18 senarai hebat cara membuat isteri bahagia

18 senarai rahsia cara membuat isteri bahagia juga 5 resepi istimewa untuk kebahagiaanya

cara membuat isteri bahagia
Asalammualaikum kepada semua,isteri adalah seorang insan yang sentiasa memerlukan belaian dari seorang suami.Isteri merupakan insan yang lemah dan sentiasa perlu diberi perhatian oleh kaum suami.

Mereka bukan sahaja penyeri kepada kehidupan kita seharian,mereka ialah peneman hidup kita hinggalah ke akhir hayat.

Suami isteri pada zaman sekarang lebih mengfokuskan ke arah mengukuhkan ekonomi dengan berkerja siang hinggalah ke malam.Si suami sibuk sudah menjadi lumrah untuk keluar mencari rezeki dengan bekerja tidak kira waktu.

Itu jika suami yang jenis makan gaji,kalau suami yang bekerja sendiri pastinya sentiasa menghabiskan masanya dari pagi hinggalah ke malam,kadang-kadang tidak balik kerumah lansung.

Adakah si suami terfikir dengan hanya mencari duit mampu membuatkan si isteri merasa bahagia?tahukah si suami bahawa duit bukanlah penjamin untuk si isteri merasa bahagia melainkan jika si suami mengawini seorang wanita yang jenis dari materialistik.Si suami perlu mengetahui cara bagaimana untuk membuat isteri bahagia.

Dan bahagia juga sebenarnya mempunyai resipinya tersendiri..Ia bukan sekadar orang kata pergi duduk tepi isteri hari-hari dah dikira bahagia, bagi memperolehi rahmat Allah swt,jika diamalkan resipi-resipi ini InsyaAllah akan peroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Didalam pos kali ini anda bakal belajar


  • Bagaimana sentiasa memikat hati si isteri
  • Bagaimana menjadi seorang rakan kepada si isteri
  • Bagaimana mnjadi seorang kekasih kepada si isteri
  • Bagaimana menjadi seorang suami yang boleh membahagiakan si isteri

Terlebih dahulu izinkn saya berkongsi 5 resepi khas untuk kebahagian isteri dari sekamar rindu.

5 resepi untuk kebahagian si isteri dari Sekamar Rindu


Resipi 1: Selalu Dampingi Isteri Bagi Mencapai Kejayaaan Dalam Hidupnya.

Jadilah suami yang gentlemen, sentiasa ada di sisinya di saat dia memerlukan. Kelemahan isteri adalah bukti kelemahan suami juga. Tugas suami ialah menuntun dan mengganding tangannya agar dapat melalui jalan yang susah dan bahaya dengan selamat.

Resipi 2: Buktikan Suami Bertanggungjawab

Berikan hak isteri dan anak-anak nafkah yang cukup, tidak lebih dan tidak terkurang. Sesungguhnya pahala yang besar akan diberikan kepada suami yang ikhlas memberi nafkah kepada keluarganya.

Resipi 3: Suami Perlulah Bersikap Romantik.

Romantik di sini adalah kelembutan, kasih sayang, rindu, hormat, menghargai, memaafkan, memberi peluang, ikhlas memberi bersedih ketika isteri bersedih, dan gembira ketika isteri gembira. 

Jangan terbalik pulak..time isteri tengah bersedih..suami pulak yang gembira, menolong, menasihati dan bersungguh-sungguh menghidupkan suasana percintaan yang dia mahukan...Jangan diremehkan hubungan intim yang suami isteri lakukan. Suami perlu sedar hubungan intim yang berkualiti boleh megubati tekanan isteri..

Resipi 4: Hormati keluarga Isteri

Yang paling berharga di dalam hidup seorang isteri sebelum hadirnya seorang suami adalah ibu bapanya. Jangan pisahkan kasih sayang mereka disebabkan anda adalah suami.

Penghormatan yang paling tinggi nilainya bukan semata-mata dengan wang ringgit atau hadiah mahal (walaupun tak dinafikan kedua-duanya penting) tapi elok juga dihiasai peribadi suami dengan budi bahasa serta adab sopan bila berhadapan dengan keluarga isteri.( sekali sekala bagi hadiah kat ayah dan ibu mertua pun sangat digalakkan)

Resipi 5: Merancang Masa Depan Bersama, Sehidup Semati

Jangan cepat terpedaya dengan pujukan nafsu yang akan merosakkan kebahagiaan anda, suami isteri. Lelaki boleh dikalahkan oleh 3 racun iaitu, harta, takhta, dan wanita. Tetapi jika iman sentiasa kuat di hati anda, Allah akan pasti menolong anda. Rancang masa depan dengan teliti. 

