7 langkah menarik tambah followers instagram

7 langkah untuk anda buat pertandingan menarik didalam instagram dan mendapat sebanyak mungkin followers insta anda!


tambah follower dan penjenamaan instagram
Adakah anda ingin belajar bagaimana cara hendak menambahkan followers di instagram anda?apa yang uniknya sampai saya ada post dekat group tadi,sebenarnya taklah seunik mana pun..ada yang dah buat untuk kumpul followers dengan cara ini sebenarnya..dan rasanya ramai jugak usahawan di malaysia yang aplikasikan cara ini di instagram mereka.

Cuma bukan semua usahawan yang buat guna cara ini,yela bukan semua tahu step nak buat,dan ada yang tahu tentang cara ini sebenarnya,tapi tak boleh nak aplikasikannya kerana konfius dekat step dia..yang teruk lagi tahu semuanya..tapi NO Action lansung..why?maybe busy...ataupun MALAS.

Ok bagaimana cara sebenarnya untuk menambah followers instagram anda ini?Jawapannye ialah..............TAdaaaaaaa...Menganjurkan Pertandingan.

Dengan hampir 300 juta pengguna yang aktif,instagram telah pun menjadi salah satu laman sosial yang popular sekarang ini.Snap gambar kemudian share gambar kepada semua telah menjadikan sebuah idea yang ringkas ini bernilai $35 juta.

Dan ini telah menunjukan bertapa berkuasanya kuasa komunikasi visual ini.Menjalankan sebuah pertandingan di laman sosial sebenarnya mempunyai banyak manfaat antaranya ialah penjenamaan brand produk dan juga menambah list data prospek pelanggan.

Disebabkan instagram ini masih baru dan masih belum ramai lagi usahawan yang terjah kedalam pemasaran instagram ini,jadi ianya agak sukar sedikit untuk mencari mklumat bagi yang ingin memulakan pemasaran di instagram.

Jika anda ingin menjalankan sebuah pertandingan didalam instagram dengan jayanya tetapi tidak tahu bagaimana hendak memulakannya anda boleh melihat 7 langkah bagaimana membuat pertandingan instagram dibawah ini.


Langkah 1.Rangkakan strategi


Membuat strategi ialah salah satu langkah yang paling penting kerana ianya sangat membantu anda untuk memberi petunjuk jelas hala tuju kempem anda nanti.Mulakan dengan set target gol anda agar anda dapat melakukan kerja tanpa halangan.

Sama ada untuk menambah follower sebanyak 50% atau pun 100%,anda perlu untuk set kan matlamat anda agar anda dapat mengukur peratusan kejayaan kempen anda nanti setelah ianya selesai.

Didalam peringkat merangka strategi,penting untuk anda memilih jenis pertandingan anda ini,sama ada like untuk menang,tag nama instagram anda,masukan email mereka,follow page anda atau pun guna #hashtag unik bersama gambar mereka.

Setelah anda memilih jenis pertandingan anda,fikirkan pula berapa lama ianya akan berjalan,dan pertandingan yang anda buat perlu mempunyai tarikh tamat supaya anda boleh menimbulkan suasana sense of urgency.

Tapi pastikan anda menjalankan pertandingan anda dengan tempoh yang secukupnya seperti menjalankan pertandingan ini selama 1-2 minggu ataupun sebulan supaya anda mendapat apa yang anda inginkan dari pertndingan tersebut.


Langkah 2.Meneliti persaing anda


Satu lagi langkah yang penting sebelum anda mulakan sesebuah pertandingan ialah dengan melihat persaing anda.Adakah persaing anda menjalankan pertandingan yang sama juga?apakah tema yang mereka gunakan?berjayakah pertandingan mereka itu?

Maklumat-maklumat ini boleh membantu dan memberikan pengaruh didalam pertandingan yang jalankan nanti.Anda boleh mengambil inspirasi daripada strategi mereka dan gunakannya sebagai asas untuk pertandingan anda nanti.

Langkah 3.Menentukan Tema

Pemasaran ini sebenarnya bermaksub berkongsi segala cerita tentang jenama anda,dan instagram ialah sebuah tempat yang sesuai untuk anda melakukannya.Anda hendaklah memilih sebuah tema yang berkait dengan jenama anda.Jadikannya kreatif dan menarik bagi membuatkan ramai tetarik dan menyertainya.

