofil meningkat. Ini dipanggil 'eosinophilic pneumonia'.

(sumber:www.myhealth.gov.my) |
Untuk lebih lagi maklumat tentang Pneumonia anda boleh baca di laman kesihatan kerajaan malaysia disini.
Bagaimana kita boleh dijangkiti dengan penyakit ini?
Bagaimana kita boleh dijangkiti dengan penyakit ini?
Kebanyakan kuman-kuman pneumonia ini tinggal di dalam tekak sebagai sebahagian dari apa yang dipanggil "flora" semulajadi anda. Biasanya sistem ketahanan atau sistem imun tubuh akan menghalang kuman-kuman ini dari memasuki paru-paru dan menimbulkan masalah.
Apabila keadaan badan anda lemah disebabkan penyakit kronik, tekanan, pemakanan yang tidak seimbang, kurang rehat, maka tahap keimunan menjadi kurang atau mekanisme pertahanan paru-paru menjadi lemah.
Badan anda sudah tidak dapat menahan lagi serangan bakteria dari memasuki paru-paru dan seterusnya membiak di dalam salah satu dari paru-paru atau kedua-duanya sekali.
Anda kemudiannya akan mendapat pneumonia, diikuti dengan selsema, bersin, bronkitis, atau penyakit-penyakit berkaitan yang lain. Atau Pneumonia itu berlaku dengan sendirinya. Sekali anda mendapat serangan Pneumonia, anda berisiko tinggi untuk mendapatnya lagi.
Tanda-tanda dan gejala radang paru-paru
PNEUMONIA merupakan jangkitan pada bahagian paru-paru yang boleh membuatkan anda berasa lemah dan tidak sihat.
Selalunya pesakit akan batuk berkahak yang berpanjangan dan teruk, demam panas dan kadang-kadang mengalami kesukaran untuk bernafas.kebanyakan pesakit, pneumonia boleh dirawat dirumah dan akan hilang dalam tempoh tiga hingga enam hari.

Gejalanya berbeza-beza, bergantung kepada jenis kuman yang menyerang. Mereka yang diserang bakteria Pneumonia lazimnya kelihatan sangat uzur.Gejala-gejalanya termasuklah:
- Demam (390-400C) dan menggigil.
- Batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning, hijau, keperangan atau mungkin mengandungi darah (mukus dikeluarkan dari paru-paru).
- Sakit dada terutama ketika batuk atau semasa menarik nafas yang dalam
- Bernafas dengan cepat dan pendek,
- Kelesuan yang jauh teruk dari yang anda sangkakan.
Namun, bagi warga tua, kanak-kanak dan pesakit yang mempunyai penyakit lain yang boleh memudaratkan keadaan pneumonia berkemungkinan akan terjejas teruk malah boleh membawa maut jika tidak mendapatkan rawatan yang betul dan segera.
Menurut statistik, 450 juta orang di seluruh dunia iaitu tujuh peratus daripada populasi dunia menghidap pneumonia dalam setahun. Hampir 4 juta daripadanya maut.
Menurut Pakar Perunding Perubatan Dada,Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Dr. Mohammed Fauzi Abdul Rani, walaupun jumlah mereka yang berjaya pulih semakin ramai berbanding dulu terutamanya di negara membangun, statistik tersebut masih amat menakutkan.
Antara komplikasi yang berlaku kepada kes-kes radang paru-paru yang tidak dirawat sepenuhnya ialah kewujudan nanah di bahagian paru-paru, kebocoran paru-paru, Sindrom Distres Pernafasan Akut dan akhirnya maut.
Pesakit yang berpotensi mengalami komplikasi tersebut ialah warga tua, pesakit yang mengalami masalah kesihatan lain dan kanak-kanak.
Contohnya pesakit itu berkemungkinan masuk hospital kerana penyakit jantung tetapi kemudian mengalami pneumonia lalu meninggal dunia kerana badan mereka sedia ada lemah," ujarnya ketika ditemui di TMC, baru-baru ini.
Ujar Dr. Fauzi, bagi mengelak komplikasi penyakit yang serius, pesakit perlu segera bertemu dengan doktor jika demam dan batuk berpanjangan atau jika masih belum pulih walau sudah mengambil ubat dari klinik.Rawatan pantas perlu diberikan jika pesakit mengalami kesukaran bernafas dan gejala yang teruk.
Rawatan
Kebanyakan pesakit, rawatannya ialah mengambil oral antibiotik, rehat yang mencukupi, analgesia dan air yang mencukupi.
Namun bagi yang mempunyai masalah kesihatan yang lain, berumur atau sukar bernafas, mereka memerlukan rawatan di hospital dengan segera.
Rawatannya ialah antibiotik melalui intravena, terapi oksigen dan air yang mencukupi serta mengubati sistem organ lain yang terjejas.
Melalui rawatan yang sesuai, pesakit akan pulih tiga hingga enam hari tetapi ada keadaan yang berlarutan selama berminggu-minggu untuk hilang sepenuhnya.
Rawatan untuk Jangkitan di Paru-paru
Jenis rawatan adalah bergantung kepada tahap jangkitan.
- Tidak serius dan disebabkan oleh virus : sistem imunisasi badan akan memainkan peranan untuk melawan penyakit ini, doktor akan memberi ubat dalam bentuk pil dan anak anda perlu rehat secukupnya dan minum air yang banyak.
- Tidak serius dan disebabkan oleh bakteria : doktor akan memberi antibiotik dan ubat yang sepatutnya.
- Jangkitan yang lebih serius akan diberi ubat melalui suntikan.
- Jangkitan yang berlarutan dan menjadi kritikal : anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapat oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Langkah-langkah Pencegahan
- Mengekalkan amalan cara hidup sihat.
- Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik.
- Meneruskan penyusuan susu ibu.
Mengambil imunisasi bagi mencegah jangkitan kuman di paru-paru seperti
- vaksin pertussis (batuk kokol)
- vaksin measles (demam campak)
- vaksin influenza
- vaksin pneumococcal
Berjumpalah doktor sekiranya anda mengalami
- Gejala-gejala masih berterusan.
- Suhu badan meningkat lebih 380C dan berterusan.
- Kesesakan nafas semakin teruk.
- Batuk yang berpanjangan.
- Kahak berubah warna.
- Sesak dada.
- Kulit, kuku tangan dan kaki menjadi biru.
- Kahak mengandungi darah.
- Muntah, loya dan mengalami cirit-birit.
- Fikiran terkeliru.
Tonton Video tentang rawatan dan pencegahan radang paru-paru
Sumber:
Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Gejala simptom dan rawatan radang paru-paru"
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.