Banyak agenda yang harus dikejar, dunia dan akhirat sama-sama diseimbangkan. InsyaAllah..pasti isteri anda akan rasa bahagia.

Resepi tambahan dari Oh kiji : Sentiasa caring dan bercakap dengan nada yang penuh lemah lembut,seperti yang diberitahu oleh penceramah Ust. Md Nor Mamat (UiTM), "sentiasa lemah lembut dengan si isteri".

Anda boleh tonton 1 video dari seminar rahsia rumahtangga harmoni dan dengar sedutan tersebut dibawah (minit ke 5.54).


18 senarai yang boleh membuatkan si isteri merasa bahagia


Setelah membaca pos tentang cara bahagiakan isteri di blog denaihati,jadi saya mengambil keputusan untuk mengambil beberapa senarai yang berada disana dan saya olahkan sedikit disini.


Dibawah ini adalah 17 senarai bagaimana hendak membuatkan isteri anda sentiasa terasa bahagia bersama anda.Jadi untuk membuatkan si isteri sentiasa merasa bahagia,seorang suami perlulah menjadi seorang :

1.Rakan

Rakan
Jadilah rakan kepada isteri anda seperti mana anda menjadi rakan kepada kawan-kawan rapat anda diluar sana.Seperti anda dan juga rakan anda,apa yang anda biasa lakukan?tentunya berbual tentang aktiviti yang hendak dilakukan,berkongsi cerita,bergosip dan kadangkala membantu rakan anda yang jika ada yang meminta tolong.

So jadilah rakan kepada isteri anda dan buat seperti apa yang anda biasa buat dengan rakan-rakan anda.

2.Teman

Menjadi teman setia kepada isteri ketika anda mempunyai kelapangan seperti selepas pulang dari kerja mahu pun ketika cuti.Macam mana nak jadi teman setia kepada si isteri?

senang je,kalau si isteri nak pergi mana-mana anda ikutlah dia juga,temankan dia kemana dia mahukan,even kalau dia sendiri mahu drive anda duduk sahaja disebelahnya dan ikut sahaja. 

3.Kekasih

Kekasih
Anda tentu pernah bercinta sebelum berkahwin,kalau tak pernah mungkin selepas kahwin,jadi macam mana cara anda ketika itu?umpama kekasih yang sedang hangat bercinta bukan?

so si suami hendaklah menjadi seorang kekasih yang sentiasa mengambil berat kepada temannya.Macam mana lagak kekasih ini?

  • Sering bersms jika berada berjauhan
  • Sentiasa calling untuk mengetahui situasi
  • Sentiasa memberikan hadiah terutamanya bunga
Tak perlu lakukan tiap-tiap hari takpe,cukup seminggu atau sebulan sekali.

4.Bapa

Bapa
Menjadi bapa yang penyayang dan juga pemimbing kepada anak-anak dirumah.Sentiasalah mencari dan bermain bersama-sama dengan anak-anak selepas anda pulang kerumah.

ini bukan sahaja membuatkan si isteri merasa dirinya mempunyai suami yang penyanyang,malahan juga merasa bahagia dengan mempunyai seorang bapa yang teramat baik kepada anak-anak yang dilahirkannya.

5.Tukang masak

Tukang masak
Jadilah tukang masak kepada si isteri walaupun jarang sekali.Kerana seorang isteri mereka juga teringin melihat insan tersayangnya melakukan kerja-kerja didapur,dan dengan melihat si suami juga melakukan kerja-kerja didapur seperti memasak si isteri akan merasa amat dihargai dan merasakan dirinya juga dilayan seperti seorang ratu.