Kita ambil contoh Tiffany & Co sebuah syarikat besar yang menjual pelbagai hiasan permata  dan berlian,mereka memilih tema "cinta sejati" untuk mengalakan fans mereka memasukan gambar yang mereka rasakan sebagai cinta sejati.
Tiffany & Co
Bukan sahaja pertandingan jenis ini menghasilkan kandungannya dengan sendirinya,ianya juga memberikan galakan kepada mereka untuk mengenali dan rapat dengan jenama anda.Dan ianya juga membantu anda mempromosikan lagi produk anda dengan skala yang lebih besar secara sendirinya.


Langkah 4.Pilih Hashtag Anda


Apabila ada yang menyertai pertandingan anda nanti,pastikan mereka mengunakan 1 #hashtag yang unik pada pos mereka agar anda dapat membina satu stream gambar pada semua gambar yang menyertai pertandingan tadi,ini akan memudahkan anda untuk melakukan proses pemilihan dan mencari pemenangnya.

Dan pastikan ianya relevan dengan tema yang anda telah buat seperti yang diberitahu di langkah ketiga tadi.Perlu diingat #hashtag yang akan digunakan nanti juga akan disebarkan ke seluruh platform yang lain juga.Jadi pastikan ianya berkait rapat dengan jenama anda.


Langkah 5.Membuat gambar yang menarik untuk mempromosikan pertandingan


Sekarang anda telah mengetahui kesemua cara untuk menjalankan pertandingan dan jenis pertandingan yang ingin dijalankan,sekarang tiba pula untuk anda mula mereka sebuah gambar yang menarik untuk digunakan mempromosikan pertandingan ini.

Untuk menjadikan sesebuah pertandingan itu berjaya,pastikan anda memasukan satu keping gambar yang dimana gambar ini mengandungi gambar anda mahukan peserta-peserta anda memuat naik bagi pertandingan nanti,arahan ringkas untuk cara menyertai dan juga #hashtag pertandingan.

Pastikan didalam gambar anda mengandungi ayat yang berupa soalan agar ianya menarik orang untuk menyertai pertandingan anda nanti.Anda boleh lihat contoh gambar yang dihasilkan oleh mark jacon untuk satu pertandingan yang dianjurkannya di instagram.
contoh gambar promosi

Langkah 6.Promosikan ke seluruh channel


Sekarang anda akan promosikan pertandingan anda ini agar ianya dapat dilihat oleh orang ramai dan menyertainya.Antara langkah promosi yang wajib anda lakukan ialah:

Menulis sebuah blog pos tentang pertandingan ini.anda boleh menulis sendiri atau pun meminta para blogger lain untuk tuliskannya.Anda boleh hubungi mana-mana blogger yang sudi menulis pos tentang pertandingan ini dan berikan mereka gambar promosi anda kepada mereka.


  1. Ada yang mengenakan bayaran dan ada yang juga tidak jika kena dengan gaya anda meminta kepada mereka.Kebanyak blogger di malaysia untuk publish artikel bab-bab pertandingan ini.
  2. Anda juga boleh mengunakan laman FB page/group yang mempunyai ramai fans dan members.Pastikan anda pos promosi anda ini pada waktu kemuncak orang ramai surf laman sosial seperti pada jam 1pm-2pm,5pm-10pm.Hubungi admin di page-page yang mempunyai banyak likes tersebut minta dia poskan tentang promosi anda(p/s:cara ini sebenarnya memerlukan anda mengeluarkan modal kerana hampir kesemua admin di fB page mengenakan bayaran.)
  3. Pos di FB group pengiklanan yang anda join.
  4. Gunakan FB ads untuk mempromosikan pertandingan anda..make sure anda target pada prospek yang betul dan mention kan hadiah yang menarik tau..kalau tak buang duit je nanti.

Langkah 7.Kumpul Data


Apabila pertandingan anda tamat,pastikan anda mengumpul segala data yang terhasil dari pertandingan tadi,seperti sumber penyertaan yang paling tinggi atau pun rendah,Page dan blog pos yang memberikan interaksi yang banyak seperti like,share dan komen pada gambar promosi atau artikel promosi anda.

Ini akan memudahkan bagi anda untuk menjalankan pertandingan semula dimasa hadapan.Saya berharap dengan semua langkah yang diberitahu tadi dapat memberikan manfaat kepada anda.

Oh Kiji


Anda suka tak dengan pos ini?
1 komen untuk pos "7 langkah menarik tambah followers instagram"

Tips yang sangat berguna.InsyaAllah saya boleh aplikasikan pada bisnes saya :)

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.