Anda tak tahu memasak?mulakan dengan belajar memasak masakan yang simple sahaja seperti:


  • Nasi goreng kampung
  • Mee goreng
  • Maggi pun boleh tapi pastikan ianya istimewa seperti letak ketam ataupun ayam jika anda membuat maggi perisa tom yam(jangan selalu sudahlah,kan naik muat pulak si isteri makan maggi je).
Nak lagi seronok,ajak sekali anak-anak pergi kedapur.Kemudian make sure air dihidangkan sekali,alaa sunquick pun dah ok kemudian makan bersama-sama dengan isteri dan anak-anak.

6.Penghias

Penghias
Sentiasa menjadi penghias yang terbaik kepada si isteri,yes kadang-kadang perkara boleh membuatkan si suami dan si isteri berlawan pendapat dek kerana taste yang berlainan.

Biasa la si suami mahu pun lelaki ni majoritinya lebih kepada kesedehanaan,tidak kepada hampir semua si isteri atau mana-mana kaum wanita lain dimana mereka lebih teliti dalam bab-bab menghias ini.

So apa maksub menjadi penghias yang baik ini?Salah satunya ialah dengan menghiasi ruangan rumah anda dengan melakukan susunan perabot di dalam rumah anda,memilih langsir yang sesuai untuk rumah anda,cadar mahupun selimut dikatil anda.

Tak reti eik?senang je..ajak isteri bersama-sama melakukan aktiviti seperti diatas tadi,lepas buat-buatlah berbincang tentang susunan,pemilihan warna dll.Kemudian bila si isteri cakap langsir perlu warna cam gini cam gitu depa cucuk angin jela kasi on je apa yang si isteri cadangkan.

kalau boleh kasi kipas lagi bila dia kata "cadar ni sesuai dengan warna purple la bang" jawab je la "ha hah la sayang,pandai sayang pilih..memang sesuai sangat la,taste kite same je kan"...senang kan :-D

7.Bergaya

Bergaya
Si isteri juga akan merasa teramat bahagia jika suaminya seorang yang pandai bergaya.Bukan setakat bergaya pada diri sendiri,malahan juga pandai mengayakan dan menyesuaikan gaya pada si isteri.

Cubalah try jadi jurugaya ala-ala artis gitu pada si isteri,kompem si dia tersenyum melirik je,dan kemungkinan selepas ini si isteri akan selalu je mengajak anda pergi kemana-mana butik pakaian mahu pun kedai pakaian biasa supaya menolong dia mencarikan gaya pakaian yang sesuai untuknya.

8.Pendengar yang baik

Pendengar yang baik
Si isteri adalah seorang insan yang suka meluahkan isi hatinya mahu pun bercerita sesuatu perkara kepada si suami,setiap perkara yang diceritakan mungkin berkait dengan keluaganya,kawannya dan mungkin juga isu semasa yang sedang berlaku di dalam negara.

Sebagai suami yang baik anda perlu mendengar apa yang si isteri ceritakan,luahkan atau kongsikan kemudia berikan respon seperti bertanya balik kepadanya,kerana ini akan membuatkan diri si isteri terasa mempunyai tempat untuk bercerita dan berkongsi dan membuatkan mereka sentiasa merasa bahagia.

Nak syok lagi,bila nampak si isteri duk bercerita atau luahan atau pun nak kongsikan cerita aka gosip,si suami pergi duduk rapat-rapat(kalau tengah duduk dikerusi) atau peluk(jika sedang berbaring) dengan si isteri,pengang tangannya kemudian dengarlah apa yang si dia katakan.

Jangan dibuat pekak udahlah ye..nanti cerita tak sampai 1 minit si isteri dah angkat pungung.

9.Pemberi perhatian

Sentiasa berikan perhatian kepadanya.Jangan utamakan perhatian anda kepada orang lain seperti rakan anda mahupun adik beradik atau keseluruhan keluaga anda(tak bermakna anda perlu abaikan pulak tau).

Percayalah ini adalah kunci utama si isteri akan sentiasa merasa bahagia.

10.Gagah

Gagah
Gagah tu macam mana pulak..hmm..tak tahu?well salah satu lagi kunci utama untuk membuatkan si isteri sentiasa merasa bahagia ialah gagah didalam bilik tidur.Ok full stop.Tak nak cakap lebih-lebih pasal ni,si suami yang baca pos ni mesti pahamnye.

So kalau kalau ada antara si suami ataupun bakal suami yang baca pos ini dan ada masalah gear,cepat-cepatlah pergi workshop ye.

11.Pintar

Mempunyai suami yang pintar juga menjadi salah satu faktor kepada kebahagian seorang isteri.Pintar ni macam-macam kita boleh kaitkan,tapi 3 ini pun dah cukup untuk buat si isteri rasa bahagia.


  1. Pintar dalam mencari sumber rezeki kepada keluaga.
  2. Pintar dalam menyelesaikan segala krisis yang berlaku kepada keluaga.
  3. Pintar ketika sedang mendidik anak-anak.


So kadang-kadang kalau ada si suami yang agak benak sekaya kadang-kadang boleh mendatangkan stress jugak pada si isteri ni ye.Mahunye berkurang meter rase bahagia tu :-p

12.Lucu
Lucu
Ini kite semua sudah ketahui,antara faktor si isteri sentiasa merasa bahagia ialah si suami seorang yang lucu,atau pun pandai membuat lucu.(agak-agak la kan isteri-isteri kepada peserta maharaja lawak mega mesti hari-hari duk ketawa je kan).

13.Kreatif
Si suami yang seorang kreatif juga boleh membuatkan si isteri merasa bahagia.

14.Penggoda
Haduuu,kalau si suami macam ni memang ternyata si isteri ni cepat cair,bile dah cepat cair secara sahnya si isteri turut merasa bahagia sangat-sangat.

Dah apa tidaknya,si suami asyik menggoda,si isteri pulak telihat godaan si suami mestilah tergoda,dah bila selalu duk tergoda makin sayang ketat-ketat isteri pada suami.Bila dah sayang ketat-ketat itu tandanya si isteri merasa bahagia bersama suami.(tapi jangan digoda orang lain udahla ye).

15.Berani
Berani
Berani merupakan ciri-ciri seorang lelaki sejati,Ok cuba tanya pada wanita diluar sana,mereka suka pada lelaki yang berani ke atau yang jenis penakut?

Hasil dari kajian sebuah univesiti di united kingdom menunjukan perempuan sememangnya lebih sukakan pada lelaki yang berani.Dan hal ini juga termasuk pada si isteri yang mahukan suami seorang yang berani.

Mempunyai seorang suami yang berani bukan sahaja membuat diri mereka rasa selamat,malahan suami yang berani juga penyebab si isteri sentiasa merasa bahagia disisinya.

16.Berkata benar

Tiada isteri yang menyukai dan bahagia dengan suami yang suka bercakap bohong,penipuan jugalah merupakan salah 1 faktor penyebab berlakunya penceraian.

Jadi sentiasalah jujur dengan si isteri kerana kejujuran merupakan salah satu kunci kepada kebahagian si isteri.

17.Tidak melihat perempuan lain
Tidak melihat perempuan lain

Ok,agak-agak isteri mana yang sukakan suaminya melihat perempuan lain?rasanya xder kan,kalau ada sememangnya si isteri tu jenis terlebih mendapat kasih sayang agaknya.

Agak janggal jika mendengar seorang isteri yang tiada perasaan cemburu,cemburu merupakan satu penyebab kurang perasaan bahagia pada si isteri.Jadi si suami haruslah menghargai si isteri dengan tidak memandang pada perempuan lain lebih dari 2 saat ok.

Kalau terlihat tanpa sengaja nak buat macam mana kan,

Update: Tambah satu lagi,sabar itu kan separuh dari iman

18.Penyabar

Dalam banyak-banyak senarai tadi,inilah perkara dan kunci yang paling utama sekali dalam membahagiakan si isteri,iaitu sabar.

Boleh dikatakan hampir semua isteri didalam dunia merasai bahagia dengan si suami yang jenis penyabar.Jadi kepada si suami sentiasalah bersabar dengan isteri anda ye.

Nak tengok macam mana kesabaran seorang suami itu,sila lihat video dibawah ini.



Ok itu sahajalah senarai yang saya rasa terbaik untuk para suami termasuk saya sendiri.Salam semua.


Sumber rujukan:


  1. http://denaihati.com/cara-membuat-isteri-bahagia
  2. http://sekamarrindu2009.blogspot.com/2010/11/resipi-resipi-buat-isteri-bahagia-dan_26.html
  3. http://kedaikreatif.com
  4. http://youtube.com (seminar rahsia rumahtangga harmoni)


Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "18 senarai hebat cara membuat isteri bahagia"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.